Bagi kita doa itu merupakan senjata paling ampuh,menjadi sumber kekuatan dan harapan untuk mencapai impian, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bahkan doa itu adalah suatu ibadah.
Tiada had masa untuk kita berdoa padaNya, bahkan di dalam solat sekali pun jika dihayati setiap bacaan yang diucapkan penuh dengan pengharpaan dan doa. Umpamanya cuba kita renungkan makna satu persatu bacaan saat kita sedang duduk antara dua sujud.
Malah menurut perkongsian Ustazah Asma’ Harun, beliau suka ulang-ulang bacaan tersebut walau di luar solat.
Apa sebabnya ya?
Baca perkongsian penuh daripadanya untuk lebih faham.
Ini antara doa yang saya suka ulang-ulang walaupun di luar solat. Bila tiba pada perkataan wajburni, sebak sangat rasanya, kerana Maha Baik Allah ya Barr yang sentiasa menutupi aib diri.
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, kasihanilah aku, dan tutuplah aibku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah aku petunjuk, berikan kesihatan padaku, serta berilah kemaafan kepadaku (atas dosa-dosa).”
Terima kasih ya Allah, kerana menetapkan kami untuk membaca doa ini setiap kali solat. Doa yang memenuhi segala yang kita perlukan dalam hidup.
Rugi sangat bila kita tak faham apa yang kita minta selama ini dalam duduk antara dua sujud ini.
Hafal dan fahamilah maksud semua bacaan solat, kita akan rasa nikmat dan manisnya solat, seolah satu ruang waktu untuk kita berdua-duaan dan mengadu pada Allah, berpisah sekejap dengan Dunia dan bertemu dengan Pemilik Dunia. Allahu Akbar.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Solat tahajjud merupakan solat sunat yang dikerjakan di waktu malam. Ada banyak keistemewaan bila seseorang melakukan solat tahajjud secara istiqomah dalam kehidupan sehari-hari.
Pun begitu untuk bangun tengah malam bagi mendirikan solat tahajjud walau hanya 2 rakaat, nyata bukanlah perkara mudah untuk dilakukan.
Untuk menyuntik semangat dan motivasi pada diri kita yang baru ingin membiasakan diri, apa kata kita baca perkongsian daripada wanita ini. Semoga bermanfaat.
BAGAIMANA MAHU ISTIQAMAH UNTUK BANGUN BERTAHAJJUD?
Saya tidak tahu bagaimana untuk mengajarkannya, namun inilah yang telah saya lakukan…
1. Pertama-tama sekali, saya mula bertahajjud setelah membaca:
“Doa Di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah Yang Melesat Tepat Mengenai Sasaran” (Imam Syafi’i)
Saya merasakan ianya adalah suatu usaha yang perlu saya lakukan tanpa “modal” bagi merubah nasib saya. Rugi besar jika tidak dilakukan. Modalnya untuk kita mengubah nasib, adalah hanya dengan meninggalkan selimut dan bangun malam.
Barangkali keadaan saya yang sangat memerlukan dan tempat tidur yang tidak begitu selesa ketika itu sangat memudahkan saya untuk bangkit di tengah malam….
2. Kali pertama saya berdoa ketika bertahajjud adalah lebih 9 tahun lalu. Saya tidak malu untuk mengaku bahawa saya sudah berusia 41 ketika itu.
Saya duduk beralaskan sejadah yang dihamparkan di atas lantai simen yang sejuk. Saya telah berdoa untuk perkara yang langsung tidak munasabah dengan keadaan saya ketika itu, iaitu untuk bersujud di hadapan Kaabah.
Sedangkan saya tidak punya wang dan pekerjaan. Bahkan sedang sangat susah masa tu…
3. Oleh kerana kesukaran hidup saya waktu itu, ianya sungguh menghimpit… Hinggakan saya telah meletakkan kebergantungan saya hanya kepada Allah. Tidak ada yang lain. Cinta kepada manusia telah banyak mengecewakan. Tapi tidak kepada Allah. Yakin itu….
Barangkali kekecewaan dan ujian yang datang berkali itulah yang membuatkan saya sangat bergantung hanya kepadaNya.
4. Pada permulaannya saya paksa diri untuk bangun malam. Kerana yakin bahawa doa dalam Tahajjud sangat mustajab. Saya tahu sungguh berat. Tapi paksalah diri kita.
5. Biarpun dalam keadaan letih, mengantuk, tidur lewat atau apa sahaja, saya tetap gagahkan diri untuk bangun. Tidak susah jika kita benar-benar berkehendak. Susah bagi yang masih belum benar-benar mahu. Orang yang benar-benar mahu pasti akan sanggup melakukan apa sahaja kerana sangat berkehendak.
6. Lama kelamaan ianya menjadi habit. “Body clock” saya membuatkan saya sering terjaga sekitar jam 4 pagi. Ianya memudahkan saya untuk bertahajjud. Rasa bersalah jika terjaga dan tidur lagi….
7. Jika kita dapat paksa diri untuk bangun malam selama 2 ke 3 minggu tanpa henti, ianya akan menjadi habit. So you have to create that new good habit in you (untuk bangun malam).
8. Bila dah biasa buat, akan timbul rasa addicted untuk melakukannya pula. Seolah jika tak buat sehari….rasa tak best nanti.
9. Ada yang tanya saya mengapa sudah bertahun mereka bertahajjud namun doa mereka seperti tidak termakbul lagi.
Maka, boleh jadi kita perlu semak diri kita dari sekecil-kecil perkara, contohnya sejauh mana kita ikhlas terhadap diri kita dan orang lain. Boleh jadi kita ini sering suka berjanji namun sering melupakan atau tidak menepati.
Mungkin kecil, bahkan sangat kecil… Seperti ketika kita minta orang PM kita untuk membeli online, kemudian bila orang PM kita diamkan sahaja pula. Kecil kan?
Atau kita sering bebelkan suami sendiri dengan suara kecil. Ya suami tidak dengar… tapi, itulah….dosa….
Atau sering tidak ikhlas bila lihat posting di Facebook, nampak gambar orang…. Hati kita sebut yang tidak baik, tangan kita klik “like”, dan kita tulis kata-kata pujian. Fikiran kita tidak “align” dengan hati kita. (Ini saya ajarkan dalam Secret Group saya dengan lebih mendalam).
Semua contoh ini kelihatan kecil, belum yang besar-besar, tetapi boleh jadi menjadi “filter” kepada doa kita. “Filter” itu bermaksud seperti penghalang kepada rezeki. Anda faham bukan?
10. Allah memberi dengan cara yang berbeza. Boleh jadi kita minta rezeki, Allah hadirkan jodoh. Kemudian jodoh itulah yang menjadi laluan bagi rezeki kita. Boleh jadi kita minta agar dipermudahkan urusan, Allah lindungi kita dari kemalangan atau sakit demam. Boleh jadi juga, doa kita belum termakbul sekarang, tapi akan datang.
Namun yakinlah, Allah akan mengabulkan doa kita tidak lambat dan tidak cepat, bahkan tepat pada waktunya.
Miracle of Tahajjud
Sekali minta, berkali Allah bawa.
Sifat mesra dengan rakyat sudah sebati dalam diri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Terbaharu menerusi kenyataan dibuat di laman Facebook Istana Negara, baginda berangkat bersama Raja Permaisuri Agong untuk menikmati santapan tengahari di restoran KFC.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat secara mengejut mengunjungi restoran KFC Petronas Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur untuk menikmati santapan tengah hari di restoran tersebut, hari ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Turut berangkat paduka-paduka anakanda dan cucunda Seri Paduka Baginda berdua.
Di restoran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dan paduka-paduka anakanda serta cucunda berkenan beratur di kaunter bersama pengunjung restoran yang lain untuk memesan santapan tengah hari.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain.
Selesai santapan, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung restoran. Baginda berdua turut berkenan mengambil gambar bersama pengunjung.
Meninjau di ruangan komen, nyata wargamaya berkongsi rasa keterujaan dan bangga melihat sikap bersahaja baginda berdua untuk menikmati santapan tengahari di restoran berkenaan.
“Syukur Alhamdulillah, Tuanku Raja & Rakyat berpisah tiada…#DaulatTuanku,” tulis netizen ringkas.
“Baginda boleh jer titahkan kfc hantar, ke istana, atau bukak je restoran kat istana. tapi sikap berjiwa rakyat, tuanku sanggup spend masa kat luar untuk bersama rakyat. daulat tuanku,” tulis yang lain pula.
“Mashaa Allah. Daulat Tuanku. Semoga Allah sentiasa merahmati Tuanku sekeluarga. TERBAIK,” doa daripada salah seorang warganet.
“Daulat tuanku.Semoga allah berikan kesihtan yang baik kepada keluarga tuanku,”titip yang lain pula.
Tidak kurang juga ada dikalangan netizen yang mengusik, “Steady tuanku… terbaik spotcek sikit kfc tu kadang-kadang size ayam nya macam free gift plak ”
Tular di media sosial premis gedung pasaraya besar Mydin “dirompak” oleh mangsa banjir susulan kekurangan bekalan makanan dan sebagainya dan kekangan mendapatkan bantuan asas.
Ekoran daripada Itu, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan mereka yang melakukan perkara tersebut demi kelangsungan hidup.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ameer menjelaskan beliau tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat, mungkin mangsa banjir tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut.
“Saya ingin memberi maklum balas mengenai insiden pecah masuk ke premis Mydin Mart yang hangat dibincangkan di media sosial, media tempatan dan sebagainya.
“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.
“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan rasa simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutama ketika negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.
Cawangan Mydin Mart, Sri Muda, Shah Alam turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 dan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.
Beliau turut memohon rakyat Malaysia untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT agar mangsa terselamat dan bencana banjir dan pandemik pulih seperti biasa.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...