Kadang-kadang bila kita lihat jalan bahagian depan pintu pagar rumah yang tidak elok, teringin juga jika kalau dapat diturap dengan jalan tar. Barulah nampak sempurna, namun ramai juga tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Apa yang sering berlaku, tiba-tiba akan ada lori kecil menawarkan perkhidmatan turap jalan. Adakah tawaran yang diberikan itu terbaik untuk kita dan turapan yang dibuat berkualiti?
Menjawab persoalan ini, Malaysian Modders berkongsi info untuk manfaat bersama dan disarankan sebaiknya anda tolak tawaran tersebut. Sebab apa dan kenapa? Jom baca perkongsian di bawah ini.
Bila depan rumah korang tiada turap. Akan datang sebuah lori, offer harga untuk turap tanah berpasir depan rumah korang.
Seeloknya tolak, jangan terima. Turapan yang dia bawa tu adalah bitumen lebihan dari projek turapan jalan besar.
Senang cerita “job duit tepi”.
Turapan yang mereka offer itu adalah hot mix.
Perlu berada dalam suhu yang tinggi untuk campuran dia mengeras. Kalau suhu dah turun lebih paras minimum, satu lori kena patah balik pergi premix plant mereka. Nama pun lebihan, confirm2 turapan yang dia offer tu suhu yang rendah.
Korang pun percaya dengan turapan itu bagus. Try tongkat motor dekat turapan tu, confirm berlubang sebab campuran dalam turapan dengan suhu itu ibarat gam, impact sahaja tak cukup. Sebab tu dah impact pun, turapan tak kuat…
Jadi ini adalah scam yang macam tak scam
Cuma geng ini bergerak dalam kumpulan, biasanya muka berbeza-beza tapi ternyata mereka berkumpulan. Sorang datang korang reject, minggu depan datang lagi dengan muka lain. Harga pun berbeza-beza. Diorang macam dah tahu depan rumah korang takde turap.
Nak turap, panggil orang datang turap. Bukan mereka yang direct selling depan rumah..
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen pernah alami didatangi lori dengan menawarkan perkhidmatan turap jalan di hadapan rumah.
“Memang teruk premix diaorang yang datang camni… Dah kena…2 ke 3 bulan hancur semua,” kongsi pengalaman dari salah seorang wargamaya.
“Ye betul. Dah dua kali terkena. Terima kasih bagi peringatan kepada yang lain,” tulis yang lain pula.
“Benda ni seawal 80an lagi.. Semua geng-geng sub con.. Tar nipis-nipis lebih tu pegi jual rumah-rumah..” komen netizen lagi.
“Ada syarikat selenggara buat jalan… Mereka ni ada satu geng yang sedia kan perkhidmatan turap jalan secara mini.. Yang ni geng peralatan turap nya lengkap dan premix on the spot dari kilang.. Madam boleh servey dalam google atau facebook cari syarikat yang menyediakan perkhidmatan turap jalan berdekatan dengan kediaman atau premis perniagaan madam.. Atau ada kenalan yang kerja JKR atau belati wangsa boleh rujuk juga pada mereka,” saranan salah seorang wargamaya.
Sumber : Malaysian Modders
ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club