Jika anda suka bercucuk tanam memang banyak manfaatnya. Bukan dari segi kos untuk ke kedai, tetapi masa pun jimat. Hanya petik ajer bahan masakan di halaman rumah.
Namun, nak tanam kena tahu cara yang betul jika tidak ada yang kecewa bila tanaman tak menjadi.
Antaranya cara tanam halia yang sering digunakan dalam masakan.
Halia atau nama saintifiknya iaitu Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan.
Sifat halia yang bagus buat kesihatan
Selalu kita dengar atau lihat mengenai mitos halia itu adalah bagus buat kesihatan manusia, bukan? Ini sebenarnya adalah disebabkan oleh sifat halia itu sendiri, berikut adalah sifat-sifatnya:
Antiradang
Keradangan merupakan satu fungsi semula jadi untuk melindungi tubuh. Kuman, bahan kimia dan diet yang tidak sihat boleh menyebabkan berlakunya terlalu banyak keradangan dan boleh mendatangkan bahaya kepada diri.
Ads
Pengambilan halia boleh membantu menghalang dan menyembuhkan keradangan. Terdapat kajian yang mengatakan halia juga boleh mengurangkan reaksi alahan yang disebabkan keradangan.
Antioksidan
Halia dikatakan boleh membantu mencegah penyakit jantung, penyakit neurodegeneratif seperti Parkinson, Alzheimer, dan Huntington, kanser dan simptom penuaan. Antioksida melawan spesis oksigen reaktif (ROS) yang dihasilkan tubuh secara semula jadi.
Pemilihan gaya hidup yang tidak sihat, seperti pengambilan alkohol terlalu banyak, merokok atau alami masalah tekanan kronik membuatkan tubuh menghasilakn ROS dengan lebih banyak.
Pengambilan makanan dan minuman dengan antioksidan seperti halia, boleh membantu mencegah dan melawan kesan sampingan negatif ROS – tekanan oksidatif dan merosakkan sel-sel tubuh.
Ads
Menguatkan imunisasi tubuh badan
Halia dapat membantu dalam memperbaiki imunisasi dalam tubuh badan. Dengan pengambilan hirisan kecil pada setiap hari, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dan tersekat di dalam saluran arteri.
Paling penting, terdapat satu kompaun di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol. Ia adalah sejenis agen yang mampu mencegah dan membunuh sel kanser. Ia sangat membantu terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.
IKUTI CARA SEMAI HALIA , RUJUK GAMBAR.
Ads
Selamat mencuba. Menjadi cara ni.
Kredit: Nur Nurul
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lain orang lain caranya untuk menyimpan duit. Ada yang suka untuk simpan di bank, malah ada yang rasa lebih mudah simpan di rumah sahaja. Namun apakan daya, sememangnya mudah ketika menyimpan duit di rumah bertukar duka apabila hasrat seorang lelaki untuk menunaikan haji tidak kesampaian apabila wang simpanannya berjumlah RM15,000 lesap dalam sekelip mata setelah dimakan anai-anai.
Memetik laporan Detik.com, lelaki terbabit, Samin yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah Indonesia telah mengumpul wang tersebut hampir tiga tahun lalu malah wang simpanannya itu juga sudah mencecah 49.8 juta rupiah iaitu bersamaan RM15,000.
Lebih menyedihkan apabila mengetahui lelaki terbabit mahu menggunakan wang tabungannya itu untuk menunaikan haji namun siapa sangka, hasratnya tidak kesampaian.
Ketika kejadian, Samin yang berusia 53 tahun tersebut mendakwa dia menyimpan wang di dalam dua tabung yang berbeza dan kedua-duanya mempunyai jumlah simpanan yang hampir sama. Namun hanya satu tabung sahaja yang terselamat, selebihnya musnah dimakan anai-anai.
Tambah Samin lagi, dia berasa curiga setelah melihat anai-anai di dalam tabung simpanannya itu.
Menurut Samin, dia tidak mahu menyimpan wang tersebut di bank kerana mahu menjimatkan masa dan tenaga. Bukan itu sahaja, dia berpendapat lebih selamat jika disimpan sendiri.
“Untuk jimat masa dan tenaga. Kalau saya pergi ke bank untuk simpan RM60 setiap hari, ia akan memerlukan masa dan tenaga. Saya juga perlu menjaga anak-anak di sekolah.
“Harap-harap wang itu boleh ditukar oleh Bank Indonesia, harap wang itu dapat ditukar untuk daftar haji.” katanya.
Difahamkan, jumlah wang yang terselamat adalah kurang 68% daripada jumlah keseluruhan. Menerusi laporan hari ini, pihak bank telah menyerahkan wang terselamat yang berjumlah 20 juta rupiah bersamaan hampir RM6,000 kepada Samin.
Siapa sahaja di Malaysia tidak mengenali pengacara dan usahawan popular, Neelofa yang banyak menjadi inspirasi buat semua peminat serta pengikut laman sosialnya.
Baru-baru ini menerusi sesi perkongsian IG Live bersama ibunya, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, mendedahkan cerita restu ibu, Datin Noor Kartini Mohamed paling penting dalam kehidupannya malah dia sangat mengagumi ibunya yang dijadikan sebagai inspirasi untuknya berjaya dunia akhirat.
Menceritakan pengalamannya, Neelofa berkata dia pernah menghadiahkan ibunya sebuah sejadah berharga RM2,500 ketika pertama kali mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2012.
“Masa itu umur saya 23 tahun, pada tahun 2012. Saya pergi umrah untuk kali pertama. Masa itu berlakon drama tak banyak lagi. Sejadah itu berharga RM2,500 dan sangat berat. Gigih nak bawa balik untuk mama, saya hand carry. Lagi berharga sebab masa itu saya tak ada duit, RM2,500 rasa mahal sangat.
“Tapi saya fikir kalau bagi pada mama, nanti pahala mama sembahyang, dapat pada saya (seloroh Neelofa). Sampai ke hari ini, mama masih guna..masih ada dalam bilik tidur” katanya.
Berkongsikan lagi mengenai peribadi ibunya yang juga merupakan seorang usahawan, Neelofa berkata sepanjang dirinya membesar, ibunya langsung tidak pernah memukul anak-anak dalam mendidik mereka.
“Selama ini, Neelofa tak pernah nampak mama pukul mana-mana anak. Saya pun tak pernah dipukul oleh mama walau macam mana situasi pun.
“Mama sangat menitikberatkan pelajaran. Bagi tuisyen, bagi perhatian, suruh buat homework dan tanya perkembangan sekolah,” kata Neelofa lagi.
Sumber : Instagram Neelofa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Disahkan mengandung anak kembar pastinya diimpikan oleh semua wanita. Hebat rasanya malah dianggap rezeki paling hebat.
Mengimpikan sepasang anak kembar sememangnya menjadi keinginan semua pasangan suami isteri namun diberikan rezeki Allah kembar tiga pastinya terasa bagaikan satu keajaiban yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.
Inilah yang dilalui oleh pasangan suami isteri, Nurzahirah Mohamed Ibrahim dan suaminya, Mohd Najib Fahmi Mohd Tahar. Pasangan kembar tiga mereka, Daim Haris, Danisha Huda dan Darwisy Hakim kini sudah pun berusia 2 tahun 7 bulan.
“Sungguh saya terkejut dan gembira tidak terkata apabila doktor mengesahkan saya mengandungkan anak kembar. Bukan dua tetapi tiga!
Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira dan terkejut. Tidak terkata dan sangat bersyukur kerana diberikan anugerah tidak ternilai. Akhirnya penantian kami suami isteri dimakbulkan olehNya.
Lima tahun saya tunggu untuk peroleh zuriat selepas melangsungkan perkahwinan pada 3 Oktober 2009. Lama menunggu namun Allah beri kami berganda.
Semuanya selepas saya menjalani rawatan kesuburan di Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri, Klang. Dua tahun juga saya ambil pil kesuburan dan akhirnya saya buat suntikan hormon di perut setiap dua hari sekali. Sebulan selepas itu saya disahkan hamil. Sungguh saya bersyukur.
Sama seperti ibu hamil lain, saya juga mengalami morning sickness pada waktu pagi dan waktu tengah malam. Namun saya mula membiasakan diri.
Alhamdulillah tiada alahan yang saya alami semasa mengandung. Namun saya dinasihatkan oleh doktor untuk lebihkan pemakanan yang mengandungi zat besi seperti daging, bayam, kerang dan juga hati untuk menambah darah kerana darah saya agak rendah ketika itu.
Perut saya juga membesar dengan cepat seperti kandungan 6 atau 7 bulan, padahalnya ketika itu kandungan saya baru berusia 5 bulan.
Pernah juga saya ditahan selama 5 hari di hospital kerana mengalami kontraksi seperti mahu bersalin. Syukur setelah rawatan diberikan saya kembali pulih.
Setelah kandungan berusia 29 minggu, saya dimasukkan ke hospital dan doktor terus memberikan tarikh untuk saya bersalin iaitu pada 34 minggu.
Tiada pilihan lain kerana kedudukan 2 bayi di dalam perut yang songsang dan seorang lagi melintang di bawah perut. Saya dinasihatkan untuk berehat di hospital sahaja sepanjang tempoh itu.
Saya serta kandungan sentiasa dipantau oleh doktor pakar, manakala setiap 4 jam sekali jururawat akan memastikan ketiga-tiga bayi berada dalam keadaan selamat.
Malah saya juga terpaksa dipakaikan dengan tali pinggang sokongan untuk menjaga tulang belakang dan mengurangkan sakit pinggang yang saya alami.
2 Jun 2014 menjadi satu tarikh yang begitu dinantikan kami berdua. Walaupun sangat teruja untuk melihat anak-anak kami sendiri dalam beberapa jam lagi namun disudut hati ini juga terasa amat takut.
Untungnya bukan hanya suami malah ibu mertua saya, Hajah Shahrumbi juga dibenarkan untuk masuk ke dewan bedah kerana dia merupakan seorang staff nurse di hospital itu.
Lebih kurang 20 orang termasuklah doktor pakar bedah, doktor pakar anestetik, doktor pakar kanak-kanak, doktor pelatih serta jururawat menyambut kelahiran anak saya.
Tepat jam 9 pagi, bilik bedah yang sunyi bertukar menjadi meriah dengan suara tangisan tiga-tiga bayi saya. Anak pertama saya, Daim Haris (1.8kg) dilahirkan diikuti Danisha Huda (1.6kg) dan selang 2 minit kemudiannya barulah Darwisy Hakim (2kg) dikeluarkan.
Daim Haris dan Danisha Huda ditunjukkan terus kepada saya manakala Darwisy Hakim terpaksa dimasukkan terus ke unit rawatan rapi NICU kerana kurang oksigen.
Ketiga-tiga bayi kembar saya ini dimasukkan ke dalam inkubator kerana saiz dan berat badan mereka yang masih kecil. Keadaan saya pula sedikit lemah, dua kali juga saya pengsan ketika bangun dari katil, kerana kehilangan banyak darah.
Hari ke 9 saya dan Darwisy Hakim dibenarkan keluar hospital. Manakala Daim pada hari ke 14 diikuti Danisha pada hari ke 21. Kami sangat gembira malah seluruh keluarga teruja untuk melihat ketiga-tiga kembar ini bersama untuk kali pertama.
Memori Indah Pengalaman menjaga mereka semasa bayi amat berharga dan takkan saya lupakan. Saya berpantang di rumah ibu ketika itu. Dalam sekelip mata sahaja, rumah ibu terus bertukar seperti pusat asuhan kanak-kanak. Mana tidaknya, hampir kesemua ruang, dari ruang tamu, dapur, bilik dan bilik air semuanya terdapat peralatan bayi.
Pada peringkat awal kami memakaikan kembar 3 ini dengan baju warna yang berlainan supaya tidak tertukar. Mereka juga telah saya sediakan buku catatan masing-masing supaya perkara seperti memberi susu, menukar lampin dan memberi ubat dan sebagainya tidak tertukar.
Banyak kenangan lucu yang kami lalui ketika waktu ini. Pernah suatu hari tokwan mereka, iaitu ayah saya memakaikan Daim dengan baju berwarna merah jambu kerana dia sangkakan itu adalah Danisha.
Dan ini bukan terjadi sekali tetapi beberapa kali juga. Malah Darwisy dan Daim juga selalu tertukar. Memang sangat lucu ketika waktu itu.
Bagi saya dan suami memang kami dapat bezakan ketiga-tiga mereka kerana mereka bukanlah kembar seiras. Tidak hanya ibu dan ayah malah kami juga dibantu oleh dua orang pembantu lain yang membantu melancarkan lagi perjalanan harian kami.
Ketika itu, walaupun saya masih lemah dan sangat penat malah luka pembedahan juga masih belum sembuh sepenuhnya tetapi kehadiran mereka di dalam keluarga saya membuatkan saya lebih sempurna dan gembira.
Sejak hadirnya kesemua anak-anak ini, adakalanya saya dan suami terasa seperti selebriti. Jika kami sekeluarga keluar di hujung minggu, sebaik kereta sorong bayi ditolak, ramailah yang teruja dan bertanyakan pelbagai soalan kepada saya dan suami.
Begitulah sepanjang perjalanan kami sepanjang hari itu. Saya tidak kisah malah seronok berkongsikan cerita dan pengalaman saya kepada mereka yang ingin tahu.
Kepada mereka yang berkahwin tetapi masih belum diberikan rezeki untuk punya zuriat sendiri, janganlah berputus asa. Berusaha dan berdoalah.
-Zahirah-
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Zaman persekolah adalah zaman manis untuk dikenang! Tidak kiralah berada di asrama sekolah, kolej atau universiti, sudah pastinya momen itu manis! Bak kata sesetengah orang, dunia belajar ni momen sangat manis.