Rupanya Nak Masak Kuah Kacang Lebih Sedap, Buat Begini. Wanita Ni Kongsikan Boleh Follow!

Puas hati rasanya kalau buat kuah kacang cukup rasa; ada gabungan lemak, pedas, masin dan manis. Bila sedap barulah tetamu makan terus dapat pujian dan buat mereka makan bertambah.  Pun begitu untuk mendapatkan rasa yang sempurna ada rahsianya tersendiri.

 

Ini seperti yang dikongsikan oleh Yatt Ismail, menurutnya kuah kacang akan menjadi lebih sedap bila tidak memasukkan kulit kacang ke dalam adunan kuah. Itu bermakna, proses menampi kacang perlu dilakukan dengan sempurna.

Selain itu, anda juga boleh jadikan panduan resipi yang dikongsikan di sini untuk mendapatkan kuah kacang yang enak.

 

 

Kuah Kacang 

Bahan-bahan:

1 kg kacang tanah disangai atau dipanggang dalam oven

Segenggam cili kering kurang pedas

2 biji bawang besar medium- dimayang

1/2 inci halia-dikisar

Ads

1 inci lengkuas-dikisar

6 batang serai-dikisar

2 ulas bawang putih-dikisar

2 mug santan pekat

5 kerek manisan

3 sudu besar gula

Sedikit garam

2 liter air

 

Cara buat:

Ads

1.Panggang atau sangai kacang tanah. Jika panggang dalam oven suhu 150 selama 25 minit. Sesekali buka oven untuk kacau.

Rupanya Nak Masak Kuah Kacang Lebih Sedap, Buat Begini. Wanita Ni Kongsikan Boleh Follow!

2.Sudah siap panggang buang kulit. Ramas-ramas kacang dan tampi untuk buang kulit. Kuah kacang lebih sedap tanpa kulit kacang.

Rupanya Nak Masak Kuah Kacang Lebih Sedap, Buat Begini. Wanita Ni Kongsikan Boleh Follow!

3.Panaskan minyak dan tumis bawang hingga garing.

Rupanya Nak Masak Kuah Kacang Lebih Sedap, Buat Begini. Wanita Ni Kongsikan Boleh Follow!

  1. Kemudian masukkan lengkuas, halia, serai dan bawang putih yang telah dikisar. Masukkan juga dengan cili kering yang telah dibuang biji dan dikisar lumat.

Rupanya Nak Masak Kuah Kacang Lebih Sedap, Buat Begini. Wanita Ni Kongsikan Boleh Follow!

Rupanya Nak Masak Kuah Kacang Lebih Sedap, Buat Begini. Wanita Ni Kongsikan Boleh Follow!

 

5.Blend kacang panggang dengan air. Kacang tu jangan terlalu hancur. Kiranya 50% hancur. Masukkan ke dalam bahan tumisan. Tambah baki air. Masak dalam 20 minit sampai kekacangan dah lembut.

Ads

Rupanya Nak Masak Kuah Kacang Lebih Sedap, Buat Begini. Wanita Ni Kongsikan Boleh Follow!

6.Masukkan manisan kerek, gula dan garam. Garam tu sikit dulu ye. Nanti boleh rasa.

7.Lepas 20 minit masukkan santan pekat. Kalau kuah terlalu pekat tambahkan lagi air dan masak lagi selama 30 minit.

Rupanya Nak Masak Kuah Kacang Lebih Sedap, Buat Begini. Wanita Ni Kongsikan Boleh Follow!

8.Bila dah naik minyak macam ni kuah dah cukup masak. Boleh rasa dulu. Kuah ni mesti ada rasa lemak manis.

Rupanya Nak Masak Kuah Kacang Lebih Sedap, Buat Begini. Wanita Ni Kongsikan Boleh Follow!

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Rupanya Nak Masak Kuah Kacang Lebih Sedap, Buat Begini. Wanita Ni Kongsikan Boleh Follow!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI