Pernah tak alami situasi ini apabila, anak-anak sedang bergaduh. Adakah kita perlu marah abang atau anak yang kecil. Ini satu tips yang dikongsi oleh seorang Ustaz.
Ikuti selanjutnya perkongsian bermanfaat ini untuk memastikan kita mendidik anak dengan cara yang betul.
Dulu semasa saya kecil, saya selalu bergaduh dengan abang saya nombor lima. Macam anjing dengan kucing, ibaratnya. Hehe! Tetapi ibu saya selalu menangkan abang. Ibu marah dan rotan saya.
Pernah sekali saya mencarut, keluar perkataan bukan-bukan (semoga Allah maafkan saya), abang-abang pun apa lagi, tangkap dan ibu ambil cili dan cilikan mulut saya. Pergh! Rasa 2 inci tebal mulut ini. Padahal itu salah abang saya, bukan salah saya. Saya rasalah. Hehe!
Satu hari, saya duduk dalam satu ceramah parenting daripada seorang ustaz ini.
“Kalau anak kita bergaduh yang kecil dan besar, jangan marahkan yang besar sebab dia dah besar.
Malu dia depan adik dia bila dia kena marah. Tapi marahkan yang adik. Bila abang tengok adik dia kena marah, si abang akan rasa kasihan pada adiknya,” katanya.
Saya terus terfikir. MasyaAllah, ibu saya tak pernah pun pergi ceramah parenting seperti ini, saya rasa. Atok-atok nenek kita tak pernah pun pergi kursus bagai. Tetapi cara didikan mereka itulah yang menyebabkan kita menjadi ‘manusia’ hari ini. MasyaAllah.
Ada seornag cikgu ini memberitahu saya satu lagi ilmu, macam mana nak beri anak-anak kita berkasih sayang. Rupa-rupanya dari kecil lagi kita perlu melatih mereka memberi hadiah sesama dia.
“Akak, ini hadiah adik bagi. Akak cakap akak sayang adik,”
Kadang-kadang beritahu juga pada kakak,
Ads
“Adik, ini kakak ada bagi hadiah,”
Sebenarnya kita yang beri hadiah itu tetapi gunakan nama anak-anak kita yang bagi. Nanti mereka sayang antara mereka.
Tetapi sedih bila melihat situasi hari ini. Kadang-kadang bila pergi shopping dengan wife, ternampak gelagat mak dan ayah marah anak mereka di depan orang ramai. Cubit, lempang anak di depan anak-anak yang lain. Baru saya faham sebenarnya setiap anak ini ada maruah masing-masing. Jangan jatuhkan air muka anak kita di depan anak-anak yang lain supayah mereka saling sayang menyayangi dan hormat menghormati.
Ads
Sebab itu kadang-kadang saya ditanya, “Anak saya ini makin besar, makin tak nak ikut kami pergi ke mana-mana ustaz. Budak-budak sekarang..”
Bagi saya, sama saja budak sekarang dengan budak dulu. Tetapi bagaimana cara kita mendidik dan suasana yang kita wujudkan di rumah dan di tempat dia belajar.
Anak-anak hari ini lebih suka duduk dengan kawan-kawan mereka sebab kawan-kawan lebih pandai menghargai dirinya berbanding kita ibu bapa menghargai anak kita. Kita lebih suka bercakap dengan telefon dan senyum pada telefon berbanding senyum dan bercakap dengan anak-anak kita.
“Ya Allah, ampuni kami. Semua salah saya,”
Saya pernah dikongsi satu orang pakcik. Dia suami kepada cikgu kima saya dulu, Cikgu Joned Badar. Pakcik Mus ada 11 orang anak lelaki dan semua berjaya dengan bermacam-macam profession. MasyaAllah. Masa kecil, anak-anak mereka ini kalau datang beraya, habis rumah orang dikerjakan. Pecah sana sini, tuan rumah berbulu je tengok. Tetapi pakcik Mus akan bawa anak dia yang buat salah tadi masuk kereta, bawa pusing-pusing makan aiskrim. Selepas habis makan, dia akan marah dan nasihat anak dia dalam kereta seorang-seorang. Bukan di hadapan anak-anak yang lain. MasyaAllah. Banyak yang saya belajar dengan pakcik Mus.
Ads
Kadang-kadang perasan tak, kita kata pada anak kita.
“Ibu nak Ahmad balik sebelum jam 6.30 petang!”
Bila dia balik lewat, kita marah, tengking dan pukul mereka. Tetapi ada masa dia balik lebih awal dari jam 6.30 petang, kita terlupa nak menghargai dia.
“Bagus anak ibu, balik awal. Anak soleh betul,”
Kadang-kadang kita kedekut nak memuji anak kita. Kita lebih suka melihat kebaikan anak orang lain, puji anak orang lain berbanding memuji darah daging kita sendiri.
Ya Allah Tuhan kami, maafkan kami. Kami bodoh, tak pandai menjadi ibu dan bapa, abaikan tanggungjawab kami untuk mendidik anak kami dengan cara sunnah. Kami tak kenalkan mereka dengan Mu dan Nabi SAW. Maafkan kami ya Allah. Kami lebih sibuk dengan dunia kami, harta kami berbanding mendidik anak-anak kami menjadi seperti sahabah rhum.
Ya Allah, ajarlah kami menjadi ibu bapa seperti sahabah rhum. Wahai Allah Tuhan kami, janganlah jadikan anak-anak kami sebagai penghalang pada kami untuk masuk syurgaMu. Amin. – Ustaz Khailil Razak | Dr Zubaidi
Credit: Penmerah via Kids Wear by Darwish Rich Design
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam berbicara tentang keberkatan dalam mencari rezeki, seseorang mukmin hendaklah menjauhi diri dari perbuatan maksiat.
Dalam apa pun jenis rezeki yang kita dapat, semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah SWT.
Nak tahu lebih lanjut tentang pengertian rezeki yang mendalam, ikuti perkongsian ini oleh Khairul Anuar Basri
TENTANG REZEKI. 1. Allah penentu segala rezeki. Tiada yang boleh mengatasi kehebatan dan kekuasaan Allah dalam hal rezeki. 2. Kita mesti beriman dan yakin dengan Allah sebagai pemberi rezeki dan rezeki yang Allah akan berikan kepada kita. Banyakkan berusaha, berdoa dan bertawakkal. 3. Jika Allah telah tulis bahawa rezeki itu milik kita, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya. 4. Jika Allah telah tulis bahawa rezeki itu bukan milik kita, maka tiada apa yang dapat kita usahakan. 5. Setiap manusia yang dilahirkan, dia datang bersama rezeki masing-masing. 6. Setiap manusia ditentukan rezekinya sekian-sekian banyak. Selagi tidak sampai kepada had yang sepatutnya, maka dia tidak akan mati. 7,Kadang-kadang orang menumpang rezeki kita. Sebagai contoh, anak-anak yang menumpang rezeki hasil usaha ibu bapanya. 8 Kadang-kadang kita menumpang rezeki orang. Sebagai contoh, ibu bapa yang menumpang rezeki yang datang bersama kelahiran anak-anak mereka. 9.Kadang-kadang Allah memang kurniakan rezeki tersebut untuk kita. Maka kita mendapat manfaat langsung dari rezeki tersebut. 10.Kadang-kadang Allah jadikan kita sebagai asbab rezeki orang lain. Kita yang bekerja, dapat upah, digunakan untuk menyara ahli keluarga. 11. Kadang-kadang Allah jadikan rezeki makhluk lain asbab pekerjaan kita. Kita yang bekerja, dapat upah, digunakan untuk membeli makanan kucing peliharaan kita. 12. Kadang-kadang Allah mudahkan rezeki buat kita. Kadang-kadang Allah payahkan sedikit untuk melihat kita lebih berusaha, berdoa dan bertawakkal. 13. Kadang-kadang Allah datang rezeki yang tidak disangka-sangka kepada kita asbab kebaikan yang kita lakukan. 14. Jangan sesekali mendabik dada dengan mengatakan rezeki ini kerana usaha kita atau amalan kita yang tertentu. Kita tidak tahu sebab sebenar kenapa Allah memberi kita rezeki tersebut. Mungkin ada usaha atau doa orang lain untuk kita yang dimakbulkan oleh Allah. 15. Jangan sombong dan bercakap besar tentang rezeki. Ia hak milik Allah yang mutlak dan kekal menjadi rahsiaNya sampai bila-bila. 16. Jangan dengki dengan orang yang murah rezeki, lalu dibuat perkara yang bukan-bukan terhadapnya. Lebih-lebih lagi jika dia seorang yang pemurah. Kecuali dengki kita itu untuk kebaikan dan mahu menjadi kaya dan pemurah sepertinya. 17. Selalulah sangka baik dengan rezeki kerana itu adalah tanda sangka baik kita dengan pemberi rezeki iaitu Allah. 18. Rezeki akan jadi sangat sukar buat kita bila kita banyak buat maksiat. Tinggalkan dosa dan maksiat, bertaubat dan beristighfarlah setiap masa. 19. Rezeki juga boleh jadi sangat banyak untuk ahli maksiat sebagai istidraj kepada pemiliknya. Jangan sampai kita termasuk dalam golongan ini kerana kita akan semakin jauh dari Allah. 20. Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit. Masa yang lapang, hati yang tenang, anak ramai dan soleh, isteri yang solehah, hutang yang selesai, tidur yang lena, perut yang tidak lapar, ada tempat untuk berteduh dan lain-lain perkara yang menyenangkan hidup juga adalah rezeki. Kita mungkin tak kaya tapi tak susah. 21. Syukur atas rezeki yang Allah bagi kepada kita dengan berkongsi rezeki dengan orang lain. Makin banyak yang kita kongsi, makin banyak yang Allah akan bagi. 22. Pada setiap rezeki yang Allah berikan kepada kita, pasti ada bahagian orang lain yang mesti diagihkan. Itulah zakat, sedekah dan hadiah. 23. Berhati-hati dengan segala macam amalan yang ‘katanya’ menjemput rezeki. Jangan sampai obses kita dengan hasil rezeki melebihi obses kita kepada pemberi rezeki. 24. Berpagi-pagilah dalam mencari rezeki. Pada setiap pagi, Allah yang maha pemurah menebarkan rezeki seluas-luasnya untuk ‘direbut’ oleh sekelian makhlukNya. Siapa cepat dia dapat! 25. Last sekali… rezeki terhebat, terbesar dan terindah ialah rasa cukup dengan apa yang ada dan tidak pernah mengeluh dengan apa yang tiada. Selamat pagi semua.
– Rezeki sungguh Allah bagi bangun pagi ni, bagi kesihatan dan bagi idea untuk terus menulis buat manfaat semua pembaca –
Perkongsian yang sungguh inspirasi apabila melihat hasil lukisan anak adalah perkembangan positif anak itu. Ikuti pandangan puan, Adlil Rajiah mengenai hal ini.
Benda yang paaaaaaling susah nak buang bila kemas rumah ialah lukisan2 Haikal.
Selalu memang lukisan dia je la pun yang menyepah rumah ni.
.
But I secretly love seeing all stages of his drawing dari dia kecik sampai sekarang– dari sekadar cakar babun sampai lah lukisan dia semakin terperinci.
.
Hampir semua lukisan Haikal saya simpan dalam folder mengikut tahun. So bila tengok balik, saya boleh nampak perkembangan lukisan Haikal mengikut umur dia.
.
Menurut Nicole Avery (pakar perkembangan kanak2), ada 6 fasa perkembangan dalam kemahiran melukis:
.
Fasa 1: Anak menconteng dengan corak jalur memanjang (ke kiri ke kanan atau ke atas ke bawah)
.
Fasa 2: Anak menconteng dengan corak bulat dan bujur. (mula dan habis lukisan pada titik yg sama)
.
Fasa 3: Anak mula mewarna bentuk2 yang dilukis, dan bercerita tentang objek2 yg dilukis. Contohnya kereta, matahari, pokok, ultraman — walaupun mungkin takde rupa langsung.
.
Fasa 4: Anak mula melukis wajah dan anggota badan manusia (mata, mulut, rambut, kaki, tangan) walaupun mungkin sekadar lidi dan bulatan.
.
Fasa 5: Anak mula melukis benda2 disekeliling — pokok, kereta, bangunan, bunga, kucing. Dan kita dah mula nampak rupa dan faham maksud lukisan anak.
.
Fasa 6: Anak mula melibatkan saiz, jarak, perspektif, dan mood dalam lukisannya.
.
Alhamdulillah Haikal capai Fasa 6 ketika dia berumur 4 tahun. And according to his teachers masa tu, he’s a bit advanced dalam bab drawing ni berbanding rakan2 sebayanya, sampai diorang panggil Haikal Picasso
.
Tapi me being me, saya tak ambik pusing pun semua tu. Sebab setiap anak ada kelebihan masing2. Kan?
Saya dah jumpa kelebihan Haikal (pandai melukis), dan saya tak perlu kisah pun anak2 orang lain pandai melukis macam dia ke tak.
Tapi masa tu ramai yg tanya macam mana saya dan suami ajar Haikal melukis. And as usual, kitorang tak tahu nak jawab apa ?.
Sebab kitorang tak ajar pun. Cuma kitorang SEDIAKAN SUASANA yang boleh galakkan Haikal explore bakat dia sendiri.
.
Saya pernah baca somewhere: “Doodling will help kids learn to express emotions.”
So dari dulu memang kitorang encourage Haikal explore pen, crayon, water colour, marker dan bagi je dia doodle around.
.
These are 10 things yang kami buat sejak Haikal umur 1.5 tahun untuk SEDIAKAN SUASANA yang encouraging untuk dia:
.
1. Tampal kertas mahjung banyak banyakkk kat dinding rumah yang anak boleh capai, dan bagi dia conteng guna pensel warna, chalk, or anything yang senang padam (just in case anak terconteng dinding/perabot).
.
2. Kalau pergi kedai makan, bentang kertas mahjung tu jadi alas meja, dan keluarkan pen warna warni. Sementara tunggu makanan sampai, ajak anak lukis sama2. Kalau meja sebelah pandang sinis, pandang dia balik dengan muka camni ?? ?
.
3. Bila balik kampung, bawak kertas mahjung dan tampal kat satu corner. Ajak anak dan sepupu sepapat dia doodle kat situ. Bila nak balik, jangan lupa bukak balik. Kang menyirap pulak neneknya. ?
.
4. Everytime pergi pantai atau kawasan berpasir, beri anak doodle around guna ranting atau jari. Ini salah satu cara effective jugak untuk latih anak menulis alphabet & numbers.
.
5. Bagi anak conteng lantai car porch guna arang atau sidewalk chalk. Don’t worry, simbah air je hilang la. Tak buruk pun rumah kau.
.
6. Beli mug atau mangkuk warna putih plain, beli glass colour marker, dan bagi anak lukis atas mug dan mangkuk tu. Ini paling saya suka, sebab ia beri sentimental value bila tengok balik cawan yang Haikal lukis.
.
7. Beli tshirt plain dan fabric marker, dan bagi anak lukis atas tshirt tu. Ingat lagi tak saya dan Haikal pernah bagi papa Haikal tshirt yang kami lukis dan warna sendiri sempena birthday papa dia beberapa tahun lepas?
.
8. Beli drawing block atau buku lukisan supaya anak bersemangat melukis dan kumpul koleksi lukisan dia.
.
10. Beli Lookisslah Tablet (yang Haikal guna dalam video ni). Since Haikal umur 2 tahun, sampai lah sekarang dah darjah 2, ini lah senjata yang sentiasa ada dalam handbag dan dalam kereta saya. Senang nak bawa, mess-free dan boleh buat anak occupied dalam apa pun keadaan. Boleh dapatkan di www.sogeliga.com
.
.
Thank you for reading.
Dan selamat meraikan kelebihan anak masing2.
.
Kalau kita tak tahu apa kelebihan anak, that means kita belum beri enough exposure dan experience kepada anak.
.
Limit their screen time,
and let them explore the world!
.
Salam sayang,
Adlil Rajiah ❤️
.
#OverpowerScreenAddiction
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pastinya ramai yang mengenali figura ini sejak penularan wabak Covid-19 yang mencuri tumpuan seluruh rakyat Malaysia sehingga ada yang menggelarkannya ‘jeneral’ Covid-19. Malah, setiap hari, rakyat dan wartawan ternanti-nanti kemunculannya untuk mengumumkan status serta laporan harian kes COVID-19. Sudah pastinya, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Walaupun penat mengendalikan krisis begitu serius, wajah dan penampilannya sentiasa tenang serta kata-katanya cukup meyakinkan kita semua. Bukan sahaja, cekap mengendalikan kemelut Covid sehingga baru-baru ini, kluster covid COVID-19 terbesar negara iaitu kluster perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling telah berjaya direkodkan sifar kes sekali gus diisytihar tamat, beliau juga seorang bapa yang hebat dalam mendidik anak-anaknya.
Like Father, Like Son
Menerusi perkongsian Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zafrul telah memaklumkan tiga orang siswazah telah terpilih menyertai Felo Perdana tahun 2020. Menariknya salah seorang siswazah berkenaan, Muhammad Khair bin Noor Hisham adalah anak Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Jurusan Ekonomi Bisnes di Universiti Sheffield Hallam dan turut mempunyai pencapaian cemerlang dalam bidang akademik antaranya memenangi dalam Sheffield Business School International Dragon’s Den Competition pada tahun 2019, dianugerahkan sebagai pelajar terbaik iaitu menjadi ketua kepimpinan majlis perwakilan pelajar di UiTM Pahang pada tahun 2018, pernah menjadi pengarah bagi Program Kepimpinan dan Hubungan Budaya iaitu program bersama antarabangsa. Nyata, dengan prestasi kepimpinan yang ditonjolkan oleh anak lelaki Dr Noor Hisham ini sangat layak dipilih sebagai Felo Perdana 2020. Perwatakaan seumpama like father, like son. Dua-dua hebat dalam ‘dunia’ masing-masing.
Felo Perdana 2020, Kementerian Kewangan lantik tiga siswazah
Warga belia adalah antara tunjang kepada pembangunan Negara. Merekalah yang akan membimbing generasi akan datang dalam usaha memacu Malaysia ke arah kejayaan.
Selamat datang saya ucapkan kepada tiga orang Felo Perdana untuk tahun 2020, Chow Shenn Kuan, Khair Noor Hisham dan Am Abdul Aziz, ke Kementerian Kewangan Saya berharap program ini dapat memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada anda. pic.twitter.com/nHoK6HdIFW
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian...