
Tak ada idea nak buat kuih apa untuk minum petang, apa kata cuba buat kuih kaswi. Cara masak kuih ini mudah. Hanya dikukus. Rasa lembut, tak manis sangat, sedikit kenyal dan dihidangkan bersama salutan kelapa.
Merupakan sejenis kuih legend. Rasanya memang sedap. Antara kuih tradisional yang popular. Biasa dimakan sewaktu sarapan atau petang bersama keluarga.
Buat yang nak cuba buat, ini resipinya. Hanya mengunakan sukatan cawan.
Resipi kuih Kaswi pandan
2 cwn tpg gandum
1 cwn tpg ubi
1 cwn gula(sy kurangkn sikit sbb manis. sukatan dlm 3/4cwn gula)
1 cwn air daun pandan
4 cwn air
Garam
Cara penyediaan:
Guna kapur makanan elak jadi lembik
Sedikit kapur makan (saya guna 1sudu plastik kfc). Caranya , campurkn kesemua bhn2 tersebut dn kacau bagi sebati. sblm tue sapu minyak ke dlm loyang supaya nti kuih xmelekat. masukkn adunan ke dlm loyang. sblm itu masak air hingga mendidih. bila air dh mendidih brulh di kukus. kukus hingga masak (lebih kurang 40min)…cucuk dgn lidi..klu xlekat d lidi tu dh masak kaswinya.
Saya letak pewarna hijau epal campur dgn air daun pandan*sbb daun pandan tk cukup.
Slmt mencuba.
Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim
Sumber resepi : Zarina Ahmad Chin
Buat Bihun Goreng Tomyam Atau Bihun Goreng Singapore, Ini Rahsianya Tak Lembik & Tak Hancur!

Buat Bihun Goreng Tomyam Atau Bihun Goreng Singapore, Ini Rahsianya Tak Lembik Tak Hancur.
Ada sahaja yang merungut bila buat bihun goreng tak menjadi. Kebanyakan jadi lembik dan putus-putus hancur. Kalau nak bihun jadi cantik, boleh ikut petua ini yang dikongsikan oleh Ayu Mashruddin atau boleh juga mencuba resipi yang dikongsikan oleh Rozmaliza Omar dan Habeebah Md Daud yang sungguh menyelerakan.
1. Rendam bihun dalam air biasa. Jangan rendam dengan air suam/air panas, nanti bihun lembik. Tak perlu rendam awal. Nak mula menumis baru rendam bihun. Saya suka brand Jasmine
2. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering yang dah direbus dengan air panas, udang kering dan tomato. Kemudian tumiskan sampai pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin dan perencah bihun Adabi Bila tambah perencah ni rasa bihun bertambah sedap.
4. Masukkan pula bahan ikut citarasa masing2. Dada ayam, sotong, udang, fish ball, fish cake, daging semua boleh jer ikut suka.
5. Lepas masukkan semua ni tutup kuali. Perlahan sikit api. Bagi semua rencah ni keluarkan air. Pastikan tutup kuali sebab kalau tak tutup takkan keluar air byk sangat.
6. Bila semua rencah dah masak boleh masukkan sayur seperti kobis, carrot & daun bawang. Carrot tu potong mancis untuk nampak cantik.
7. Bila semua sayur dah lembut, masukkan garam dan gula.
8. Akhir sekali masukkan bihun yang dah di tos. Gaul semua sampai rata. Jangan guna sudip tajam untuk elakkan bihun tu putus-putus. Guna sudip kayu yang tumpul.Pastu jangan gaul ganas-ganas macam nak bergusti dengan bihun. Aduk atau fold perlahan-lahan je.
9. Masukkan tauhu yang dah digoreng. Kalau rasa kurang masin boleh la tambah garam or kicap masin sikit.
10. Kalau rasa kering, atau bihun keras baru tambah air panas sikit (letak sikit-sikit dalam 3 sudu je).
Utk hiasan: hirisan daun bawang, hirisan cili besar, telur dadar potong nipis dan bawang goreng.
Sumber: Ayu Mashruddin
RESEPI BIHUN GORENG TOM YUM
Bahan-bahan:-
1 bungkus bihun – rendam hingga lembut-BELI DI SINI
6-7 ulas bawang putih**
5 biji cili padi**
3 sdb pes tom yum
2 sdb cili kisar
2 sdb sos tiram-BELI DI SINI
1 sdb sos ikan
Kobis dan carrot
1 ikat sawi
3 helai daun limau purut -dikoyak²
Isi ayam, udang dan sotong (saya ltk ayam jer)
1 cawan air
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Panaskan minyak tumis bahan² bertanda ** yang ditumbuk kasar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes tom yum. Tumis lagi.
3. Masukkan isi ayam masak hingga empuk diikuti udang dan sotong.
4. Masukkan garam, gula, sos ikan dan sos tiram. Masukkan air. Biarkan mendidih
5. Masukkan bihun, sayur²an dan daun limau purut. Gaul rata hingga semua lembut masak sekata.
6. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.
Sumber : Rozmaliza Omar
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
- Tengok Nasi Pun Dah Terliur. Rupanya Begini Cara Che Puan Gojes Buat Nasi Ayam, Tak Perlu Tumis Bahan!
- Anak Bongsu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof Jalani Hidup Sederhana & Bahagia. Raih Pujian Ramai!
- Buat Pancake Cara Cik Dayang Zuhaila, Dah Lama Masak Pun Tetap Lembut!
Bihun Goreng Singapore
3-4biji bawang merah-dikisar
5-6biji bawang putih-dikisar
1sudu kecil lada hitam-dikisar
2sudu makan udang kering-dikisar
2inchi halia-dikisar
kopek kulit udang
Rendam bihun bagi lembut(400gm)
Kucai dipotong dalm 4cm (RM1)
**jika ada lobak.. hiris halus memanjang macam kucai
Langkah 1 : Tumis bahan yang dikisar sehingga jadi keemasan/brown
Langkah 2 : Perasakan. Gula, garam dan serbuk perasa
Langkah 3 : Masukkan udang
Langkah 4 : Masukkan bihun yang sudah di toskan
Langkah 5 : Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah
Makan dengan sambal kicap tau. Adoii menambah-menambah jadinya.
Sumber : Habeebah Md Daud
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mungkin Rasa Terbeban Tapi Cara Simpan Duit RM20, Wanita Ini Berjaya Simpan RM12,600 Duit Anak Dalam Masa Setahun.

Ramai ibu bapa ingin menyediakan simpanan buat anak sejak kecil lagi. Namun akibat tiada pengurusan kewangan yang betul dan tiada kesungguhan, mengakibatkan impian itu tertangguh.
Usah tunggu lagi! Nak menyimpan ni kena komited dan displin. Sebagaimana yang dilakukan oleh wanita ini. Nak tahu caranya jom kita pelajari!
Harini aku nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk mak pak yang nak menyimpan untuk anak.
1. Sediakan botol kuih raya
Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan. Nak letak gamba DSV pun boleh.
2. Berbelanja
Korang tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Trick nya adalah NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu.
Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat RM20 lagi. Dan kalau kau keluar DUIT dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit kau yang ada, tepikan jugak RM20. Korang takde pilihan.
3. Masukkan duit dalam tabung
Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ hembeg tu, masukkan semua RM20 yang korang ada dalam botol. Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata “Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!” Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!
4. Ulang langkah 1, 2, 3
Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 kau ni.
5. Kira duit sama-sama
Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata. Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak leh nak explain.
Dah jadi rutin kami untuk buat “Trick” LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari. Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah. Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangad ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!
Kenapa RM20?
1. Lebih senang nampak
Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!
2. Paksa diri suami isteri
Aku pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugak lah kau dapat sebulan.
Tapi Aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan!
Kalau tak paksa diri, Kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau Kau takkan mati kebuluran.
3. Terjamin jumlah simpanan
Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau yang RM20 ni hak anak kau. Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.
Kesimpulan yang Aku boleh buat adalah ada cara yang parents boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu reban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan. Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong.
Akhir sekali kau bawaklah duit tu pegi bank. Masukkan dalam saving atas nama anak Kau dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila kau tahu, apa-apa hal anak kau ada dah duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?
Sumber: Aminahtul Marrdiah
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Anak Hidap Ketumbuhan Di Leher & Sakit Jantung.” Dicerai Suami & Diusir Dari Rumah Sewa, Ibu & Enam Anak Terpaksa Tidur Dalam Kereta!

Ujian hidup seseorang tidak sama, ada yang bernasib baik kehidupan mereka aman bahagia. Namun ada pula yang diuji bertalu-talu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Melalui kiriman terbaru yang kini tular di laman facebook, nasib seorang wanita yang terpaksa tidur di dalam kereta bersama anak kecilnya selepas baru sahaja diceraikan oleh suaminya
Ibu dan anak kecil tidur dalam kereta setelah diceraikan suami dan diusir pula oleh tuan rumah kerana sewa tertunggak.
Seorang ibu muda, berusia 30 tahun tinggal di dalam kereta bersama 6 orang anak berumur 14, 10, 8, 3, 2 dan 5 bulan di stesen minyak Rasa, Hulu Selangor dan menumpang mandi di tandas stesen tersebut.
Beliau sedang dalam proses penceraian kerana kes ditangguhkan kerana PKP. Suami tidak pulang ke rumah lebih 4 bulan sejak penghujung bulan Februari 2020.
Ketika ini, beliau tidak mempunyai pekerjaan setelah diberhentikan oleh majikan sejak Mac 2020 kerana PKP.
Sepanjang PKP beliau pulang ke kampung di Temerloh, Pahang.
Ibarat jatuh ditimpa tangga. Beliau pulang dari kampung, tuan rumah pula meminta beliau keluar dari rumah sewanya. Sewa rumah tertunggak, tidak dibayar oleh ketua keluarga.
Kisahnya disiarkan menerusi laman facebook Uncle Kentang selain turut mendapat perhatian pusat Zakat Selangor.
Ujian demi ujian menimpa. Beliau pula disyaki menghidapi kanser payu dara tetapi belum menerima rawatan susulan lagi. Manakala anak yang berumur 2 tahun mempunyai masalah jantung berlubang dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Serdang 2 kali setahun.
Anak yang berumur 5 bulan pula menghidapi ketumbuhan di leher namun belum dapat dikenalpasti. Rawatan susulan di Hospital Selayang.
Terkini beliau dan anak-anak ditempatkan di sebuah hotel di Bukit Beruntung yang dibiayai oleh NGO Darul Jariyah.
Zakat Selangor menyalurkan sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan pemohon dan anak-anak sementara menunggu bantuan susulan dalam masa terdekat.
Hasil bancian mendapati, beliau layak didaftarkan sebagai asnaf fakir.
Antara bantuan yang akan disalurkan :
1. Deposit dan sewa bulanan rumah
2. Bantuan Kewangan Bulanan
3. Bantuan Makanan Bulanan
4. Bantuan Perubatan (rawatan bulanan)
Sumber: Kuan Chee Heng, Lembaga Zakat Selangor