Rupanya Nak Jimat Elektrik Kena Ikut Cara Ini, Baru Bil Bulan-Bulan Tak Tinggi Setiap Bulan, Memang Menjadi!

Share

Sejak pandemik kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengekang wabak ini termasuklah menutup pelbagai sektor termasuk pendidikan, membatalkan segala aktiviti sukan, riadah dan rekreasi serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sudah tentu kita kerap berada di rumah.

Sejak itu, tentu ada yang merasakan peningkatan bil elektrik. Maklumlah setiap hari penggunaan termasuk aktiviti pembelajaran dan urusan kerja.

Menarik dengan perkongsiannya ini bahawa jika mencabut plug yang tidak digunakan mampu jimatkan elektrik bulanan.

Ikuti perkongsian ini.

Biasanya tiap-tiap bulan pengunaan elektrik bagi unit rumah pangsa kami ni adalah sebanyak RM70-80. Kadang-kadang mencecah RM100-110. 
Kami anak beranak memang berada di rumah 24 jam.

Nak dapat caj penggunaan RM30 seperti masa kami suami isteri bekerja dulu, mustahillah
Tapi bila melihatkan amount RM70-100 tu terasa juga.

Fikir macam mana la nak jimatkan penggunaan elektrik ni. Hinggalah satu hari terbuka cerita pasal bil elektrik dengan kakak.. Kata kakak, setiap bulan bil rumah dorang tak lebih RM50 walaupun 24 jam aircond di bilik utama sentiasa on terpasang.

Setiap malam kena cabut dan tutup suis

Biar betul? Dah la rumahnya 2 tingkat, atas bawah guna elektrik. Aircond tak tutup
Kata kakak lagi, setiap malam sebelum tidur, abang ipar akan pastikan semua suis yang tidak digunkan, di padam & dicabut. 

Ooo begitu.. lets try. Tak dapat jimat RM50,dapat jimat sedikit pun dah ok dah.
Bulan pertama percubaan.Semua plug yang sudah selesai digunakan terus di cabut.Tak tunggu malam. Cabut terus.

Kecuali plug peti ais, kipas bilik, Aircond & wifi. Sentiasa mode on. Hujung bulan bil elektrik pun sampai,berdebar rasa hati ni. Berapa agaknya boleh reduce ye..RM60? Tak Dapat bill RM40 je. Alhamdulillah.. banyak tu dapat reduce. Dari RM70-80. turun hingga RM40. Tambah tolak, jimat RM30 la.

Bulan kedua try lagi,teruskan cabut plug setelah selesai digunakan. Hasilnya juga RM40.Rupanya barulah tahu.Boleh jimat lagi, cuma tak tahu ilmu, tak terlintas di fikiran nak cuba cabut semua plug. 

Selama ini walaupun barang elektrik itu tak digunakan, tetapi arus elektrik pada soket itu masih mengalir.Bacaan elektrik pun berterusan.Bila soket dicabut, arus terhenti, bacaan elektrik turut terhenti. Tak cuba tak tahu, kan. Jimat elektrik, cabut plug.

Cabut soket yang tidak digunakan

Dalam pada itu, apa yang dipraktikan adalah tips yang betul sebagaimana nasihat yang dikemukan oleh TBN di laman website rasmi.

Sumber: Viral Oh Viral