
Masakan sotong merupakan hidangan yang digemari ramai. Biasanya apabila ke pasar geram tengok sotong segar dan besar. Tapi paling bila dimasak, sotong jadi kecut dan mengecil.
Namun ada petua nak jadikan saiz sotong ‘maintain’ iaitu menggunakan asam keping. Sebagaimana yang perkongsian oleh Zin Rose. Nak tahu caranya ikut panduan ini.
Elak sotong Kecut dan hanyir.
Mula-mula siang sotong, buang semua tulang sotong. Selepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong tu supaya senang nanti badan tak ke lain, kepala ke lain.
Rebus sotong selama 5 hingga 8 minit bersama 4 atau 5 keping asam keping, hasilnya bila masak sotong tak hanyir dan saiznya maintain tak mengecut. Tak la bila beli sotong besar, bila masak jadi kecil.
Cara-caranya:
1. Masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong. Letakkan 4 atau 5 asam keping.
2. Rebuskan selama 5 hingga 8 minit. Tutup api.
3. Kemudian toskan dan boleh dimasak. Hasilnya sotong tak hanyir, saiz maintain tak mengecut bila dimasak. Dan paling penting, sotong melekat elok pada badan sotong.
Kredit: Zin Rose
Suami Minta Menu Kurang Berminyak? Ini Tips Buat Kulit Popia Basah Lagi Sedap Dan Sihat

Seperti yang kita semua tahu, makanan bergoreng antara makanan kegemaran seluruh masyarakat Malaysia. Tapi kali ini kami kongsikan menu yang kurang berminyak dan sedap.
Popia basah sos merah merupakan pilihan yang tepat jika anda ingin mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Dengan resipi yang dikongsikan oleh salah seorang doktor yang menggunakan profil Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, anda boleh mencubanya di rumah sahaja.
Yang lebih menarik lagi, doktor ini juga berkongsi resipi dan teknik yang mudah untuk membuat sos merah yang enak dimakan bersama popia basah ini. Selamat mencuba!
Popia Basah Sos Merah
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 batang lobak merah
- ½ biji sengkuang
- 1 gengam udang kering
- 4 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah kecil
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar minyak bijan
- 4 sudu sos merah
- 4 sudu sos cili
- 4 kacang tanah ditumbuk
- Garam
- Gula
Cara-Cara:
– Campur tepung gandum dengan air dan garam secubit. Tak ada pula gambar yang dah bancuh. Dia jadi campuran cair dan boleh disapu.
– Ini trik nak buat kulit popia nipis. Bancuhan tadi kita sapu atas kuali yang dah panaskan sederhana panas. Saya gunakan berus silikon. Sapu dari luar ke dalam, buat bulatan.
– Jadi macam ni! Biar sampai tepung masak. Ni percubaan pertama, buruk gila sebab ada ketul-ketul tu. Tapi yang seterusnya dah cun.
– Ni versi yang dah cun melecun. Tipis dan tak berlubang lubang.
– Potong lobak merah dan lengkuas caranya sama.
– Udang kering, rendam dalam air panas selama 15 minit. Bila dah kembang, cincang halus. Bawang merah dan bawang putih, cincang halus juga.
– Sekarang tumis geng bawang sampai naik bau.
– Masukkan udang kering yang dah kembang tu dalam tumisan bawang. Tumis sekejap je lagi.
– Masukkan lobak dan sengkuang. Gaul rata.
– Letakkan sedikit sos tiram sebagai penaik rasa. Gaul sebati. Jika masih tawar, tambah garam sikit. Untuk tambah aroma, letak minyak bijan. Sikit je.
Bahan Sos: (dapat 1 cawan sos)
- 4 sudu besar taucu manis (masin pun okay)
- 8 sudu besar gula Melaka
- 2 sudu besar minyak bijan
- ½ sudu kecil cili boh
- ½ sudu kecil pes asam jawa
- 2 sudu kecil tepung jagung
Cara-Cara:
– Ini bahan asas untuk buat sos merah sengkuang calit. Taucu manis, gula melaka, pes asam jawa dan sedikit cili boh.
– Masukkan bahan asas dalam pengisar makanan, letak minyak bijan dan sedikit air. Kemudian kisar sampai halus.
– Dah kisar, masuk dalam periuk dan renehkan dia sampai cili boh tadi masak. Kalau tak masak cili tu, pahit jadinya.
– Dah sudah masak, saya gunakan air bancuhan tepung jagung sebagai pemekat.
– Nampak tu, berkilat dan likat. Waktu ni masih panas, nanti dia sejuk, dia makin kental. Sabarlah sikit ya. Ketika ni masih sempat nak adjust kemasinan, kemasaman, dan kemanisan sos ni. Kalau nak rasa lebih kekacangan, tambah lagi minyak bijan. Dah sejuk, saya letak dalam mason jar ni.
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
“Permintaan Terakhir Adik Nak Pakai Baju Putih.” Hajat Hadiri Majlis Graduasi Tak Kesampaian,Remaja Ini Meninggal Dunia Di Pangkuan Ibu Bapa.

Tidak dapat dibayangkan betapa remuknya hati ibu dan bapa bila mana anak meninggal dunia dipangkuan sendiri. Kegembiraan tiga beranak ini dalam perjalanan untuk ke majlis konvokesyen akhirnya bertukar duka apabila si anak meninggal dunia selepas mereka terbabit dalam satu kemalangan.
Lebih memilukan apabila melihat ibu dan ayah memangku arwah yang sudah tidak bernyawa lagi. Inilah yang dilalui oleh Abdul rahem, 65 dan isterinya, Homaidah Abdul Manaf, 60.
Arwah Muhammad Firdaus Abdul Rahem, 20, bersama bapa dan ibunya dalam perjalanan menghadiri konvokesyen GiatMARA di kompleks Belia dan Sukan Paroi di Seremban,sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal.
Dalam kejadian 7.10 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada rusuk kiri.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dipandu Abdul Rahem dari arah Seremban menghala ke Paroi membelok ke kanan untuk masuk ke Kompleks Belia dan Sukan.
Pada masa sama, sebuah motosikal Kawasaki ZR800 ditunggang Kamaruzaman Ismail, 36, yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh pintu hadapan bahagian penumpang.
Akibat kemalangan itu, arwah yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut, manakala penunggang motosikal parah di kepala dan badan.
Mengimbas perubahan pada adiknya, menurut Rozi Abdul Rahem arwah sebelum itu ada meminta memakai baju putih ketika membuat persiapan untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut.
“Adik mahu pakai baju putih dan tak sangka itulah permintaan terakhirnya. Saya dapat tahu kejadian tersebut daripada bapa yang menghubungi saya kira-kira jam 7.30 pagi. Ketika itu, saya tidak tahu keadaan adik dan segera bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, hanya emak dan bapa yang masih di lokasi manakala adik sudah dibawa ke hospital dengan ambulans. Ketika itu, baru saya tahu adik sudah tiada,” jelas Rozi lagi.
Menuri Rozzi lagi, adiknya itu seorang yang rajin dan tidak suka menyusahkan keluarga. Dia melakukan pelbagai kerja sampingan untuk menampung yuran pengajian kerana tahu keluarganya bukan orang senang.
“Kami sekeluarga sangat terasa kehilangan arwah tetapi kami reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya jenazah Muhammad Firdaus dibawa pulang ke Ampang untuk dikebumikan selepas solat Zohor
Sumber: Harian Metro & FB Putera Karya
“Doakan Saya Masih Diterima Dalam Bidang Ini.” Manis Berhijab, Netizen Doakan Jihan Muse Terus Istiqamah

Isi Kandungan
ToggleSebelum ini pelakon dan pelawak, jihan Muse pernah mengenakan tudung ketika hadir majlis kahtam Al-Quran penyanyi Shila Amzah sehingga menimbulkan spekulasi dia sudah berhijab.
Terbaru, pengacara Gegar vaganza ini sekali lagi mengejutkan peminatnya apabila mengenakan tudung ketika bercuti bersama keluarga di Jepun.
Rata-rata memuji akan wajahnya yang tampak manis dan ayu bertudung gaya sedemikian. Jihan atau nama sebenarnya, Nur Jihan Musa, 36, kini sedang bercuti bersama suaminya, Ungku Hariz dan anak mereka, Ungku Arsalan Haq di Jepun, setahun selepas Jihan mengacara program Jejak Jihan Jepun.
Sejak hari pertama percutian, pengacara Gegar Vaganza itu memuat naik gambar-gambar berhijab dan menerima banyak komen-komen positif.
View this post on InstagramA post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on
View this post on InstagramA post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on
“Doakan saya masih diterima untuk kerja dalam bidang ni lagi sebab saya memang suka kerja saya,”tulis Jihan tatkala menjawab pelbagai pertanyaan netizen.
Mengulas kenyataan Jihan tersebut, rata-rata peminat mendoakan dia terus istiqamah.
ummi_atrah_ Allah cantik sangat pakai tudung ..semoga allah jaga hati kamu dan iman kamu amin ya allah❤️
khalilasmf Cantik jihan berhijab…moga istiqamah ya jihan..sanah helwah arsalan…moga jd anak soleh dan berjaya dunia dan akhirat
anisnini_1 Cantiknya jihan bertudung. Moga kekal istiqamah ku mendoakan yg terbaik buatmu ??
nasyikin029 Alhamdulillah..cantiknya @jihanmuse bertudung..semoga lebih terus istiqamah..Bertuah @ungkuharizmemiliki Jihan sebagai isteri..Semoga keluarga dibina kekal hingga ke jannah..Aamin..?
inazarinady manis dan sejuk mata memandang awk jihan… alhamdulillah
mustafaosmanbob Alhamdulilah semuga istiqomah menutup aurat tanda Allah sayang kita n keluarga.
Sumber: IG jihanmuse