Siapa pun tentu puas hati kalau tuala putih yang digunakan sentiasa nampak putih bersih dan berseri-seri. Pun begitu, diakui bukan mudah sebenarnya untuk pastikan tuala putih kekal putih meskipun setelah dicuci.
Bukan apa, tak dinafikan apabila kita mencuci fabik berwarna putih agak renyah kerjanya. Selain perlu asingkan dengan pakaian yang berwarna malah jika sudah terlalu lama fabrik tersebut mudah terlihat kekuning-kuningan.
Itu belum lagi kesan kuning yang terhasil kesan daripada air paip yang berkarat, memang tak akan putih bersih fabrik yang dicuci. Tak puas hati pula jadinya.
Jadi usah merungut, sebenarnya ada cara dan teknik yang boleh anda praktikkan setiap kali mencuci fabrik berwarna putih khususnya tuala dan cadar sepertimana yang biasa dilakukan oleh Zaza Zalina.
Oleh itu baca perkongsian tip daripadanya untuk dijadikan panduan.
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila di bentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip.
Kaedah jimat gunakan tuala tangan yang kecil, masukkan ke dalam tempat letak sabun. Dapat juga lah mengurangkn karat terjun terus ke kain cucian. Alhamdulillah dah tak ada kotoran tu lagi.
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri-seri gitu… Bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya…sebab akan mnyebabkn nila bertompok-bertompok tak sekata pada kain cucian.
Cara cucian yang betul anda perlu bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Saya suka nila yang cair sedikit.
Tuala cuci 3 atau 5 hari sekali. Tuala selalunya saya cuci berasingan dengan pakaian yang lain sebab kalau yang baru tu ada keluar bulu-bulunya. Jika tuala putih tu dah kusam bole rendam dengan sedikit clorox semalaman. Pastu cuci dengan sabun. Last bilas masukkan nila sikit. Putih berseri balik.
Tuala berwarna pula cuci macam biasa.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Zaza Zalina
ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club