Semua wanita nak cantik walaupun sudah mempunyai anak ramai dan berusia. Namun cantik bukan sahaja luar, tetapi dalaman. Ini kerana kecantikkan secara dalaman amat penting lantaran aura wajah akan terserlah.
Bahkan nak jaga cantik, bukan perlu pergi pusat rawatan semata tetapi, mengamal beberapa petua. Terdapat pelbagai petua yang diamalkan untuk cantik luar dan dalaman.
Begitu juga petua oleh puan Lelawati Lela yang telah dikongsi oleh puan Saleha Maarof melalui facebooknya yang mengunakan bahan asas daun pandan untuk kekal cantik.
Ikuti perkongsiannya.
PETUA CANTIK, AWET MUDA DENGAN REBUSAN DAUN PANDAN
Haa bab cantik vavavomm ni harus orang pempuan eksaited nak tahu betul tak. Termasuk la sal ni. Normal sesangat la kan kita rasa camtu hehehehe.
Semua sedia maklong kan yang daun pandan ni orang guna untuk tujuan masakan. Untuk bagi wangi umah macam buat bunga ramai tuu.
Tapi korang pernah minum air rebusan daun pandan tak?
Kalau pernah, Alhamdulillah. Tapi kalau ada yang belum pernah dan tak tahu apa khasiat minum air rebusan daun pandan ni, nanti sal bagitau.
Sekarang ni sal nak tunjuk cara-cara nak buat air rebusan daun pandan.
Bahan bahannya :
Daun pandan dalam 10helai.
Serai 1batang.
Beberapa hirisan halia.
Sedikit halba.
Kulit kayu manis sebatang.
Air 1 liter.
Cara-caranya :
Rebus kesemua bahan-bahan diatas. Kemudian jadikan air rebusan tadi sehingga tinggal 500ml saje.
Dah siap, tunggu suam suam boleh la diminum.
Okey, ni dia khasiat hebat yang Sal nak bagitau korang tu,
1. Boleh buang angin dalam badan (sendawa dan kentut )
2. Boleh mengatasi masalah sembelit (yang susah nak membuang tu cer try petua ni)
3. Boleh merawat insomnia (susah tido)
4. Boleh mematikan kuman dalam darah
6. Boleh mengubati lemah saraf
Haa banyakkan khasiat daun pandan ni. Kalau korang rasa petua ni bermanfaat untuk korang, silalah like dan share ye semoga ramai lagi yang dapat kebaikannya.
Kredit : FB Lelawati Lela via Saleha