Rupanya Nak Buat Kek Dan Biskut Tahan Lama Dan Lebih Rangup, Guna Cara Ni Saja. Petua Ni Memang Menjadi!

Share

Sejak PKP ni ramai yang suka buat sendiri biskut dan kek dirumah. Maklumlah tidak ke mana-mana banyak masa dihabiskan di rumah bersama keluarga.

Tentunya kudapan sentiasa ada di rak dapur. Salah satu cara untuk memastikan biskut atau kek tahan lama dan rasa yang lebih sedap adalah sangai tepung sebelum membuat bancuhan kek atau biskut.

Petua ini dikongsi oleh saudara Muhamad Farid Omar yang mana turut berkongsi beberapa petua masakan lain.

Haqi ni ceq bagi cara nak sangai tepung guna oven , petua nak bagi Biskut , Kek tahan lama dan cara buat Self Raising Flour ..ok jom kita start

Cara nak buat sangai tepung guna oven :
1.  Hampa ambik tepung gandum biasa tu ayak lepas tu hampa bakaq sat suhu 160c dalam 20 minit


2.  Nanti tepung tu akan berketul-ketul lepas keluaq dari oven biaq suam-suam sikit atau sejuk ayak lagi sekali sambil pecahkan semua ketul-ketul tu
3.  Sejukkan dah siap tepung sangai hampa mudah kan..boleh hampa buat kerja lain sambil tunggu tepung tu siap

 Nak dapat Biskut rangup dan Kek tahan lama :
1.  Bila dah bakaq siap tepung ( sangai ) hampa ayak la 2 3 kali nanti tepung tu jadi ringan dan haluih
2. Nanti Biskut hampa tahan lama , rapuh , Kek hampa jadi gebu ( terutama Kuih Traditional Bahulu dan Kuih Bakaq )
3.  Untuk gula putih putih pulak hampa jemoq sat tengah panas sambil – sambil tu kacau sekali sekala sampai kering

4.  Nak tau kering hampa genggam gula tu dan lepas kalau biji – biji gula tu dah tak melekat dekat tangan memang dah kering elok
5.  Kalau hampa rajin hampa kisaq sikit gula putih nak beli gula kastor boleh tapi harga agak mahai so beli gula putih ja jimat sikit..

 Cara nak buat sendiri Self Raising Flour :
1.  Lepas tepung sejuk hampa ambik 1 sudu besaq Baking Powder ( guna sudu sukatan ) timbang 250gm tepung tadi ayak sekali lagi bagi rata dah dapat tepung Self Raising Homemade..senang ja kan
2.  Dah siap semua hampa boh dalam balang dan labelkan macam cea buat ( rujuk gambaq sat lagi tertukaq pula )
3.  Ceq guna 3 jenis tepung kalau nak buat koi dan kek ( tepung cap rose , tepung gandum biasa dan self raising )

Ok tu ja ceq kongsi cara ceq dok buat Kek dan Biskut cara jimat kalau hampa nak cuba…
Bukan apa beli barang nak buat dah mahai kalau buat tak jadi sayang uih..
Mana boleh jimat tu kita usaha baru berkat. Janji hampa kena rajin, sabaq nak ikhlas InsyaAllah

Sumber: Muhamad Farid Omar

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520