
Sebanarnya terdapat pelbagai jenis emas yang dibeli untuk dijadikan perhiasan diri.
Umumnya emas yang paling popular kita dengar ialah emas 916 atau 22K.
K yang dimaksudkan itu adalah (KARAT) iaitu dikaitkan dengan ketulenan mutu kategori emas dan peratus kandungan emas dalam sesuatu jenis emas tersebut.
Memahami lagi tentang serba sedikit jenis-jenis emas sebelum membeli, menurut perkongsian wanita ini selain hanya melihat pada rekaan dan harga emas ada bagusnya agar pembeli mengetahui serba sedikit makna tentang kod Karat emas tersebut.
Ini perkongsiannya.
Sekedar Tips ya kakak, jika mau beli emas, biasakan yang terpenting bukan modelnya tapi adalah KOD nya.
Misalkan emas 22 kodnya 700-750,
kalau tidak ada kod, jangan malu untuk bertanya. Tanyakan pada penjual, itu kadar berapa..?
Kod 375 di sebut mas 18karat (kadar mas nya cuma sedikit di bawah 50%).
Kod 420 di sebut mas 20karat tapi kadar nya lebih tinggi dari kod 375 (kadar mas nya di bawah 50%).
Kod 700 disebut mas 22karat (kadar mas 70%).
Kod 750 di sebut juga mas 22 karat tapi kadar lebih tinggi di yang berkod 700(kadar mas 75%).
Kode 916 itu disebut mas 23 (kadar mas nya di atas 75%)
Kode 99 itu disebut mas 24 karat (kadar mas nya 99%).
Semoga bermanfaat
sumber : Asty Anthasena
Bila Besar Anak Akan Berterima Kasih Pada Ibu Ayah Jika Buat Begini Masa Mereka Kecil. Rugi Kalau Kita Lepas Peluang Tu!

Dalam mendidik anak-anak, kita sebagai ibu ayah turut berasa bimbang andai apa yang kita lakukan selama ini tidak sempurna untuk membimbang anak-anak menjadi insan yang berguna. Besar harapan kita juga agar setiap pengorbanan yang kita lakukan akan dihargai oleh anak-anak bilamereka besar kelak.
Berkongsi tip untuk jadikan anak-anak akan berterima kasih kepada ibu ayah, Aminat Matt Yusoff ada berkongsi cara yang boleh dipraktikkan oleh yang lain. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Anak akan berterima kasih pada ibu ayah. Jika..
1. Kejut mereka solat subuh, seperti mengejutkan mereka lari dari kebakaran. Inilah yang arwah ayah saya buat dulu. Sebelum azan subuh, ayah akan ketuk pintu bilik sehingga anak-anaknya bangun dan berwuduk . Permulaan memang agak seksa dan payah tapi ibu ayah kena kental. Setelah anak-anak ini menjadi dewasa, mereka tidak akan putus-putus berterima kasih kerana bersabar dalam mendidik mereka.
2. Paksa mereka belajar al-Quran. Ajar sendiri atau cari guru mengaji. Arwah ayah guru agama tapi tetap menyuruh anak-anaknya cari guru ngaji sampingan untuk cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Kat rumah waktu pagi wajib talaqi dengan ayah, malam bersama dengan kawan-kawan sekampung ke kelas ngaji. Sampai sekarang terasa indahnya zaman kecil-kecil dulu. Tiada perkara yang membosankan hidup, penuh dan bermanfaat. Kadang tu peristiwa yang berlaku dalam kelas ngaji buatkan kita belajar sesuatu dan kenangan itu terus subur hingga kini.
Ada kajian yang dilakukan pada tahun 2018 mengatakan bahawa ramai murid tidak menguasai bacaan al-Quran kerana mereka skip kelas mengaji.
3. Ajar mereka tentang ikhtiar hidup. Mula dengan tanam touge, pokok-pokok kecil sehingga kepada kemahiran dan aktiviti yang lebih mencabar. Jangan biarkan mereka hidup dalam dunia khayalan, mengisi masa dengan bermain semata-mata dan menjadikan phone teman sejati. Anak lelaki arwah ayah berikan mereka tanggungjawab dan tanamkan keberanian, anak perempuan arwah ayah akan sediakan kelas-kelas untuk tambah ilmu ketuhanan dan adab. Alhamdulillah syukur..
4. Bantu anak-anak berkomunikasi dengan baik. Banyakkan berinteraksi, bermunaqashah dan lakukan aktiviti bersama-sama. Sekarang, bila mengimbau kenangan lalu, buat saya senyum sendiri. Aktiviti yang saya anggap biasa-biasa dulu tapi hari ini ia memberi inspirasi. Berkelah tepi parit yang di kelilingi sawah padi, arwah ayah bentang tikar dan adik beradik duduk bersantai sambil melihat pepatung berwarna warni. Allahu.. Bila saya lihat gambar pepatung, kenangan tu datang menyapa.
5. Anak-anak akan sangat-sangat berterima kasih kepada ibu ayah yang tidak pernah jemu melakukan solat secara berjemaah, masak berjamaah, makan berjamaah dan kemas berjamaah. Semangat kekeluargaan akan lahir setiap kali ada unsur kebersamaan dalam setiap tindakan.
6. 10 tahun kemudian, kenangan ini makin segar dan subur dalam ingatan anak-anak kerana setiap suatu yang memberi kesan positif dalam hidup akan memberi moment terbaik kepada seseorang.
Selamat berusaha ibu ayah yang hebat. Sinsing lengan, ketatkan kilas..Anak-anak comel sedang menunggu.
Sumber : Aminah Mat Yusoff
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Isteri Wajib Tahu Perkara Ini Untuk Kemudahan Waktu Kecemasan. “Kalau Suami Perahsia Sangat, Kena Guna Skill Malam Jumaat”

Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba suami jatuh sakit dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demikian yang terjadi pada Jiha Shuib apabila suaminya tiba-tiba collapse akibat serangan strok.
Tidak pernah menyangka perkara begitu boleh memberi impak yang cukup besar padanya kerana selama ini tidak mengambil kisah bab simpanan waktu kecemasan, jauh sekali untuk bertanyakan kepada suami number pin ATM nya.
Disebabkan pengalaman tersebut, Jiha ingin berkongsi dengan wanita lain di luar sana tentang info penting yang sepatutnya seseorang isteri ambil peduli supaya tidak gelabah apabila berlaku kecemasan.
Berikut 7 Perkara Penting Yang Isteri Kena Ambil Tahu Dari Suami:
Degil Untuk Berhenti Merokok
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu. Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu. Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Tidak Tahu Nombor Pin ATM
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana. Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah. Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
7 Perkara Isteri Kena Ambil Tahu:
Disini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu. Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Skill Malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya. Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
#catatanjihasaiful #buatadikdankakak #stroke #financial
Nak Kawal Kolesterol & Berat Badan, Mulakan Dengan Pengambilan Labu. Dr Ni Jelaskan!

Bila ingin mengetahui berapa paras kolesterol dalam badan, sebenarnya hanya boleh kita boleh ketahui dengan melakukan pemeriksaan darah yang dinamakan Fasting Lipid Profile.
Ini di mana seseorang yang ingin menjalani ujian darah tersebut, tidak boleh makan selama enam sehingga lapan jam sebelum ujian darah dibuat.
Hakikatnya, kolesterol ini diperlukan dalam badan dalam oenghasilan hormon dan penghadilan hempedu untuk pencernaan. Namun jika jumlahnya berlebihan, ia menyebabkan mudarat dan bahaya pada kesihatan kita.
Jadi bagaimana untuk mengawal kolesterol?
Ingin tahu lanjut, jom kita baca perkongsian daripada Doktor Zubaidi Hj Ahmad ini. Semoga bermanfaat.
DIET SERAT TINGGI : MENGAPA SAYA PILIH LABU
Ia adalah salah satu daripada sayur-sayuran yang mempunyai kalori yang sangat rendah. 100 g labu menyediakan hanya 26 kalori dan tidak mengandungi lemak tepu atau kolesterol.
Labu kaya dengan serat pemakanan, anti-oksidaseperti vitamin-A, vitamin-C dan vitamin-E, mineral, vitamin.
Oleh itu labu adalah salah satu makanan yang disyorkan oleh pakar pemakanan untuk program mengawal kolestrole dan pengurangan berat badan.
Labu juga mempunyai vitamin A yang tinggi iaitu 7384 mg dalam setiap 100 g labu.
Vitamin A adalah anti-oksidan semulajadi yang kuat dan diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kecantikan kulit. Ia juga adalah vitamin yang penting untuk penglihatan visual yang baik. Ia membantu melindungi dari kanser paru-paru dan kanser rongga mulut.
Ia juga adalah sumber yang sangat baik banyak poli-sebatian fenolik flavonoid semula jadi seperti α, karotin ß, cryptoxanthin, lutein dan Zea-xanthin.
Zea-xanthin adalah antioksidan semulajadi yang menapis pancaran sinar UV (ultra-violet) dan melindungi macula lutea dalam pada retina mata.
Buah labu juga adalah sumber yang baik kumpulan B-kompleks vitamin seperti folates, niasin, vitamin B-6 (pyridoxine), thiamin dan asid Pantothenic.
Ia juga adalah sumber yang kaya dengan mineral seperti tembaga, kalsium, kalium dan fosforus.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad