Bagi pengemar ikan bakar, apa kata ubah selera dengam cara masak dengan membalutnya dengan garam. Resipi ini terkenal di Thailand.
Ikan bakar ini mudah dimasak di rumah ataupun sekiranya sedang berkhemah, juadah ikan bakar boleh dimasak, dan dihidangkan.
Bahan kepada resepi ikan bakar mudah untuk didapati, asalkan ikannya segar, pasti sahaja semua akan makan sehingga menjilat jari. Malah amat sesuai untuk orang yang sedang diet, atau ingin mengurangkan berat badan.
Bagi yang pernah mencuba resipi ini tentu teringin untuk memasaknya sendiri di rumah. Cara masak memang mudah. Sebagaimana dikongsikan oleh Puan Cik Nadzri . Bahan-bahannya sangat ringkas.
Ads
Encik husband bgtau yg beliau pernah makan ikan bakar thai kat satu restoran suatu ketika dulu. Terliur pulak sis dengar cerita beliau. Gigih sis google resepi. So sis try la masak. Nanti uols pun boleh try jugak.
Cara penyediaan rujuk gambar.
Ads
Ads
Dah siap. Enak di makan panas-panas. Mudah rupanya buat sendiri di rumah,. Selamat mencuba!
Bila dimakan bersama ais diparut halus, diletakkan cendol di atasnya. Memang terangkat!
Dituangkan santan segar dan dimaniskan dengan larutan gula Melaka. Rasanya lemak manis, sedap tak terkata.
Nak tahu cara buat cendol dengan mudah. Ikuti resipi ni. hanya guna sukatan cawan je.
Resepi cendol
-1 cawan tepung jagung
-1/2 cawan tepung beras
-2 sd makan tepung ubi
-3 cawan air pandan
-1/2 sd kecik air kapur
-sedikit garam
-sedikit pewarna hijau
Cara-cara penyediaan:
-bancuh semua bahan ,kemudian tapis
-masak atas api sederhana ,sentiasa kacau sampai likat dan berkilat
-sediakan besin berisi air sejuk + ais
-masukkan adunan cendol dalam piping beg
-paipkan adunan cendol dalam besen air sejuk tadi
-sedia dihidangkan mengikut citarasa.
Selamat mencuba!
Sumber: Haslindawati Omar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masalah sinki tersumbat menyebabkan segala kerja di dapur terbantut. Jika berdepan masalah ini untuk sekian lagi, cuba kaedah yang disarankan ini.
Ade seorang plumber ni pernah bg tips maintenance sinki utk elak tersumbat. Tutup lubang sinki dan tadah air dalam sinki semaximum mungkin, dah penuh, lepaskan serentak.. buat at least sebulan sekali. memang jadi! insyaAllah memang sinki susah nak tersumbat! daya tolakan air yg kuat ni flush semua kotoran dalam saluran.. dan takde kesan kat sinki berbanding pakai acid or bikarbonat
Gambar hiasan
*sedikit update, ni untuk maintenance supaya tak tersumbat, kalau dah tersumbat kene setelkan dulu kalau tak banjir woo
Terlihat perkongsian saudara Faisal Suhaimi di Group Kaki Dekor mengenai hasil kerja mereka adik beradik mengubah suai rumah orang tuanya cukup mengujakan.
Tempoh ubah suai mengambil masa lebih kurang 1 bulan dan total kos yang dilakukan adalah di bawah RM 10K.
Mengetahui lanjut kisah keluarga yang hebat ini, ikuti perkongsiannya bersama KELUARGA.
Sebelum & Selepas
SELEPAS
Adik Beradik Berkerjasama
Berkongsi kisah bagaimana tercetusnya keinginan10 adik beradik ini agar sepakat membuat ubah suai kediaman orang tua mereka daripada biasa menjadi cukup luar biasa, ianya dikongsikan oleh Faishal Suhaimi yang merupakan anak ke lima daripada 10 beradik.
Katanya, “Idea first datangnya dari idea saya sendiri dengan kakak yang sulung bersepakat nak renovate rumah. Lepas itu baru kami mintak pandangan adik beradik yang lain, bincang dalam group whatsapp, tanya macam mana semua setuju tak nak renovate rumah mak ayah.
“Tujuan kami adik beradik nak renovate ni nak bagi keselesaan dekat mak ayah, sekali balas jasa dorang laaa….sebab dah lama kami tengok keadaan rumah macam ni..so kami sepakat untuk teruskan dengan projek kami.”
Semua Buat Sendiri
Bila diajukan soalan mengenai siapakah yang melakukan kerja-kerja pertukangan, jawapan yang diberikan cukup mengujakan.
“Semua dari awal renovate sampai habis, dengan pasang siling, cat, pasang wainscoat, jahit langsir, semua kami adik beradik buat.
“Berkenaan dalam menentukan konsep pula, sebenarnya mak saya ni terlampau minat dengan warna hijau, jadi kami buat warna hijau ni lah.
“Manakalan dari segi susun atur perabot, pilihan design, dekor dan lain-lainnya adalah hasil perbincang kami adik beradik. Saya ada 10 adik beradik, 5 lelaki dan 5 perempuan.
Tersentuh Hati Ibu
“Kalau nak cerita tentang perasaan mak ayah pula, (ni saya tanya dia sendiri) mak sangat terharu dan suka dengan hasil yang anak-anak buat semua ni”
“Maklumlah, anak-anak mak bukan kerja kerajaan, semua kerja sendiri…kecuali abang sorang je kerja kerajaan….so dia macam terharu dengan hasil penat lelah anak-anak dia meniaga, (kakak sulung dan no 2-bisnes langsir)(saya sendiri – wedding planner,surprise planner) adik-adik yang lain kerja dengan kami). Simpan duit, sanggup ketepikan kemahuan masing, demi bahagiakan mak ayah…”
Bergambar bersama 8 dari 10 adik beradik. (2 orang lagi di Pasir Putih, sorang di Ipoh tak boleh rentas daerah)
“Jadinya bolehlah kami adik beradik ni anggap ini merupakan salah satu pencapaian yang sangat kami suka, dapat balas jasa mak ayah.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.