Resipi sedap dan mudah ini adalah Air Herba Soda. Air ni mmg sedap sangat ,mudah dan macam-macam boleh kita masukkan.
Sesuai untuk minum ketika hari yang panas. Rasa minum air ini amat menyegarkan. Rasanya masam, manis , segar dan boleh buat dahaga terus hilang.
Paling menarik cara nak buat minuman ini menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat seperti kismis, kurma, lemon, pudina dan banyak lagi!
RESEPI AIR SODA HERBA
Ni nak share resepi air soda herba, best sgt minum nak2 musim panas ni.. masam, manis,segar .. Hari tu buat utk open house raya, tak disangka2 air ni dapat ramai peminat segera ,tok imam kg pon jatuh hati yang bungkus bawa balik pon ade..asal air ni utk detox tapi dah diubah supaya lebih fancy.
Bahan wajib
Air soda
Serai (diketuk)
Lemon (dihiris nipis)
Daun pudina
Bahan penyedap
Kismis
Kurma
Asam boi
Biji selasih (rendam smpai kembang)
Kiwi kering
Laici dalam tin
Bahan penyeri
Epal hijau (dihiris nipis)
Epal merah (dihiris nipis)
Nata de coco
Jelly buah
penyegar
Kulit kayu manis dan Halia. Bahan wajib korang kena letak . Pastu bahan-bahan lain boleh pilih ikut selera korang.
Cara penyediaan:
kalau nak gempak letak semua bahan penyedap dan penyeri tu. Gerenti meletop. Lepas siap potong,ketuk, hiris .. boh semua bahan dalam bekas .. pastu masukkan ais dan air soda .. xyah tambah air masak… biar je ais tu mencair dalam 5 -20 minit , step ni penting untuk keluarkan semua perasa dari buah secara natural … pastu topup ais dan air soda je
Jumlah bahan yg korang nak letak adalah bebas sama sekali… bergantung pada selera dan keinginan masing-masing . Kurma dan kismis amat digalakkan utk letak bagi memberi rasa manis yg natural .Boleh jugak tambah madu .. tapi kalau rasa tak cukup manis or masam pandai2 la korang tambah gula or perah2 lemon tu dulu .. boleh guna limau kasturi sebab dia ada aroma yg harum..
Selamat mencuba…
Sumber: Syahirah Mohamad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520