Resipi sedap dan mudah ini adalah Air Herba Soda. Air ni mmg sedap sangat ,mudah dan macam-macam boleh kita masukkan.
Sesuai untuk minum ketika hari yang panas. Rasa minum air ini amat menyegarkan. Rasanya masam, manis , segar dan boleh buat dahaga terus hilang.
Paling menarik cara nak buat minuman ini menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat seperti kismis, kurma, lemon, pudina dan banyak lagi!
RESEPI AIR SODA HERBA
Ni nak share resepi air soda herba, best sgt minum nak2 musim panas ni.. masam, manis,segar .. Hari tu buat utk open house raya, tak disangka2 air ni dapat ramai peminat segera ,tok imam kg pon jatuh hati yang bungkus bawa balik pon ade..asal air ni utk detox tapi dah diubah supaya lebih fancy. Ok,Jom tengok resepi…
Bahan wajib Air soda Serai (diketuk) Lemon (dihiris nipis) Daun pudina
Bahan penyedap Kismis Kurma Asam boi Biji selasih (rendam smpai kembang) Kiwi kering Laici dalam tin
Bahan penyeri Epal hijau (dihiris nipis) Epal merah (dihiris nipis) Nata de coco Jelly buah
Ads
penyegar Kulit kayu manis dan Halia. Bahan wajib korang kena letak . Pastu bahan-bahan lain boleh pilih ikut selera korang.
Cara penyediaan:
kalau nak gempak letak semua bahan penyedap dan penyeri tu. Gerenti meletop. Lepas siap potong,ketuk, hiris .. boh semua bahan dalam bekas .. pastu masukkan ais dan air soda .. xyah tambah air masak… biar je ais tu mencair dalam 5 -20 minit , step ni penting untuk keluarkan semua perasa dari buah secara natural … pastu topup ais dan air soda je
Jumlah bahan yg korang nak letak adalah bebas sama sekali… bergantung pada selera dan keinginan masing-masing . Kurma dan kismis amat digalakkan utk letak bagi memberi rasa manis yg natural .Boleh jugak tambah madu .. tapi kalau rasa tak cukup manis or masam pandai2 la korang tambah gula or perah2 lemon tu dulu .. boleh guna limau kasturi sebab dia ada aroma yg harum.. Selamat mencuba…
Bagi anda yang suka makan kuih Puteri Ayu mesti teringin untuk mencuba membuatnya sendiri. Namun bila ada yang pertama kali mencuba, berasa kecewa pula bila kuih yang dimasak tak berapa cantik hasilnya. Apatah lagi saat keluarkan kuih daripada bekas, terkadang berterabur bahagian kelapa.
Tidak mahu itu yang terjadi, wanita ini kongsikan resipi dan tip yang boleh dipraktikkan untuk menyediakan kuih Puteri Ayu ini lebih mudah dan cantik.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
“Saya buat 6 adunan 320++pcs. Saya buat stok untuk di frozen. Kalau adunan elok naik gebu memang dapat banyak. Start buat pukul 2.30 petang sebelum magrib tadi siap.”
1.Mix sampai gebu memang nampak warna hijau pekat nanti bila dah gebu dia akan jadi warna hijau cair.
2. Bila sudah sebati dan gebu dia akan jadi macam ni pastikan adunan tersebut bila kita angkat dia jatuh lambat. Itu tandanya dia dah gebu.
3. Masuk sikit demi sedikit tepung dan 3 cawan susu cair. Tapi sebelum mix bahan-bahan yang dekat atas tadi tu..ayak kan 6 cawan metrik tepung gandum bersama 3 sudu kecil baking powder
4. Bila sudah masukkan tepung dan susu cair mix sebati. Bila adunan dh macam dalam video ni cnfirm kejadiannya kuih akan gebu.
5. Sebelum itu, acuan mesti sapu dengan minyak masak. 1 1/2kg kelapa parut bahagian putih sahaja tambah garam secukup rasa dan tepung pulut, tepung pulut 2 fungsinya sebagai gam supaya kelapanya tak terburai bila dah masak dan kita keluarkan dari acuan.
6. Masukkan adunan ke dalam paping bag senang nak letak dalam acuan. Saya beli paping bag saiz XL senang besar boleh letak banyak adunan.
Ekstra Tip : Pastikan air kukusan sudah menggelegak baru masukkan kuih. Masa mengukus api kena sedang tak boleh besar, kalau besar nanti kuih merekah. Ni saya kukus dalam 7 ke 10min.
Tip Keluarkan Kuih Dari Acuan
Picit-picit keliling acuan biar dia merenggang supaya senang nak keluarkan.
Bila ditekan dia kembali ke bentuk asal tandanya dia gebu macam span.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Menanam kunyit di laman rumah atau di dalam pasu adalah salah satu aktiviti yang praktikal untuk dilakukan. Ini memandangkan kunyit banyak digunakan di dalam masakan harian. Lantaran itu jika ada sepokok dua di tanamn pun sudah memadai.
Pun begitu, jika sekadar tanam dan pokok tidak subur kadang kala membuatkan kita rasa tidak puas hati. Kalau boleh tanaman kunyit biarlah berdaun segar, lebar dan menghijau. Barulah seronok dipetik untuk digunakan di dalam masakan.
Jadi untuk itu, ketahui serba sedikit cara tanam kunyit yang betul seperti mana yang dikongsikan oleh Siti Rokiah Che Hat di group Belajar Berkebun Di Rumah (untuk beginner)
CARA TANAM KUNYIT
1. Syarat tumbuh.
Ia tumbuh dengan baik di tanah laterit(Tanah merah), aluvial(Jenis tanah liat halus) dan regosol, ketinggian 240 – 1200 m di atas permukaan laut (dpl), dengan hujan 2000 – 4000 ml / tahun. Kunyit juga dapat tumbuh di bawah batang pohon kayu seperti pokok jati muda sekitar usia 3 – 4 tahun, dengan tahap teduhan tidak lebih dari 30%.
2. Pembenihan.
Untuk benih kunyit, anda boleh menggunakan rizom utama atau rizom anak. Rizom utama berbentuk bulat telur, atau rizom paling besar.
Rizom anak pula terletak di sisi dan berbentuk seperti jari. Panjang rizom yang digunakan adalah 2 – 10 cm, diameternya 1 – 2 cm.
Rizom utama boleh digunakan sebagai benih yang dibahagikan kepada empat (satu rizom induk terbahagi kepada empat bahagian membujur), sementara satu rizom anak boleh digunakan sebagai satu benih kunyit.
Sebelum bercucuk tanam, rizom ditanam terlebih dahulu dalam kotak berisi tanah sehingga tunas tumbuh dengan ketinggian tunas 0.5 – 1 cm. Selepas itu kunyit boleh dipindah ke tanah.
Jika hendak tanam di dalam pasu boleh biarkan sahaja dan jika ingin tanam di tanah perlu tunggu sehingga keluar dua atau tiga helai daun baru boleh pindahkan ke tanah.
3. Penyediaan tanah.
Tanah dibajak sehingga menjadi gembur. Ini kerana ia memerlukan penyaliran yang baik dan air tidak boleh bertakung di atas. Oleh itu, perlu dibuat parit yang memisahkan batas tanah. Ukuran batas tanah kunyit adalah dengan kelebaran 1m dan panjang disesuaikan dengan keadaan di lapangan.
4. Jarak tanam.
Jarak tanaman kunyit ialah 50 cm x 40 cm dalam sistem monokultur. Sekiranya tanaman itu hendak ditanam dengan sistem tanaman campuran dengan kacang tanah atau cili, maka jaraknya 75 cm x 50 cm.
5. Sistem tanam campuran.
Dalam sistem tanam campuran, tanaman kunyit boleh dicampur dengan tanaman kacang tanah dengan menggunakan jarak yang lebih luas 75 cm x 50 cm. Kacang tanah boleh ditanam di antara kunyit dengan jarak 75 cm. Tanaman kacang tanah perlu ditanam pada masa yang sama dengan menanam kunyit.
Namun, selepas 3 bulan kacang tanah sudah boleh dituai. Selepas itu, kacang tanah boleh ditanam lagi atau jenis tanaman lain yang mengambil masa yang pendek. Tanaman yang bersilang dengan kacang tanah adalah baik untuk kesuburan tanah kerana ia meningkatkan unsur Nitrogen dalam tanah.
6. Pembajaan.
Baja organik 0.5 kg/tanaman diberikan sebelum penanaman. Baja NPK, dengan dos 5 gram / tanaman untuk sistem monokultur, dan 10 gram / tanaman untuk sistem tanam campuran diberikan semasa penanaman. Baja urea diberikan lagi pada usia 1 dan 3 bulan selepas ditanam dengan dos 5 gram / tanaman.
7. Penyelenggaraan.
Penyelenggaraan tanaman merangkumi pembersihan rumpai dan penimbunan. Pembersihan rumpai berguna untuk mengelakkan persaingan pengambilan nutrien dengan rumpai. Penimbunan berguna untuk menjaga kelembapan, suhu dan kelembapan tanah. Penimbunan juga dilakukan untuk memperbaharui parit yang memisahkan batas tanah, tanah dinaikkan ke batas tanah penanaman selepas pembersihan rumpai.
Tanaman kunyit jarang diserang perosak atau penyakit. Terdapat beberapa langkah yang digunakan untuk mencegah berlakunya penyakit rizom mereput yang disebabkan oleh Ralstonia solanacearum. Ia adalah:
-Memilih benih rizom yang sihat.
-Mengelakkan luka pada benih rizom.
-Membersihkan sisa tanaman sebelum itu dan rumpai.
-Membuat saluran pengairan supaya tidak ada air yang bertakung.
8. Tuaian.
Penuaian yang sesuai berdasarkan usia tanaman perlu dilakukan untuk mendapatkan penghasilan yang tinggi, iaitu pada tanaman yang berumur 10-12 bulan selepas penanaman, biasanya daunnya mula gugur atau kering. Penuaian dilakukan dengan menggali dan mengangkat seluruh rizom.
Selepas dituai, rizom kunyit dibasuh dan dibersihkan dari tanah lalu dikeringkan di bawah terik matahari.
Anak-anak kecil terutamanya mudah terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan di dapur. Antaranya melecur akibat tersiram minyak panas, air yang mendidih dan sebagainya.Oleh itu, adalah penting menjadikan dapur ‘baby-friendly’ supaya kemalangan ini dapat dielakkan.
Namun begitu, jika musibah ini terjadi ibu bapa harus bertindak pantas dan mempunyai pengetahuan asas untuk melakukan langkah rawatan asas yang betul bagi mengelakkan kecederaan anak bertambah teruk.
Melalui perkongsian seorang doktor perubatan Hana Hadzrami, beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang perkara asas yang perlu ibu bapa lakukan jika anak terkena minyak atau air panas. Sekaligus membantu meminimumkan kecederaan anak.
“Beberapa bulan dahulu saya menjaga seorang bayi berumur setahun yang dirawat PICU akibat melecur lebih 40% badan. Habis kepala, muka, dada, tangannya kehilangan kulit, hanya tinggal isi yang merah.
Satu badan berbalut dengan hanya menampakkan sebahagian muka (sebahagian lagi ditutup dengan lapisan kolagen) dan kedua-dua belah kaki.
Dia memerlukan bantuan pernafasan dengan mesin bantuan hayat kerana tak mampu bernafas dengan baik.
Anak itu memerlukan pembedahan buang lapisan tisu mati serta menukar balutan (dressing) pada badannya setiap selang sehari.
Tersiram air kopi
Setiap kali dressing dilakukan ianya perlu dibuat di dewan bedah dengan bius penuh. Ini kerana tisu kulit yang mati atau membusuk harus dikikis buang untuk mencegah jangkitan kuman.
Puncanya ialah bayi itu menaiki walker dan menarik alas meja makan. Di atas meja pula ada seteko air panas yang baru setengah jam siap dididih.
Air panas itu telah tersiram pada kepala dan sebahagian besar tubuhnya. Menggelupur anak itu menahan sakit.
Saya teringat anak saya dulu sewaktu berumur dalam 3-4 tahun pernah tersiram kopi panas yang baru dibancuh dengan air mendidih; belum 15 minit selepas didih pun.
Kopi itu saya letakkan di rak almari sebelah atas. Namun anak saya telah memanjat almari dan mencapainya. Lalu kopi panas tersiram daripada kepala sampai ke badannya. Anak tadi melecur teruk sampai masuk ICU. Manakala anak saya selamat tak jadi apa-apa. Syukur!!
Rawatan asas
Kenapa boleh berbeza hasilnya sedangkan mengalami kemalangan yang sama? Bezanya ialah saya mengetahui bantuan rawatan asas (first aid) dan dengan izin Tuhan, berjaya mengaplikasi pengetahuan tersebut kepada anak sendiri.
Sebaik saja tersiram kopi panas, segera saya bawa dia ke bilik air dan saya siramkan air paip secara berterusan. Dengan bajunya sekali saya siram (kerana bajunya tipis).
Siraman itu perlu berterusan sehinggalah dia tak lagi berasa sakit dan tiada lagi kesan merah pada badannya.
Manakala anak yang malang tadi; ibubapanya tiada pengetahuan first aid. Dalam keadaan panik, terus anak itu di bawa ke hospital. Kulit yang tersiram air panas terus ‘masak’ secara perlahan-lahan kerana haba terus masuk kedalam kulit secara langsung.
Sampai di hospital, semua dah terlambat; lecur tadi dah jadi third degree burn. Kesian si anak perempuan tadi. Wajah dan tubuhnya takkan kembali seperti dulu!
Petua
Kerap saya terdengar cara merawat lecur dengan cara menyapu ubat gigi atau dengan merendam anggota melecur dalam guni tepung . Ada juga yang suruh sapu minyak masak. Bermacam jenis petua ada.
Petua-petua tersebut diturunkan oleh nenek moyang dengan niat baik. Namun ianya kurang tepat dan boleh memburukkan keadaan jika lecur itu serius dan melibatkan kawasan besar.
Jika tersiram minyak atau air panas, jangan panik. Segera bawa mangsa ke bilik air dan lalukan dengan air paip secara berterusan selama sekurang-kurangnya 20 minit atau hilang rasa sakit.
Jika anggota melecur dilitupi dengan barang kemas, lampin bayi atau pakaian tebal; tanggalkan dengan serta-merta supaya kulit boleh segera disejukkan sebelum ia ‘masak’.
Percayalah, jika first aid dilakukan dengan segera; jangankan melecur, tanda merah pun tiada. Belajarlah asas rawatan seperti mengendalikan luka kecil dan pendarahan, memberi rawatan permulaan bagi luka melecur, kerana kemalangan kerap terjadi dalam rumah.
Dengan pengetahuan rawatan asas, anda boleh mencegah kecederaan yang lebih besar.
Simpan barang berbahaya
Paling baik jika ada anak kecil di rumah ialah menjadikan rumah anda baby-friendly supaya kemalangan dapat dicegah.
Simpan segala alas meja, perhiasan kaca atau kristal. Elakkan wayar elektrik berjuntai ke bawah. Simpan benda tajam dan berbahaya di tempat yang tak boleh dicapai oleh anak kecil.
You can make a difference!
Hana Hadzrami
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dikongsikan buat Ibu bapa semua. Apa yang penting lebih berhati-hati dan membuat rawatan asas yang betul jika berlakunya kemalangan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita jual rantai emas untung RM16,404, dulu beli baru RM2,300. Ramai masih menganggap emas hanyalah untuk bergaya dan menambah seri penampilan, tetapi hakikatnya, emas merupakan aset bernilai yang mampu memberikan pulangan lumayan dalam jangka masa panjang.