Cukup mudah rupanya nak tanam taugeh sendiri di rumah. Hanya dengan menggunakan kotak bekas minuman terpakai, hasilnya cukup menakjubkan.

Daripada membuang begitu sahaja, baik ibu-ibu gunakan bekas minuman tersebut. Selain mudah, kaedah ini juga mennjimatkan kos. Hanya guna bekas air kotak, kacang hijau dan air anda dah boleh hasilkan taugeh sendiri.

Rupanya Mudah Je Nak Tanam Taugeh Sendiri. Guna Kotak Terpakai Jer. Mudah & Jimat Kos, Ini CaranyaPercubaan pertama. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang kongsi cara guna kotak susu ini. Selepas 4 hari, sampai kembung kotak.

Cara Tanam Taugeh

1. Saya rendam dalam 3-4 genggam kacang hijau. Rendam petang, malamnya saya dah isi dalam kotak.

2. Kotak ditebuk bahagian bawah 4 penjuru. Kecil je, untuk laluan air. Saiznya jangan sampai kacang boleh terkeluar.

Rupanya Mudah Je Nak Tanam Taugeh Sendiri. Guna Kotak Terpakai Jer. Mudah & Jimat Kos, Ini Caranya

Tebuk jugak 1 penjuru belah atas.

Ads

3. Isi kacang yang dah ditos. Tutup penutup kotak.

4. Saya simpan dalam kabinet secara menegak beralaskan pinggan. Supaya baki air masih boleh keluar.

5. Siram 4-5 kali sehari melalui penutup kotak. Saya siram pagi, tengah hari, petang, malam, tengah malam. Ada juga masa yang saya culas 😅

6. Selepas siram pastikan air keluar habis, tutup penutup kotak dan simpankan semula dalam kabinet.

Rupanya Mudah Je Nak Tanam Taugeh Sendiri. Guna Kotak Terpakai Jer. Mudah & Jimat Kos, Ini Caranya7. Saya tuai hasilnya selepas 4 hari. Setelah kotak kembung dan taugeh nak terkeluar dari penutupnya. Jadi bergantung, mungkin hari ke-3 sudah boleh dituai.

Ads

Rupanya Mudah Je Nak Tanam Taugeh Sendiri. Guna Kotak Terpakai Jer. Mudah & Jimat Kos, Ini CaranyaSelamat mencuba dan selamat menjadi. 😁

kredit: Ami Farhani

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI