Rupanya Mudah Je Nak Hilangkan Bau Cili Atau Bawang Pada Pengisar. Ikut Cara Ni, Kesan Kunyit Pun Tanggal!

Share

Pengisar yang sering digunakan untuk mengisar bahan masakan seperti bawang dan cili, atau mungkin kunyit hidup pasti akan ‘melekat’ bau dan warnanya bukan?

Mungkin anda tidak selesa apabila menggunakan untuk masak masakan lain, tapi bekas pengisar berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.

Jadi, mungkin petua ini  boleh membantu anda untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Begini caranya:

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji limau nipis
  • 3 sudu makan beras
  • Air secukupnya

CARA-CARA:

  1. Ambil limau nipis. Potong kecil.
  2. Isi air dalam pengisar dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
  3. Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
  4. Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih pengisar anda.
  5. Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar  pengisar. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu.