Bagi ibu-ibu yang baru nak cuba guna langsir jenis ini, jom tengok cara DIY rod langsir eyelet menggunakan paip PVC. Sangat mudah dan menjimatkan kerana dengan kos sekitar RM50 sahaja gantung langsir pada 4 frame tingkap dan 2 frame pintu bilik.
Berbeza dengan langsir tradisional atau french pleat yang masih menggunakan cangkuk besi “iron hook”, rekabentuk langsir eyelet nampak ringkas, moden dan elegan. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian Cik Amy WD.
PKPB Selangor. Suami di Banting. Sorang2 kat umah. Maka tergantunglah langsir yang dah lama beli ni. DIY sendiri je jimat. 4 frame tingkap
2 frame pintu bilik
Modal RM50 jer.
Hasil kerja suami sendirian.
Tq encik suami Mohd Fairuz
Try la uolss jimat banyakk.
BAHAN-BAHAN
L bracket (RM 1.60 /unit)
U clip (RM0.60 /unit)
Bolt dan nut.
PVC end cap (RM0.60/unit)
Paip PVC (RM1 /kaki)
Ads
Paip PVC ni suami suruh kedai potong siap-siap. Jadi pastikan ukur dulu dekat mana kita nak pasang nanti.
PVC pipe ni suami suruh kedai potong siap2. So korang mesti ukur la dulu ye lebar tingkap dan pintu korang. Sekaki RM1. Dapatlah 28kaki untuk semua tingkap dan pintu bilik.
Bolt & Nut macam ni
Ads
Try dulu kat kedai. Haa dah cun camni baru proceed beli.
CARA PASANG / DIY ROD LANGSIR EYELET GUNA PAIP PVC
Caranya senang je, kita cuma drill lubang L bracket tu dekat dinding kemas-kemas supaya kukuh.
Pastikan korang drill lubang L bracket tu kemas2. Kalau taknak tercabut la kan.
Dekat bahagian atas tu saya pasang cable tie macam ni.
Ads
Korang beli la cable tie sekali. Untuk lock atas skru tu nanti. Haaa dan siap la ni.
Dah siap pun. Kejap je nak buat sebab simple sangat.
Finally siap. Ni ruang tamu depan . Haaa. Langsir ni Amy beli dekat shopee je. Search ⏩ Gdeal curtain
Ni dekat ruang tamu depan.
Nampak kemas dan menarik kan. Itu kelebihan jika menggunakan langsir eyelet ini . Ia mempunyai cincin besi yang besar pada kain bagi menggantungnya pada rod langsir. Pendek kata, memang jimat masa nak tanggal dan pasang.
Makanan berasaskan kacang soya seperti tempe ini cukup enak dimasak dengan pelbagai resipi. Jadi tidak hairanlah ramai yang menggemarinya, bahkan ada juga yang boleh makan mentah sahaja tempe tersebut.
Pun begitu, apa yang lebih menguntungkan makan tempe ini selain menepati citarasa, seorang doktor ini menjelaskan begitu banyak khasiat dan manfaat makan tempe dari sudut sains. Jadi rugi rasanya kalau makanan yang mudah didapati dan murah harganya ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin dalam pemakanan kita seisi keluarga.
Nak lebih jelas apa disenaraikan oleh doktor Zubaidi Hj Ahmad ini, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
KELEBIHAN MAKAN TEMPE
Tempe adalah makanan yang biasa dimakan oleh orang Jawa di Malaysia terutama di Johor dan Selangor. Ia adalah kacang soya yang melalui proses fermentasi dengan menggunakan ragi.
Tempe mempunyai harga yang agak murah, mudah didapati dan rasanya sedap. Ia merupakan sumber protein dari tumbuh-tumbuhan yang terbaik. Protein dari tempe digunakan untuk memperbaiki sel tubuh yang rosak. Ia mempunyai protein (asid amino) yang bagus untuk mengelakkan penyakit diabetes, penyakit jantung, dan menjaga menurunkan berat badan.
Selain itu protein dalam tempe dikatakan lebih larut dalam air dan ini meningkatkan aktiviti enzim proteolitik. Enzim proteolitik atau protease akan memecahkan rantai panjang protein menjadi sebatian yang dapat dicerna oleh tubuh. Menurut penerbitan dari jurnal Biomolecules, enzim ini juga membantu fungsi pembelahan sel, pembekuan darah, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, dan penting untuk fungsi tubuh lain yang penting.
Tempe juga menurunkan risiko mendapat risiko mendapat osteoporosis. Dengan mengambil 100 gram tempe mampu memenuhi 15 peratus keperluan kalsium dan 65 peratus keperluan fosfot untuk sehari bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ia juga dapat mencegah osteoporosis pada wanita yang telah mengalami menopause.
Dalam terbitan dalam International Journal of Food Sciences and Nutrition, menyebut penyerapan kalsium dari tempe tidak berbeza jauh dengan susu lembu. Untuk mendapatkan nutrisi yang sama dengan segelas susu, kita hanya perlu mengambil potong tempe. Hal ini tentu bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah alahan pada protein susu lembu.
Tempe juga membantu mencegah anemia. Ini kerana tempe mengandungi vitamin B12 yang membantu tubuh dalam menghasilkan sel darah merah. Dalam setiap 100 gram tempe mengandungi sekitar 1.7 mikrogram vitamin B12. Ia memenuhi 42 peratus keperluan vitamin B12 setiap hari. Kekurangan vitamin B12 dalam tubuh akan menyebabkan rasa pening, penat, pucat pada kulit, keseimbangan tubuh menurun, dan mengganggu mood.
Tempe juga dapat menangkis tindakbalas radikal bebas kerana ia mempunyai sebatian antioksida (dalam bentuk isoflavon) yang sangat diperlukan untuk menghentikan tindakbalas dan pembentukan radikal bebas.
Salah satu kesan dari radikal bebas adalah mempercepatkan proses penuaan. Dalam setiap 100mg tempe, mengandungi sekitar 10-38 miligram isoflavon yang mempunyai pelbagai manfaat.
Kajian yang dilakukan oleh University of North Carolina menunjukkan bahawa sebatian antioksida pada tempe dapat membantu pencegahan kanser prostat dan payudara. Selain itu, ia juga menurunkan risiko masalah pada jantung.
Tempe membantu menurunkan berat badan. Dalam setiap 100 gm tempe mengandungi 20.8 gram protein. Dalam kajian yang diterbitkan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan diet tinggi protein berasaskan kacang soya memiliki keberkesanan serupa dengan protein yang diambil dari daging haiwan. Efektivitas yang sama seperti pada daging atau produk hewani lainnya. Selain mampu mengurangi berat badan, diet ini juga bisa menurunkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang.
Dalam kajian yang lain juga menunjukkan diet kaya protein dapat merangsang thermogenesis, iaitu membantu tubuh membakar lebih banyak kalori setelah makan.
Tempe goreng adalah salah satu bentuk makanan yang paling digemari. Namun sayangnya, kandungan nutrisi yang terdapat dalam tempe, seperti prebiotik yang diperolehi melalui proses fermentasi mungkin akan rosak apabila digoreng.
Tempe boleh dimakan mentah. Cuma pastikan ia bersih. Tempe yang dikisar boleh dimasukkan ke dalam jus buah-buahan.
Asasnya bila kita ingin membuat ayam bakar, ayam tersebut perlulah diperap dengan ramuan-ramuan tertentu untuk satu tempoh masa dan kemudian barulah dibakar. Ini bertujuan untuk pastikan ayam yang dibakar berasa dengan rempah-rempah yang digunakan. Ini sekali gus memberi keenakan hidangan yang dimasak.
Oleh yang demikian, penyediaan ramuan bahan perapan sangat penting. Jika tidak cukup ramuannya maka kurang enak rasanya nanti. Untuk itu, buat anda yang masih tercari-cari ramuan perapan yang enak bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar.
Menurutnya resipi yang dikongsikan ini telah ramai mencubanya dan rata-rata akui keenakan rasanya. Tambahnya lagi, “Pes perapan untuk bakar bakar ayam dan daging, ramuan rahsia ni memang simple je tapi diakui sedap oleh ramai orang yang pernah mencubanya. Memang makan tak tengok kiri kanan dah ni.”
Jadi usah tunggu lagi, apa kata anda pula cuba dan nikmati keenakan rasa hidangan ayam bakar dari air tangan sendiri.
BAHAN BAHAN
2″ Lengkuas *
3″ Halia *
6 ulas Bawang putih *
5 ulas Bawang merah *
4 labu Bawang besar *
3 batang Serai *
2 cawan Gula perang/ brown sugar *
6 biji Limau kasturi (diperah dan diambil airnya) *
3 sudu besar Serbuk rempah sup *
2 sudu besar Serbuk kunyit *
Garam secukup rasa
Air satu cawan (untuk mudahkan proses blend)
Blend bahan yang bertanda (*)
CARA PENYEDIAAN :
1. Selepas selesai blend atau kisar bahan bahan yang bertanda (*) tersebut masukkan garam secukup rasa.
2. Dah boleh perap daging, ayam dan sebagainya. Biarkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap sebab daging atau ayam dah mesra dan sebati dengan bahan perapan tersebut.
Kalau ada lebihan bahan perap ni boleh disimpan dalam freezer.
Ok, selamat mencuba.
Semoga dapat bantu korang jika nak berBBQ atau nak makan cara sihat. Bakar bakar je dah siap.
#NOTA PERAP :
Kalau korang suka boleh letak penambah rasa tapi jangan banyak sangat, secukup rasa je.
Dalam usianya memasuki 53 tahun, Ratu irama pop tradisional, Noraniza Idris kini sudah bergelar nenek apabila anak sulungnya, Aliff Haiqal sudah menimang cahaya mata perempuan baru-baru ini.
Berita gembira itu dimuat naik menerusi laman Facebook milik penyanyi irama tradisional itu.
Menurut pelantun lagu Awallah Dondang itu, detik kelahiran cucu yang diberi nama Hannah merupakan hari bersejarah apabila dirinya kini sudah bergelar nenek.
“Syukur Alhamdulillah. Semua selamat. Ibu dan anak sihat. Hadiah terbesar dalam sejarah asas kehidupan manusia bila di’watikah’ menjadi nanny hari ini.
Menurut Noraniza lagi, kelahiran cucu perempuan itu juga sangat bermakna kerana jatuh pada hari lahir yang sama dengan ayahnya iaitu 23 Mac.
“Sempena hari lahir Aliff. Ada satu hadiah paling istimewa. Tak ternilai dengan wang ringgit. Hadiah kehadiran satu lagi nadi kehidupan yang sangat besar ertinya dalam hidup berumah tangga hari ini.
“InsyaAllah… semoga Allah melindungi kehadirannya ke dunia realistik. Hadiah ini istimewa untuk seluruh seisi keluarga. Buat pertama kali lahir seorang lagi keturunan Noraniza Idris dan Haji Idris..
“Semoga Aliff menjadi daddy yang terbaik buat Hannah dan keluarga… menjadi suami yang penuh dedikasi, menjadi anak lelaki pembimbing syurga mama,” katanya.
Dalam pada itu, Noraniza turut meluahkan mengucapkan terima kasih kepada menantunya iaitu Ezza Nafiesha yang telah menghadiahkan anugerah bermakna dalam keluarga mereka.
“Terima kasih buat Aliff dan Ezza Nafiesha. Tahniah buat isteri yang sangat memahami anak mama. Hadiahkan sesuatu yang sangat besar dan paling bermakna buat kami membawa status nanny untuk mama buat pertama kalinya.
“Semoga baby Hannah terus menjadi anak yang sihat dan solehah. Menjadi mommy yang sangat bijak membahagikan masa antara karier dengan keluarga. Penting sekali jaga hati Aliff bila ada Hannah.
Jangan cemburu jika Aliff beri perhatian pada Hannah tau… Tak sabar nak tengok wajah cucu pertama umi. Panggil Umi tau, tak nak nanny la… tua sungguh rasanya,” ujarnya
Aliff Haiqal berkahwin dengan Ezza Nafiesha Zakaria pada 22 Disember 2018 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Aliff adalah anak Noraniza daripada bekas suami Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau Fareez dan mereka mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi, 28.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.