Mempunyai isu dengan kegatalan kulit kepala memang diakui membuatkan kita tidak selesa. Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej, bilamana asyik tergaru-garu.
Memberi rasa selesa, umumnya kita akan pastikan rambut kerap dicuci, punbegitu tahukah anda dengan menambahkan garam ke dalam syampu dapat membantu mengurangkan masalah kegatalan rambut dan sekali gus amalan ini dikatakan dapat membantu untuk anda memiliki rambut yang lebih tebal, sihat dan hitam berkilau.
Mungkin anda tidak percaya?
Ya, sebenarnya garam dapat ‘bekerja’ melakukan fungsi-fungsi detoksifikasi, menghilangkan sel-sel mati di kulit kepala dan sehinggalah menjadikan rambut akan terlihat dan tumbuh lebih sihat dan bersinar. Cubalah sendiri dan rasai perbezaannya.
Namun jika masih ragu-ragu, ikuti perkongsian daripada Shakila Rahim ini yang telah diposting di fbnya beberapa hari yang lalu. Selamat mencuba!
INI PERKONGSIANNYA
Ada orang penah bagi petua, nak bagi rambut kuat, lebat, tak mudah luruh masa syampu tu campur garam. Ataupun basah kepala dengan air garam, kemudian baru syampu.
Petang tadi dah try. Masuk kali ni, cubaan kali ke3.
Bila campur garam, syampu dah jadik kurang berbuih tau.
Dah tak berbuih, jangan dok pi balun bubuh setengah botoi pulak.
Ads
Alhamdulillah, lepas syampu gini, rambut jadi lembut.
Kepala pun tak gatal dah.Jadi ringan kepala.
Sumber : Shakila Rahim
EKSTRA INFO :Kenapa perlunya cuci rambut dengan campuran garam?
1)Menghilangkan kelemumur
kelemumur merupakan bakteria. Jika rambut penuh dengan kelemumur, cara paling mudah untuk bersihkan rambut adalah dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
2) Rambut kelihatan lebih segar
Ads
Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut anda kan kelihata lebih segar dan berkilau.
3) Menghalang keguguran rambut
Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Yuni Shara, artis Indonesia yang juga merupakan kakak kepada penyanyi tersohor Kris Dayanti diakui keduanya mempunyai kecantikannya yang tersendiri.
Bahkan bukan hanya wajahnya sahaja yang sering dipuji cantik tetapi susuk tubuhnya yang ramping dan langsing meskipun usianya kini 51 tahun sering membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya rahsia kecantikannya.
Berkongsi fakta tersebut sepertimana yang pernah disiarkan di portal iNews, rupanya ada 7 perkara yang menjadi rutin penyanyi ini untuk tampil cantik, menawan dan aktif hingga ke hari ini.
Rahsia Awet Muda Yuni Shara
Amal lidah buaya
Yuni Shara sering menggunakan masker dari lendir lidah buaya. Lidah buaya ini digunakan sebagai perawatan pada bahagian wajah dan lehernya. Sesekali juga dirinya mengambil lidah buaya tersebut untuk dimakan bagi mengambil khasiat bahan tersebut.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Kerap berolahraga
Rutin berolahraga ini juga merupakan salah cara agar Yuni Shara terlihat awet muda sehingga kini. Yuni Shara melakukan olahraga untuk menjaga kesehatan tubuh serta kulitnya, yoga dan pilates merupakan jenis olahraga yang kerap dilakukan. Terkini turut dilihat Yuni Shara gemar bermian tenis.
Perawatan botox ini dilakukan Yuni Shara untuk mengurangi garis kedutan yang terdapat di wajahnya, serta membuat wajahnya terlihat awet muda.
Menghindari makanan berminyak
Sentiasa pastikan mengambil pola makan yang sihat dan elak daripada makan makanan yang berminyak.
Hadkan Pengambilan Nasi
Selain untuk menjaga berat badannya agar kekal ideal dan juga untuk menjaga kesehatan tubuhnya, dia akan pastikan mengawal pengambilan nasi. Biasanya Yuni Shara memakan nasi di siang hari dan apabila sudah malam dia tidak akan makan nasi walaupun berasa lapar.
Difahamkan ketika dirinya ingin minum kop, seboleh mungkin tidak akan mencampurkan gula ke dalam air kopinya itu. Dirinya juga tidak akan menikmati hidangan manis sebagai tambahan saat ia sedang minum kopi seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakkan antara kita.
Perawatan skin booster
Yuni Shara terlihat awet muda bukan hanya menjaga pola makannya, tetapi dirinya juga melakukan perawatan skin booster untuk menutrisi kulitnya agar lebih optimal. Perawatan skin booster ini bertujuan untuk memberikan vitamin atau zat kimia lainnya seperti asam hialuronat atau DNA salmon.
Bukan hal yang aneh lagi jika Yuni Shara awet muda di usia awal 50an, kerana dirinya begitu menjaga sekali pemakanan, bersukan dan turut melakukan perawatan untuk kulit mukanya agar terlihat tetap cantik.
Ini satu lagi perkongsian yang menarik untuk dicuba dan sebenarnya telah lama diajarkan oleh bidan-bidan di kampung terutamanya kepada wanita yang tengah berpantang.
Malah daun inai juga jika dimakan boleh membantu mengatasi masalah bahagian intim yang berbau kurang menyenangkan.
Untuk itu, ayuh pelajari bagaimana cara penyediaan jamu ini yang telah dikongsikan oleh Puan Ct Fatimah.
Sekarang akak nak kongsi petua ibu wajah berseri-seri selepas pantang.
Bahan-bahan :
Daun inai segengam
Lesung batu buat menumbuk
Cara-cara penyediaan :
1. Cuci bersih daun inai
2. Tumbuk lumat daun inai
3. Gentel-gentelkan kecil2 sebesar kepala mancis tu.
4. Simpan dalam bekas kecil dan letak dalam peti ais.
Cara pengambilan :
Makan selama 2 minggu selepas sarapan
1 biji sehari
Kesannya :
Wajah terlihat pinkish dan glowing serta bahagian intim tidak berbau.
Pelbagai cara dan petua yang ada untuk anda yang mengalami masalah perut buncit, lemak berlebihan dan sebagainya. Mungkin ada antara kita yang tidak berani mengambil produk di pasaran, bimbang kesan buruk pada tubuh.
Nah, admin sediakan satu petua yang cukup mudah, ringkas dan yang penting menggunakan bahan semula jadi.
Sesuai diamalkan oleh wanita dan lelaki, petua ini bukan sekadar dapat membantu kempiskan perut, ia juga dapat mengeluarkan angin degil dan lemak terkumpul, melancarkan pencernaan, menyihatkan dalaman dan luaran serta untuk mengekalkan awet muda.
Bahan Bahannya:
3 inci Kunyit
1 inci Halia
Segenggam asam jawa
2 sudu gula melaka/ gula kabung
Sedikit garam
Cara Caranya:
Halia dan kunyit ditumbuk dalam lesung batu. Atau boleh juga dikisar.
Masukkan semua bahan dalam periuk.
Masukkan juga air asam jawa yang sudah diramas.
Didihkan. Tapis dan saringkan. Dan boleh diminum suam suam.
1 of 3
sumber: Azwani Muzammel
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.