Tular di media sosial kisah seorang lelaki berusia yang tidak percaya tentang virus bahaya ni. Hingga sanggup tak pakai mask dan ikut SOP. Akhirnya diri sendiri yang merana setelah dijangkiti virus ini.
Perkongsian seorang doktor Ahmad Zakimi Abdullah (Dr Zek) menerusi facebook miliknya, yang merawatnya telah menarik perhatian ramai warga media sosial hingga cecah 10K share!
Moga kisah ini jadi iktibar buat kita. Kita jaga SOP dan alert dengan pencegahan, sekurangnya dapat hadkan penambahan jangkitan.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
“Pakcik ok?” Soalku ringkas.
“Ginilah doktor,” jawab in pakcik juga ringkas, tercungap-cungap.
Namun pakcik masih mampu tersenyum dengan linangan air mata.
“Sabar ya pakcik. Saya bantu.” Aku cakap sedikit kuat kerana dalam keadaan PPE penuh.
Pakcik ini seorang pesakit positif ujian COVID-19. Aku terpaksa masuk dalam bilik dekontaminasi/isolasi untuk memeriksa pakcik samada memerlukan bantuan pernafasan atau tidak. Pakcik didiagnoskan COVID-19 tahap 4-5.
Setiap kali aku berkelengkapan dengan PPE penuh, namun hati ini tetap kurang senang. Yalah, kita berdepan dengan satu virus COVID-19 seolah-olah halimunan.
Setiap kali, hati ini mesti berdebar-debar. Inikan pula berdepan dengan pesakit sah positif COVID-19 yang sedang bertarung nyawa.
Tipulah jika kata “aku tak takut”. Demi Allah aku takut.
Sambil aku memeriksa keadaan pakcik, terus pakcik berkata, “doktor nak tahu cerita?”
“Boleh pakcik” walaupun pendengaran aku kurang jelas dalam PPE penuh sambil membuat pemeriksaan rapi keatas pakcik.
“Asalnya pakcik tak percaya COVID ni tau. Sebab ada orang kata COVID ni iluminati lah, tak wujud lah, konspirasi lah. Pakcik ambil lewa je laa.”
“COVID ni betul pakcik. Takpe pakcik. Pakcik jangan cakap banyak sangat nanti susah nafas. Hmm,” jawabku.
Keadaan pakcik tercungap-cungap seperti dahagakan bekalan oksigen.
“Pakcik ingat macam selsema biasa ja. Rupanya begini bahaya ye,” sambung pakcik lagi.
“Takpe pakcik. Sabar ye. InsyaAllah saya akan bantu.”
“Demi Allah. pakcik mengaku, pakcik salah. Sebelum ini tak percaya doktor. Pakcik menyesal tak pakai mask”
Itulah satu pengakuan dari pesakit COVID-19 aku sendiri. Mata kepala telinga aku sendiri mendengar keluhan hatinya. Namun ada diluar sana masih mengatakan COVID-19 ini konspirasilah, iluminati lah, plandemik lah, macam selsema biasalah.
Demi Allah aku yang sering berdepan dengan COVID-19 tahu apa sebenarnya dan aku pasti mereka yang menafikan pandemik COVID-19 yang pernah menguruskan pesakit malah tak pernah berdepan dengan pesakit COVID-19.
“Nanti apa-apa doktor bagitau orang lain semua percayalah COVID ni pastu suruh pakai mask ye doktor.” Pesanan terakhir pakcik COVID sebelum saya minta diri untuk keluar dari bilik itu.
Ya, pakcik. Aku akan sampaikan kepada seluruhnya. Hatiku sayu.
Please people please! COVID-19 adalah benar. Tolonglah ikut pemakaian pelitup muka, kekalkan penjarakan, kerap basuh tangan dan elakan ditempat yang sesak. Ikut SOP. InsyaAllah sedikit masa lagi kita akan menerima vaksin.
Kami hampir maksima. Ya Allah, lindungilah kami.
Sumber: Ahmad Zakimi Abdullah (Dr Zek)