Rupanya Makan Nasi Sejuk Bagus Untuk Diabetes & Boleh Buat Lebih Lama Rasa Kenyang!

Share

Tentunya bila ingin menikmati hidangan tengah hari atau makan malam kita mahukan nasi yang panas baru dimasak. Barulah terasa berselera untuk dimakan dengan lauk pauk pilihan. Andai dihidang nasi sejuk, terus tidak berselera pula jadinya.

Pun begitu, tahukah anda menikmati nasi panas bukanlah pilihan terbaik kepada mereka yang menghidapi penyakit diabetes atau yang ingin menurunkan berat badan.

Mungkin ada yang berasa pelik dengan kenyataan ini, tapi ini yang cuba disampaikan oleh  Dr Hafiz Sulaiman dengan berkongsi info di akaun facebooknya.

Semoga berkongsian ini dapat dimanfaat untuk semua.

CARA KURUS MAKAN NASI

Orang kata makan nasi boleh jadi gemuk. Padahal diet macam paleo kata nasi putih ni sumber kanji paling selamat jika ambil sederhana.

Isunya, nasi putih tak macam nasi beras perang, senang jadi gula serap dalam darah. Gula darah mudah naik, bila berlebihan simpan jadi lemak pulak.

Orang diabetes dan takut obes cukup risau makan nasi ni. Jadi apa caranya nak kurangkan serap gula dari nasi ni ke dalam darah?

Tadaa..

NASI SEJUK korang pernah dengar?

Tahukah anda, bila kita masak nasi, lepas tu biarkan sejuk atau simpan dalam peti. Kemudian panaskan balik. Molekul nasi tadi jadi kristal..kanji dalam nasi macam ni kita panggil KANJI DEGIL..sebab susah serap badan.

1) Jadi, kalori..tenaga kurang dapat daripada nasi sebegini..

2) Sebab susah serap, nasi beri tenaga lebih lama..Maka kita jadi lebih lama kenyang.

3) Menariknya, kajian juga menunjukkan jika kita panaskan balik nasi sejuk tu..ia masih tak jejaskan kedegilan nasik tu.

Mentang-mentang nama nasi sejuk..tak semestinya dimakan sejuk ya

Haa..teruja dok..

Apa tunggu lagi..sejukkan nasi anda supaya kurus dan gula darah lebih terkawal lepas makan nasi.

INFO MENARIK: Tak terfikir saya rupanya beras parboiled guna konsep sama dia rebus dulu sikit jadikan kanji dalamnya degil. Tq puan Khalidah Mokhtar sambungkan neuron saraf saya hehe

SHARE tips best kurus dan kontrol gula darah ni.

* Hati-hati ye simpan elok nasi sejuk supaya tak hinggap kuman. Satu lagi..jangan simpan lama nasi goreng ayam pulak..nasi saja ya.

 

Sumber : Hafiz Sulaiman,

Pejuang Kesihatan.

ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!