Tentunya bila ingin menikmati hidangan tengah hari atau makan malam kita mahukan nasi yang panas baru dimasak. Barulah terasa berselera untuk dimakan dengan lauk pauk pilihan. Andai dihidang nasi sejuk, terus tidak berselera pula jadinya.
Pun begitu, tahukah anda menikmati nasi panas bukanlah pilihan terbaik kepada mereka yang menghidapi penyakit diabetes atau yang ingin menurunkan berat badan.
Mungkin ada yang berasa pelik dengan kenyataan ini, tapi ini yang cuba disampaikan oleh Dr Hafiz Sulaiman dengan berkongsi info di akaun facebooknya.
Semoga berkongsian ini dapat dimanfaat untuk semua.
CARA KURUS MAKAN NASI
Orang kata makan nasi boleh jadi gemuk. Padahal diet macam paleo kata nasi putih ni sumber kanji paling selamat jika ambil sederhana.
Isunya, nasi putih tak macam nasi beras perang, senang jadi gula serap dalam darah. Gula darah mudah naik, bila berlebihan simpan jadi lemak pulak.
Orang diabetes dan takut obes cukup risau makan nasi ni. Jadi apa caranya nak kurangkan serap gula dari nasi ni ke dalam darah?
Tadaa..
NASI SEJUK korang pernah dengar?
Ads
Tahukah anda, bila kita masak nasi, lepas tu biarkan sejuk atau simpan dalam peti. Kemudian panaskan balik. Molekul nasi tadi jadi kristal..kanji dalam nasi macam ni kita panggil KANJI DEGIL..sebab susah serap badan.
1) Jadi, kalori..tenaga kurang dapat daripada nasi sebegini..
2) Sebab susah serap, nasi beri tenaga lebih lama..Maka kita jadi lebih lama kenyang.
3) Menariknya, kajian juga menunjukkan jika kita panaskan balik nasi sejuk tu..ia masih tak jejaskan kedegilan nasik tu.
Mentang-mentang nama nasi sejuk..tak semestinya dimakan sejuk ya
Haa..teruja dok..
Ads
Apa tunggu lagi..sejukkan nasi anda supaya kurus dan gula darah lebih terkawal lepas makan nasi.
INFO MENARIK: Tak terfikir saya rupanya beras parboiled guna konsep sama dia rebus dulu sikit jadikan kanji dalamnya degil. Tq puan Khalidah Mokhtar sambungkan neuron saraf saya hehe
SHARE tips best kurus dan kontrol gula darah ni.
* Hati-hati ye simpan elok nasi sejuk supaya tak hinggap kuman. Satu lagi..jangan simpan lama nasi goreng ayam pulak..nasi saja ya.
Siapa kata Encik suami tidak kisah tentang penjagaan berat badan. Contohnya lelaki bernama Wan Muhammad Hafiz Satar ini. Dia begitu konsisten mengamalkan minum teh hijau demi untuk pastikan berat badannya kekal ideal.
Jom kita baca perkongsiannya semoga bermanfaat untuk yang ingin maintain berat badan sepertinya.
Amalan saya sejak dari usia muda lagi meminum Teh Hijau utk maintain berat badan.
Percaya atau tidak dengan meminum secawan Teh Hijau satu jam sebelum tidur ia membantu membakar lemak ketika tidur dan takkan halang kita dari tidur nyenyak…. selain itu takdelah kita nak bangun buang air kecik tengah² mlm.
Caranya Begini
Tapi perlu ingat.. teh hijau perlu direndam dalam air panas selama 2 minit shj dan pengambilan teh hijau hanya diperlukan 3-5 cawan sahaja sehari tak tak boleh diambil secara berlebihan kerana pengambilan teh hijau yang kerap juga boleh menimbulkan masalah pada ginjal…. Fluoride biasanya dikeluarkan secara semulajadi oleh badan melalui buah pinggang. Tetapi apabila terlalu banyak, ia bakal membentuk mendakan kristal pada tulang,..
Perlu Tahu
Tindak balas teh hijau sangat berbeza walau mampu menurun kan berat badan dengan baik,..tetapi ianya juga bukannya menghilangkan penyakit, malah mampu mendatangkan berbagai penyakit yang kronik, terutama bisa2 badan dan lemah2 badan tanda2 awal nya,..
Sumber : Wan Muhammad Hafiz Satar via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sindrom polycystic ovari (PCOS) adalah masalah akibat ketidakseimbangan hormon. Ia biasa terjadi pada wanita dalam jangka umur reproduktif iaitu di antara umur 12 – 49 tahun. Ia melibatkan kira-kira 10% wanita dalam kumpulan umur ini.
Ia juga merupakan satu masalah kesihatan yang tidak boleh sembuh sepenuhnya. Ia boleh memudaratkan wanita dalam jangka masa panjang kerana ia bukan hanya melibatkan masalah ginekologi tetapi juga boleh mendatangkan penyakit lain secara keseluruhan jika tidak dirawat dengan baik.
Sebab sebenar mengapa seseorang wanita tersebut menghidapi PCOS tidak dapat dikenalpasti dengan tepat. Faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada sindrom ini termasuklah :
Kelalian badan terhadap insulin
Insulin adalah sejenis hormon yang dirembeskan oleh pankreas, berfungsi menurunkan paras gula di dalam badan. Seseorang yang mengalami PCOS mempunyai kandungan insulin di dalam badan yang tinggi, namun begitu sel dalam badannya tidak sensitif pada insulin ini dan menyebabkan paras gula di dalam badan sentiasa tinggi. Ini mengakibatkan penghidap PCOS mudah mendapat masalah kencing manis.
Insulin yang berlebihan ini juga berupaya meningkatkan paras hormon lelaki (androgen) dalam badan wanita itu seterusnya menyebabkan wanita tersebut mengalami pertumbuhan bulu atau rambut yang berlebihan dan juga menghadapi masalah kesukaran ovulasi (yang akan mengurangkan tahap kesuburan wanita berkenaan).
Berlebihan hormon androgen
Dr Wan Norizah Binti Wan Musa, Doktor Pakar Perbidanan & Sakit Puan dari hospital Pakar Annur berkata, sejarah keluarga boleh memainkan peranan menyebabkan seseorang itu menghidap PCOS.
“Tanda-tanda seseorang itu menghidapi PCOS mula dikesan secara kebiasaanya apabila kitaran haidnya mula menjadi tidak teratur. Bagi sesetengah wanita, mungkin tiada mandated PCOS pada mulanya, sehinggalah ia timbul kemudian apabila berat badannya bertambah secara mendadak dan berlebihan.
“Ia semakin serius sekiranya wanita tersebut mempunyai masalah obesiti. PCOS boleh dikenal pasti apabila terdapat simptom berkaitan PCOS, melalui pemeriksaan tahap hormon di dalam darah dan juga dengan melakukan imbasan ultrasonik.
“Kitaran haid yang normal adalah di antara 21 – 35 hari. Bagi wanita yang menghidap PCOS kitaran haid menjadi tidak teratur kebiasaannya melebihi 35 hari setiap kitaran atau tiada haid langsung dalam jangkamasa yang panjang.
“Tempoh datangnya haid juga tidak teratur boleh jadi terlalu pendek atau terlalu panjang dan dengan lelehan yang banyak sehingga boleh menyebabkan wanita tersebut kehilangan darah dan kelihatan pucat. Kitaran haid yang tidak normal ini boleh menyebabkan seseorang wanita itu agak sukar untuk mengandung,”jelasnya.
Selain itu, Menurut Dr Wan Norizah lagi, terdapat juga tanda fizikal berkaitan hormon kelelakian (androgen) pada tubuh seseorang wanita itu yang menyumbang kepada PCOS.
“Setiap wanita mempunyai hormon androgen di dalam badan mereka tetapi dalam jumlah yang sedikit. Bagi wanita yang menghidapi PCOS, hormon androgen dalam badan mereka adalah lebih daripada kebiasaan.
“Di antara tanda yang menunjukkan hormon ini berlebihan adalah wanita tersebut mempunyai rambut atau bulu di badan yang tebal, kelihatan seperti misai yang nipis (hirsutism), jerawat di muka dan mungkin masalah keguguran rambut menyebabkan kebotakan. Masalah berlebihan hormon androgen ini melibatkan 70% wanita PCOS.
“Imbasan ultrasonik yang menunjukkan saiz ovari yang besar dan mempunyai banyak folikel yang tidak matang sepenuhnya. Selain itu, tanda seperti kulit gelap dan tebal di sebahagian badan seperti di leher, celah kelangkang dan di bawah buah dada,” ujar Dr Wan Norizah sambil memberitahu kesan PCOS boleh menyebabkan kesukaran untuk mengandung.
Mengalami keguguran berulang.
80% daripada wanita yang menghidapi PCOS mengalami masalah berlebihan berat badan. Wanita-wanita ini kebiasaannya mengalami simptom PCOS yang lebih teruk dan kadang-kadang amat sukar untuk dirawat. Mereka juga mempunyai risiko mendapat komplikasi yang lebih tinggi.
“Masalah perubatan kepada wanita seperti sindrom metabolic, terdiri daripada kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi yang boleh mengakibatkan mudahnya mendapat masalah serangan jantung atau angin ahmar.
“Selain itu, kanser pada dinding rahim (endometrial cancer). Apabila masalah haid berterusan dan tidak dirawat sebaiknya, ia akan mengakibatkan dinding rahim semakin tebal (endometrial hyperplasia) dan berisiko bertukar menjadi kanser.
“PCOS adalah satu dari penyebab utama kanser dinding rahim bagi wanita muda,” jelas DR Wan Norizah Sambil memberitahu ada antara pesakit PCOS yang mengalami pernafasan berhenti sewaktu tidur (sleep apnoea) selain kemurungan disebabkan oleh masalah yang dihadapi dan obesiti.
Begitu pun, Dr Wan tidak menafikan sebahagian daripada wanita yang menghidapi PCOS adalah bertubuh kecil.
“Mereka juga mungkin mengalami masalah haid atau kesukaran untuk menimang cahaya mata. Bagi kumpulan wanita ini, penurunan berat badan adalah tidak perlu tetapi mereka masih perlu mengamalkan pemakanan yang betul. Mereka juga perlu sentiasa melakukan senaman supaya berat badan tidak bertambah.
“Ianya bertujuan mengawal keberkesanan tindakan insulin di dalam badan. Rawatan ubat-ubatan mungkin diperlukan untuk menangani simtom-simtom lain berkaitan PCOS seperti masalah kitaran haid, kesukaran mengandung dan berlebihan hormon androgen dalam badan.
“Menurunkan berat badan adalah cara rawatan yang paling berkesan bagi wanita bertubuh besar yang menghadapi PCOS sekiranya ingin menimang cahaya mata. Penurunan berat badan sebanyak 5% sahaja dapat membantu mengurangkan masalah PCOS.
“Ia boleh dilakukan dengan cara senaman serta mengamalkan diet yang mengandungi karbohidrat yang rendah. Disamping itu, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijian sempurna perlulah diutamakan. Ubat-ubatan yang dapat mengurangkan kelalian insulin dalam badan seperti Metformin juga boleh digunakan bagi wanita yang menghidapi PCOS.
“Kedua-dua kaedah ini dapat mengurangkan masalah kelalian badan terhadap insulin, dan dengan itu mengurangkan hormon androgen di dalam badan, mengawal kitaran haid dengan lebih baik dan menambahkan peluang ovulasi seseorang wanita.
“Ia juga dapat mengurangkan komplikasi sewaktu mengandung seperti risiko keguguran berulang serta mengurangkan risiko komplikasi lain seperti sindrom metabolik dan kanser dinding rahim.
Terdapat juga wanita yang memerlukan rawatan tambahan seperti pil atau suntikan kesuburan bagi menghasilkan ovulasi dan akhirnya memerlukan prosedur permanian berhadas (IUI) atau persenyawaan in-vitro (IVF). Pembedahan seperti `ovarian drilling’ adalah satu lagi rawatan sekiranya kaedah ubat-ubatan untuk menghasilkan kandungan tidak berkesan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kolesterol merupakan bahan lembut dan berminyak yang boleh berkumpul dan melekat pada dinding salur darah. Pengumpulan kolesterol yang berlebihan lama kelamaan membuatkan salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan jantung.
Kolesterol boleh dihasilkan daripada hati manusia. Namun, kolesterol juga boleh didapati daripada lemak yang berasaskan sumber haiwan. Pemeriksaan tahap kolesterol secara berkala sangat digalakkan untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.
Tahap kolesterol boleh dikenal pasti sebagai:
i) Tahap kolesterol baik
Dapat menyokong fungsi sistem badan dengan baik.
ii) Tahap kolesterol jahat
Perlu dikawal supaya dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kronik.
Pengambilan makanan tinggi kolesterol boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat.
Sumber makanan yang mengandungi kolesterol:
*Organ dalaman seperti otak, jantung, limpa, buah pinggang, hati dan telur ikan.
*Kepala ikan bilis dan udang.
*Telur dan produk yang mengandungi telur, contohnya mayonis.
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan memang membahayakan kesihatan. Maka sebab itulah kolesterol dalam badan perlu dikawal sejak awal kecil lagi bagi mengelakkan masalah obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain lagi.
Bagi yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan, bolehlah cuba petua yang mudah ini. Petua dikongsikan oleh Puan Razzyatt Urutan Tradisional. Selamat mencuba!
PETUA TURUNKAN KOLESTEROL
Bahan-bahan:
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
1/4 biji lemon
1 sudu besar madu
Cara-cara:
2. Perah suku biji lemon. Campurkan dengan bahan-bahan yang dikisar tadi. Akhir sekali masukkan satu sudu besar madu.
Boleh amalkan minum setiap hari. Bukan sahaja bagus untuk menurunkan kolestrol tetapi juga dalam masa yang sama menjadi kulit lebih ‘glowing’ dan membuang toksin dalam badan. Badan pun terasa ringan sahaja.
INFO TAMBAHAN:
*Epal hijau membantu menurunkan tekanan darah yang tinggi. Epal hijau mengandungi bahan-bahan yang membolehkan tekanan darah yang tinggi diturunkan serta banyak membantu melancarkan pengaliran darah.
*Epal hijau yang kaya dengan vitamin A, B dan C juga dapat menyerikan dan memastikan kecantikan kulit. Selain itu, khasiat serta vitamin yang terkandung dalam buah ini dapat memastikan kulit tidak dicemari pertumbuhan jerawat dan meninggalkan parut.
*Epal hijau juga menghalang kerosakan gigi. Apabila mengunyah epal, air liur yang banyak akan dihasilkan. Penghasilan banyak air liur dapat mengurangkan bakteria dalam mulut sekali gus mencegah kerosakan gigi.