Rupanya Makan Kurma Tanpa Proses Lebih Banyak Khasiat. Dietitian Ini Jelaskan Sebabnya.

Share

Sejak bulan Ramadan tentu buah kurma wajib ada untuk hidangan berbuka dan bersahur. Selain makan buah kurma ada yang menbuatnya menjadi pati kurma agar mudah untuk diminum.

Perkongsian tips oleh Dietitian Fizah Sobri ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk pengambilan buah kurma secara betul supaya khasiatnya terjamin agar badan kekal cergas.

KURMA IS THE BEST

Kurma makanan sunnah
Kurma memberi tenaga dengan cepat
Kurma kaya dalam pelbagai vitamin B, C zat besi, potassium, prebiotik dan macam macam lagi.

Tapiiiii….. ADA SITUASI KURMA MENJADI TAK SIHAT
.
Apabila telah dicampur dan diubahsuai
Perbezaan antara buah kurma fresh dgn produk berasaskan kurma (seperti susu kurma, kordial kurma).
Sama ke khasiat seperti kurma fresh?🤔

Malangnya khasiat adalah tidak sama.
.
Apabila kurma dimasukkan dalam produk ia juga perlu pertambahan bahan bahan lain atau proses tertentu untuk menjadikan ia tahan lama dan sedap dan ini sekaligus menukarkan komposisi kurma yang asli tadi.
.
Contoh susu kurma.
Jika kurma diambil secara segar / tidak diproses dalam bentuk asli, kurma merupakan satu sumber yang kaya dengan zat besi, namun apabila digabung dengan susu dan dipasarkan kandungan zat besi tersebut telah banyak berkurangan sehingga 0%.
.
Contoh cordial/pati kurma
Ketika menjadikan kurma dalam bentuk cordial atau pati, kulit, rerambut atau serat telah dikopek dan dibuang.
Khasiat dari serat larut air pun hilang.
.
.
.
Khasiat yang saya telah ceritakan pada awal hanya wujud jika ambil kurma dalam bentuk semulajadi dalam keadaan asal.
.
Bukan dalam bentuk diproses atau diubahsuai.
.
WALAUPUN SIHAT
Kurma merupakan satu sumber tenaga yang cepat dan masa rasa letih atau tidak bertenaga pengambilan kurma boleh memberi tenaga dengan cepat.
TETAPI
Bila buat aktiviti yang panjang dan berterusan seperti solat tarawih tak cukup ambil kurma sahaja.
MESTI ambil hidangan yang sihat, lengkap dan seimbang agar mendapat tenaga yang berpanjangan supaya dapat beribadah dengan sempurna.
**Jika ambil kurma, berhenti dan solat maghrib dahulu, itu tiada masalah sebab bukan berpanjangan atau tidak mengambil masa yang lama.
Tetapi jika hanya berbuka dengan kurma dan sambung terus beribadah Terawih sehingga selesai anda boleh pengsan. 😱😱

Sumber: Dietitian Fizah Sobri