Susunan kata-kata dan penulisan yang cukup menusuk kalbu, memberi impak dan meninggalkan kesan di hati rakyat. Bahkan, satu persatu ayat diungkapkan orang nombor satu negara dalam menerangkan hal negara dek akibat wabak Covid-19 cukup mudah difahami oleh rakyat baik di bandar mahupun di kampung.
Sehinggakan ramai yang memuji dan mengatakan setiap kali Perdana Menteri tampil di hadapan media dan kaca televisyen, penerangannya cukup mudah. Rupanya di sebalik teks ucapannya , ada insan lain yang turut membantu memberi idea dan menambahkan ‘kesedapan’ di dalam setiap ayat tersebut.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad yang membuka cerita tentang lelaki di sebalik teks ucapan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jika ditanya siapa yang membantu menulis dan menyiapkan ucapan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka saya fikir inilah orang nya,
Datuk Dr Marzuki Mohamad.
Beliau sebelum ini merupakan seorang pensyarah di UIAM, kemudiannya melangkah masuk ke Pejabat YB Timbalan Perdana Menteri ke-6 pada tahun 2009 hingga ke 2013 (Tan Sri Muhyiddin), kemudiannya mengikuti lagi Tan Sri Muhyiddin semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan pada 2013-2015.
Selepas itu beliau kembali ke UIAM dan menjadi pensyarah dalam dunia Politik Sains.
Pada 1hb Mac lepas, beliau kembali ke meja Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Setiausaha Sulit.
Beliau merupakan anak sulong kepada pasangan Almarhum Mohamad Bin Che Ibrahim dan Puan Rokiah Pa’chu dari Pasir Mas, Kelantan.
Maafkan saya jika saya salah. Boleh jadi Tan Sri Muhyiddin menulis ucapannya sendiri seperti YB Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun biasanya yang memurnikan sesuatu teks adalah pembantunya sendiri.
Semoga menjawab soalan dan pencarian kalian. Ya, beliau kacak seperti saya. Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Penulis teks Facebook sahaja.