Hari ini khabar duka buat kita semua apabila pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman telah meninggal dunia di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.
Difahamkan penulis lirik yang berusia 58 tahun meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Arwah meninggalkan seorang balu, Relawati Daud dan tujuh cahaya mata.
Bak kata perpatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Pemergian Bob Lokman mengingatkan kita kepada lirik lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Siapa sangka lagu Isabella mencipta fenomena buat rakyat Malaysia, bahkan di negara jiran , Indonesia. Lagu itu ciptaan komposer ternama, Datuk M. Nasir dan dinyanyikan oleh kumpulan Search punya lirik yang hebat!
Mengimbau penghasilan lirik paling diminati ramai itu, menerusi temubual arwah bersama Astro Awani suatu ketika dulu, rupanya ia adalah kisah benar perkenalaan arwah dengan seorang gadis berdarah campuran Melayu -Inggeris.
Ketika itu Allahyarham Bob berusia 25 tahun apabila komposer terkenal, Datuk M. Nasir menyerahkan kaset yang mengandungi demo lagu berkenaan kepadanya untuk ditulis lirik.
Ads
Kini lagu Isabella tetap ‘evergreen’ buat kita semua. Sesunguh ia sebuah lirik yang indah.
Allahyarham sudah menulis 350 lirik sepanjang bergelar penggiat seni meninggalkan kenangan buat kita semua.
Semoga roh arwah Bob dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Muat naik terkini pelakon, penyanyi dan juga usahawan kesayangan ramai, Nur Fazura menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya.
Fazura memuatnaik dua foto bersama anak tersayang, Nur Fatima Aisya berserta kapsyen keibuan ringkas penuh makna.
Uruskan anak makan
Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 39, memberi kapsyen ringkas yang mencuit hati ketika menguruskan anaknya makan.
Dia dipercayai beradakan di sebuah majlis menguruskan anaknya makan sebelum menjamah hidangan. Menerusi kapsyen itu membayangkan diri sedang dalam kelaparan tetapi perlu mengutamakan anaknya dahulu.
“When you’re hungry but first, your child…”-Fazura
Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga bersama Fattah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel di ibu negara. Fazura dan Fattah menimang cahaya mata pertama pada 2 Oktober 2020
Melihat foto bersama anaknya dan kapsyen keibuannya itu, pelakon jelita itu, ramai peminatnya terhibur dengan kapsyen begitu bersahaja. Dalam pada itu ada yang memuji kecantikkan dan ketenangan Fazura melayani anaknya.
Memahami pandangan dan penjelasan tentang menghargai diri daripada Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ini menarik untuk dibaca untuk peringatan pada diri kita.
Ini perkongsiannya.
HARGAI DIRIMU DULU, KEMUDIAN BARU HARGAI ORANG LAIN
Apakah petunjuk, seseorang itu mempunyai harga diri yang tinggi?
Pertama, dia mudah menghargai orang lain. Sebab itu kalau kita lihat dalam kehidupan seseorang ini yang mana mereka ini mudah mesra, menghormati orang lain, boleh bergaul dengan baik dengan orang lain, itu petanda bahawa dia mempunyai harga diri yang tinggi.
Sebaliknya kalau kita lihat ada orang suka meremehkan orang lain, mengejek-ngejek orang lain, selalu memandang kecil kepada orang lain, itu petanda bukan orang lain yang diremehkan itu rendah, tetapi dirinya yang rendah.
Analoginya mudah. Hanya orang yang ada wang boleh memberi wang kepada orang lain. Begitu juga hanya orang yang punya harga diri sahaja yang boleh menghargai orang lain. Sebab itu hanya apabila kita menyayangi diri kita sendiri, barulah kita boleh menyayangi orang lain.
Kedua, mempunyai ‘self talk’ yang positif.
Dalam masa 24 jam, sebenarnya kita lebih banyak bercakap dengan diri kita berbanding kita bercakap dengan orang lain. Petanda orang yang mempunyai harga diri yang tinggi ialah percakapan dirinya terhadap dirinya sendiri ialah percakapan-percakapan yang positif.
Bila dia dengar sahaja kuliah atau dengar sahaja tazkirah atau membaca tulisan yang bermotivasi seperti ini, ‘self talk’nya sentiasa positif;
“Input ini adalah yang terbaik untuk aku. Aku boleh amalkan dan insyaallah aku akan sampaikan kepada orang lain. Motivasi atau input-input yang baik ini akan menyinari hidupku dan aku akan buat satu perubahan yang akan memberi inspirasi kepada orang lain.”
Begitulah orang yang mempunyai harga diri yang tinggi. ‘Self talk’nya, percakapan dirinya ialah yang positif.
Tetapi malangnya ramai orang yang punyai ‘self talk’ yang negatif. 90 % yang dicakap terhadap dirinya adalah negatif. Kalau dia membaca buku motivasi suara hatinya akan berkata:
“Ala aku boleh dengar sahajalah, mana boleh aku amalkan.”
Sehinggakan sampai satu tahap dia berkata;
“Entah-entah orang yang menulis ini pun tidak amalkan apa yang dia tulis.”
Akibat self talk yang negatif, ramai manusia yang gagal untuk membuat perubahan ke arah kebaikan. Dia bukan didorong ke hadapan, sebaliknya sentiasa digeser ke belakang.
Oleh itu, penting sekali kita mendapat keyakinan, hasil daripada percakapan-percakapan yang positif daripada dan kepada diri kita sendiri. Sebab itu misalnya, dalam ibadah solat kita juga sebenarnya sedang mengingatkan diri kita sendiri melalui bacaan-bacaan di dalam rukun solat.
Dalam rukun qauli, bacaan surah al fatehah yang kita baca… wajib didengar oleh telinga kita sendiri. Ini satu selftalk yang positif yang mengingatkan bahawa kita hamba Allah, yang meminta pengampuna-Nya, kekuatan-Nya. Dalam duduk antara dua sujud, kita minta sihat dan kita minta hidayah dan sebagainya. Insya-Allah ‘selftalk’ ini positif, dan akan membentuk diri kita yang positif juga.
Sebaliknya, orang yang punya harga diri yang rendah, dia akan sentiasa melakukan sabotaj terhadap dirinya sendiri. Ya, kegagalan itu bermula di dalam diri kita sendiri, sebab itu kita gagal ‘menakluki’ diri kita sendiri. Justeru, sering diperingatkan bahawa kita sebenarnya perlu bertanding dengan diri kita sendiri.
“What happen in you is more important then what happen to you…” Begitu kata-kata ahli-ahli yang bijaksana. Apa yang berlaku di dalam diri kita sebenarnya lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita.
Sebab itu kita kena hapuskan sikap ‘self sabotaging habit’ ini. Kalau dibiarkan berterusan kita akan menjadi “Toxic people”, manusia beracun yang melemahkan diri sendiri dan orang lain.
Mula-mula kita sabotaj diri kita, kemudian akhirnya kita jadi ‘toxic people’ yang mensabotaj orang lain.. Kita boleh menghasut, kita boleh mengumpat dan kita boleh memfitnah orang lain hasil daripada perasaan negatif yang ada di dalam diri kita.
Orang yang memfitnah, mengumpat ialah orang yang penuh dengan racun. Orang yang sebegini tidak akan berjaya di dalam hidupnya. Dia tidak akan menyelamatkan dirinya dan dia tidak akan mampu menyelamatkan orang lain. Dia ‘membunuh’ dirinya sendiri, keyakinannya sendiri, harga dirinya sendiri dan dia tidak akan pernah membina aspirasi kepada orang lain.
Ketiga, mampu menyayangi orang lain hasil dia menyayangi dirinya sendiri.
Bagaimana keadaan itu?
Saya pernah menonton satu filem tentang hari ibu. Yang mana seorang wanita tua telah ditinggalkan oleh anak-anak dan suaminya di rumah orang tua. Pada waktu itu ibu itu mengeluh, lalu berkata, “Yang paling malang dalam hidup ini apabila tidak disayangi.” Dia tidak disayangi oleh suami dan anak-anaknya.. Tetapi kawannya di sebelah menepuk bahunya dan berkata bagi membetulkan persepsi ibu tadi dengan berkata, “yang paling malang dalam hidup ini bukan tidak disayangi tetapi apabila kita tidak menyayangi.“
Punca kita tidak disayangi ialah apabila kita tidak menyayangi diri kita sendiri. Hanya orang yang menyayangi dirinya mampu menyayangi orang lain. Kalau kita tidak mampu untuk menyayangi diri kita yang paling dekat, mana mungkin kita boleh menyayangi orang lain yang ‘jauh’?
Kelihatannya seperti kita terlalu mementingkan diri?
Sebenarnya, tidak! Kita tidak mementingkan diri sendiri sekiranya kita menyayangi diri kita terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.
Tamsilannya begini. Ketika kita menaiki kapal terbang, pramugari selalunya memberi panduan sekiranya oksigen dalam kapal terbang itu berkurangan, maka akan keluar corong yang berwarna kuning. Arahannya ialah kita perlu bernafas dahulu barulah kita membantu anak kita yang masih kecil untuk bernafas. Walaupun kita sayang anak kita, malah sanggup mati untuk mereka, tetapi aturannya ialah kita perlu ambil corong oksigen itu dan bernafas terlebih dahulu baru kita bantu anak kita bernafas.
Apa maksudnya?
Hanya orang yang hidup sahaja boleh memberi kehidupan. Hanya orang selamat sahaja yang mampu menyelamatkan. Dan hanya orang yang menyayangi dirinya dahulu boleh menyayangi orang lain.
Sayangnya, ramai kaum ibu yang kadangkala oleh kerana terlalu sayang anaknya…dia jaga anaknya sampai mengabaikan kesihatan dirinya sendiri. Ini salah. Kita perlu menjaga kesihatan diri kita untuk menjaga kesihatan anak kita. Ini bukan mementingkan diri… tidak! Tetapi untuk menyayangi orang lain perlu terlebih dahulu menyayangi diri kita.
Justeru, pada saya orang yang tidak menjaga kesihatan dirinya ialah orang yang mementingkan diri. Kenapa? Kerana jika dia jatuh sakit, orang lain terpaksa menjaga dirinya. Tetapi bagi orang yang sihat, dia yang mahu menjaga orang yang sakit. Jadi orang yang menjaga dirinya agar tidak sakit ialah orang yang tidak mementingkan diri!
BAGAIMANA HARUS MENYAYANGI DIRI?
Kunci katanya ialah, “Kita tidak boleh menyayangi orang lain tanpa terlebih dahulu menyayangi diri kita sendiri dan kita tidak mampu menyayangi diri kita sendiri kalau tidak terlebih dahulu menyayangi Allah SWT. “
Sebab itu dalam kehidupan ini, kita perlu sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan menyedari bahawa diri kita hakikatnya adalah amanah Allah terhadap diri kita sendiri.
Justeru dalam Islam, kita tidak boleh menjatuhkan diri kita kepada kebinasaan. Contohnya, kita tidak boleh membunuh diri. Kalau dipersoalkan, apa salahnya kalau saya membunuh diri saya sendiri, saya bukan membunuh orang lain?
Ingatlah bahawa menurut Islam, diri kita pun bukan kita yang empunya. Diri kita hanyalah amanah daripada Allah SWT. Sebab itu kalau orang itu sayang yang benar-benar kepada Allah, dia akan sayang kepada dirinya sendiri. Dan orang yang menyayangi dirinya sendiri insya-Allah, akan boleh menyayangi orang lain.
Masa romantik bukan hanya ketika sedang bercinta, layan apa yang diinginkan dan bercakap dengan kata-kata manis demi menggembirakan pasangan. Bila sudah berkahwin dan punya anak, lain pula jadinya. Seakan berubah, masing-masing lupa untuk terus bersikap romantik terhadap pasangan. Ini kelazimannya!
Namun hakikatnya layanan romantik itu amat diperlukan dalam hubungan suami isteri untuk kekal bahagia. Meskipun dengan melakukan perkara yang kecil dan simple, seperti meluahkan ungkapan yang sweet namun percayalah perbuatan tersebut sangat memberi kesan dalam kehidupan suami isteri.
Situasi ini sempat dikongsikan pasangan suami isteri ini di TikTok.
Sebelum ini seorang isteri Bernama Nazira Nawawi dilihat kerap memuat naik rakaman bersama suami tercinta dan anaknya. Terbaru, dia dilihat menunggu suaminya pulang kerja di muka pintu meskipun hari sudah malam.
“Assalamualaikum cinta”, itulah ungkapan pertama yang diucapkan ketika menyambut kepulangan suaminya yang kelihatan penat selepas pulang daripada tempat kerja. Sebaik mendengar ungkapan tersebut dari isteri tersayang, lelaki berkenaan terus lentok sebelum memusingkan badan yang kononnya sudah cair dengan layanan isterinya yang sebegitu sweet sambil memegang bungkusan lampin anak.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen akui turut terhibur dengan sapaan lembut dari Nazira buat suaminya. Bukan itu sahaja ramai juga meluahkan rasa tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga kerana mahu dilayan seperti itu daripada pasangan masing-masing.