Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi ibu-ibu yang anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju anak dan juga pakaian lain.
Kini sudah tiada alasan lagi untuk malas menggosok baju kerana ada cara yang lebih mudah untuk menjadikan baju anda tidak berkedut.
1. Gunakan mesin basuh baju. Ya mesin baju. Pastikan mesin baju tu kering
Ads
2. Set kan mesin basuh baju anda kepada suhu tinggi. Kalau mesin basuh baju anda takda fungsi ni, masuk kan baju anda dibahagian pengering.
Ads
3. Masukkan beberapa ketul ais dan biarkan mesin basuh baju anda spin kira-kira 15 minit.
4. Apa yang berlaku adalah, ais akan mencair seterusnya membentuk steam / wap. Steam ini akan mengurangkan kedutan di baju, sama seperti konsep iron baju.
Ads
Mudah kan? Boleh lah cuba kalau nak hilangkan kedut baju.
Bukan calang-calang, anak kepada pelakon, Fatin Afeefa, si comel Ivy Herra Sophia membanggakan ibu dan ayahnya apabila memperolehi semua A dalam tujuh mata pelajaran dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Fatin Afeefa, dia amat berbangga malah kagum dengan pencapaian cemerlang anaknya itu.
“Congrats Joyah,” tulisnya ringkas menerusi video berkenaan.
Tanpa mendedahkan nama sekolahnya, jelas si comel Ivy menunjukkan reaksi wajah yang cukup gembira ketika memberitahu markah peperiksaan subjek tahun 3 kepada ibunya.
Difahamkan, Ivy memperoleh 80 markah dan ke atas untuk tujuh subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Akhlak, Tauhid, Jawi dan Sirah. Memang terbaik!
Tidak hanya Ivy bahkan Fatin Afeefa juga turut membuat keputusan untuk menghantar anak lelakinya, Adam Aisy Arrian ke sekolah pendidikan agama untuk mempelajari dan mendalami al-Quran.
Terdahulu, Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada Disember 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh bulan.
Fatin Afeefa turut mempunyai dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulunya dengan bekas suami, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali membeli makanan goreng celup tepung di luar, pasti seronok mengunyah, lebih-lebih lagi apabila mendengar bunyi ‘krup krap.
Bukan mudah sebenarnya nak dapatkan bancuhan goreng celup tepung yang betul-betul melekat dan rangup walaupun sudah sejuk.
Untuk ibu-ibu yang ingin cuba buat sendiri, cuba perkongsian dari Achik Ita Jsd Kelantan ini. Tipnya mudah sahaja, yang penting bahan-bahan yang digunakan mesti betul. Jom semak!
K.cik nk bercerita pasal celup tepung. Ni nak bagi tips ye. Part paling penting ialah bahan-bahan kena betul tau.
Pertama sekali,tepung kena yang terbaik untuk goreng celup tepung. Bagi yang gemar makan cicah habuk halus banyak krup krap. Ini taste bukan goreng ala-ala KL yang takde habuk(serdak) tu ye.
Tepung beras? tahu tak tepung beras ada banyak jenis dan fungsinya. Banyak cap kan, jenama macam-macam, mana satu nak pilih?
Ehhh..jangan, nanti tak menjadi salahkan si pemberi resepi pula,walhal bahan tak kena.
Apa ilmu yang dapat sejak menuntut secara lisan dengan bonda, tepung terbaik untuk celup tepung ialah tepung beras cap 3 teratai. Untuk rapuh,rangup,berabuk banyak. Kalau silap tepung, ada yang jadi tebal, tak berabuk halus dan lemau bila sejuk. Sebab fungsi pun berbeza kan…
♦ Bancuh semua dengan air biasa. Agak-agak warna peach gitu. Part ni ada yang kata guna ais, tapi silap percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair. Ingat, ais mencair bukan beku dalam tu.. Tak payh guna ais pun mmg rangup sangat berhabuk banyak tau..
♦ Jadi bila semua bahan sudah betul, lihat pula cara membuatnya. Adunan jangan pekat sangat,jangan cair sangat.
-Minyak wajib banyak,jangan kedekut(deep fried)
-Api wajib api besar (slow-slow kena tinggal)
-Jangan selam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat
-Jangan simpan lama dalam peti adunan tu. Nak ulang guna wajib bancuhlah sikit, kemudian campur dulu dengan yang sebelum tu
-Jika terlebih kapur,akan berbuih banyak dalam kuali nanti. Jadi, tipsnya,perahkan sikit limau nipis atau limau kasturi. Alkali+acid=neutral balik.
Mengapa menjerit? Alasannya, jeritan akan membuat anak berasa takut dan ikut arahan yang diminta. Ada juga menjadikan jeritan sebagai salah satu cara untuk memastikan anak mengikut suruhan dengan cepat terutama ketika keadaan menjadi kelam kabut di awal pagi.
Amalkan tip dan teknik ini dan anda tidak perlu menjerit dan dijerit. Teknik ini perlu dilakukan secara konsisten dan jadikan ia sebagai amalan seumur hidup. In sha Allah akan berhasil jika anda benar-benar mahukan perubahan ini.
Terima kasih dan maafkan saya.
1. Rutinkan ucapan terima kasih dan maafkan saya sebagai ucapan harian yang wajib ada di rumah atau di sekolah. Ucapan ini melatih anak untuk rasa dihargai dan menghargai.
Tenang dan kawal
2. Bertenang, bertenang dan bertenang walaupun keadaan kelam-kabut. Kanak-kanak adalah pemerhati terbaik dan mereka akan lihat dan ikut bagaimana anda urus diri anda ketika waktu tenang atau waktu kelam-kabut. Ketika anda mulai rasa kelam-kabut, ambil masa 10 saat untuk bernafas dengan baik dan bertenang. Kawal emosi anda dan anda akan lihat keadaan menjadi tenang dan terkawal. Katakan “Semuanya terkawal dan saya amat tenang sekali”.
Suara lembut dan sopan
3. Ajari anak menggunakan suara lembut dan sopan. Tunjukkan melalui teladan. Anak-anak perlu diajar cara bercakap dalam keadaan suara yang lembut dan sopan. Guru terbaik adalah anda. Jika anda mahu anak bercakap dengan suara yang lembut dan sopan, anda juga perlu berbuat demikian. Hasilnya anda tidak perlu menjerit dan dijerit oleh anak-anak.
Teknik bisikan
4. Anda boleh menggunakan teknik bisikan apabila ingin meminta anak anda lakukan sesuatu. Dengan bisikan, anak anda akan lebih peka dan teruja untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan. Lakukan ia seperti permainan. Contohnya: Dalam nada berbisik “Aiman… tolong mama simpan baju dan seluar biru dalam almari”/ “Siapa boleh tolong mama simpan semua mainan paling pantas dalam kotak? Satu… dua… tiga…”
Pandangan mata
5. Pandang mata dan tunduk ketika bercakap dengan anak. Apabila bercakap atau memberi arahan kepada anak-anak. Pastikan anda memandang mata mereka dengan pandangan kasih dan sayang dan tundukkan sedikit badan atau duduk sedikit supaya anak tidak perlu mendongak ketika bercakap dengan anda.
Cara ini membantu anak menerima arahan anda dengan jelas dan sepenuh perhatian. Cara ini juga perlu digunakan ketika anak anda berbual dengan anda. Memberi sepenuh perhatian ketika anda atau anak sedang bercakap mendidik anak secara tidak langsung untuk memberi perhatian tanpa perlu menjerit.
Kaedah beri arahan anak lelaki dan perempuan
6. Kaedah beri arahan kepada anak lelaki dan perempuan tidak sama. Otak anak lelaki adalah monotrek bermaksud otak anak lelaki fokus pada satu perkara dalam satu masa. Ini bermakna, anak lelaki perlu diberi satu arahan dalam satu masa. Selepas anak menyelesaikan tugasan tersebut, barulah ditambah dengan arahan seterusnya. Cara ini membantu anak untuk faham arahan dengan mudah.
Otak anak perempuan bersifat multitasking. Anda boleh memberi 2 hingga 3 arahan kepada anak perempuan untuk diselesaikan dalam satu masa. Contohnya: “Sofea, tolong ibu angkat pingan, cawan dan sudu dan letakkan di dalam sinki.”
Pasang ayat-ayat Al Quran
7. Pasang ayat-ayat Al Quran, zikir munajat atau lagu- lagu bertemakan alam contohnya ‘Nature soothing music‘ untuk meredakan keadaan yang tidak terkawal. Keadaan rumah atau sekolah yang tidak terkawal menyebabkan tekanan. Tekanan inilah yang menyebabkan kita akan menjerit dan dijerit. Adakan satu sesi dalam masa 30 minit – 1 jam setiap hari secara konsisten untuk bertenang.
Berikan Pujian
8. Berikan pujian, sokongan, kata-kata semangat, pelukan, tepukan atau hadiah berupa makanan berkhasiat, peralatan tulis atau stickers kepada anak sebagai hadiah galakan dan motivasi ketika mereka mendengar kata, berjaya melakukan tugasan yang diminta dan bertutur dengan sopan.
Minta anak ulang arahan
b
9. Anak-anak perlukan masa untuk memahami arahan yang diberi. Jadikan ayat suruhan anda ringkas dan sesuai untuk anak selesaikan. Antara cara terbaik untuk memastikan anak faham atau tahu apa yang anda inginkan. Minta anak ulang semula kata-kata anda. Contoh: “Haikal, tolong mama angkat tuala putih dan biru atas lantai. Haikal, tadi mama minta tolong apa?”
Tunjukkan caranya
10. Arahan seperti: kemas bilik, cuci pingan, sapu sampah adalah suruhan yang tidak semua anak faham apa yang dimaksudkan dengan kemas bilik. Tunjukkan caranya apa itu kemas bilik, cuci pingan dan sapu sampah. Walaupun bagi anda perkara-perkara di atas adalah remeh dan anak telah biasa lihat bagaimana anda mengemas. Tunjukkanlah caranya agar anak lebih faham tugasan-tugasan yang dibeikan.
Anda adalah contoh utama dan pertama yang akan diikuti oleh anak-anak. Perbuatan dan perbualan anda perlu seiring dan sejalan dengan apa yang anda mahukan dari anak-anak. Jika mahu anak mendengar kata tanpa menjerit dan dijerit, berbuallah dan bertindaklah dengan tenang dan konsisten.