Selebriti, Rihana Petra berkongsi cara mendidik anak sulungnya, Tengku Ismail Leon Petra yang baru berusia 3 tahun ini. Sebelum ini dia telah berkongsi Leon telah mahir bertutur dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga bahasa Russia.
Terbaru, Rihana Petra memuatnaik tip keibubapaan yang menjadi amalannya untuk mendidik anak tunggalnya itu.
Rihana yang kini menetap di London memberitahu bahawa anak kecil akan menyerap apa yang sahaja yang berlaku dipersekitarannya. Jadi sebelum mendidik anak-anak, kita harus memperbaiki diri sendiri dulu.
Ikuti perkongsiannya.
Apabila membesarkan anak saya, saya selalu berfikir bahawa saya ingin membesarkan, pertama sekali, seorang yang baik dan seorang lelaki sejati.
Tetapi seperti yang anda tahu, jangan besarkan anak-anak, tapi mulakan dengan diri kita sendiri dahulu. Kerana kanak-kanak seperti span, mereka akan menyerap semua yang mereka perlukan.
Dalam membesarkan diri saya dan Leo, saya mengumpulkan beberapa peraturan mudah yang saya pelajari lama dahulu daripada beberapa buku psikologi. Saya ingin berkongsi dengan anda.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
1. JANGAN PERNAH MENGEJOKKAN ANAK ANDA. Bagi seorang lelaki, ejekan wanita selalu menjadi trauma, ejekan ibu adalah trauma yang sangat mendalam. Tidak kira anda mengejeknya kerana secara tidak sengaja memakai seluarnya ke belakang atau mengaku cintanya kepada gadis di sebelah.
2. SENTIASA JAWAB SEMUA SOALANNYA. Pada usia apa pun! Dan bukan hanya “anda akan mengetahui apabila anda dewasa”. Jika anda tidak tahu jawapannya, katakan sahaja. Kemudian ketahui lebih lanjut – dan jawab.
Ads
3.MINTA NASIHAT ANAK ANDA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN. Saya kadang-kadang kagum dengan kemudahan kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah “dewasa”. Minta nasihat, inilah cara budak itu belajar menjadi seorang lelaki – untuk menyokong, dan membuat keputusan.
4. LUPA PERKATAAN “SAYA SUDAH KATAKAN! Jangan bersaing dengan anak dalam apa-apa, dan “Saya memberitahu anda begitu” adalah betul-betul jenis persaingan di mana ibu gembira untuk “menang”.
5. PUJI! Kagumi, tanpa apa-apa “tetapi” atau “hanya tweak di sini”. Apabila dia dewasa, dia akan melihat sendiri apa yang perlu di “tweak”.
6. SOKONGAN SETIAP IMPIANNYA. “Saya mahu menjadi angkasawan” – hebat! Beli buku mengenai subjek. Dan kini “Saya mahu menjadi seorang bomba”. Juga keren! Anda membeli buku mengenai subjek itu. Awak dapat tak?
7.Jika anak anda menangis, bermakna masalah besar telah berlaku. Ia mungkin kecil untuk anda, tetapi ia besar untuk anak anda! Sebarang masalah adalah gergasi untuk kanak-kanak. Dan anda perlu diyakinkan! Tidak kira berapa umur anak itu.
8. ANDA SENTIASA BERADA DI SISINYA. Bukan hanya dengan kata-kata. Tetapi juga dalam tindakan.
Apabila masa berlalu dan anak anda menjadi remaja, dia akan mempercayai anda dan akan datang kepada anda dengan sebarang pertanyaan kerana anda melakukan segala-galanya dengan betul semasa kecilnya.
Ads
Untuk rekod, Rihanna Oksana Petra telah berkahwin dengan Sultan Muhammad V dan dilaporkan sah bercerai dengan talak tiga apabila peguam sultan mengantar surat tersebut kepada peguam Rihana pada Julai 2019.
Menjelang hari raya, pasti ibu-ibu sibuk buat persiapan, ada yang nak tukar langsir baru kan. Tapi satu hal yang sering buat ibu-ibu pening adalah kedudukannya yang asyik berubah.
Menerusi perkongsian febinasaputri di laman TikTok, dia pada asalnya menunjukkan keadaan perhiasan rumah itu yang seakan-akan serabut. Namun, idea bernas akhir terserlah selepas dia mempunyai cara memperbaikinya hanya menggunakan paip span.
Serabut mata tengok langsir tak reti duduk diam, mood men-deco dah kembali.
Kongsi tutorial cara pasang paip span pada langsir, moga bermanfaat kepada semua.
Menerusi perkongsian terbaharu, wanita berkenaan telah menunjukkan tutorial mudah cara memasangnya pada langsir jenis ‘Lenda’.
Caranya cukup mudah. Potong paip tersebut kepada beberapa bahagian. Kemudian, letakkan pada setiap lubang sebelum memasang kembali ke tempat asal.
Siap!
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berterima kasih dengan tips yang dikongsikan wanita itu. Malah, idea tersebut turut memberikan inspirasi kepada mereka untuk menghias rumah dengan bahan yang lebih murah.
Tidak dinafikan setiap wanita sukakan kejutan apabila meraikan sambutan hari jadi. Lebih manis apabila ia dilakukan oleh insan tersayang iaitu suami.
Begitulah perasaan yang dilalui oleh Memey Suhaiza yang merupakan isteri kepada pelakon terkenal, Norman Hakim.
Biarpun setiap tahun Norman melakukan kejutan hari jadi buat dirinya, tahun ini Memey amat teruja apabila buat pertama kali sambutan hari jadinya beliau mendapat kek paling banyak.
Malah, Memey menganggap ia bagaikan sebuah rombongan melamar. Teruja dengan kejutan luar biasa yang dilakukan oleh suaminya, Memey mengucapkan terima kasih atas usaha suaminya.
Assalammualaikum.. Salam jumaat.. Saya mulakan update hari ni utk suami kesayangan ni. Sebab semua kerana dia.. jadi sgt layak utk sentiasa dihargai. 10 tahun dah kahwin tanpa gagal setiap tahun utk plan surprise / plan itu & ini.
Wlpn berbuih mulut cakap.. tak nak majlis special, tak nak cake, tak nak deco, sbb dah rasa semua tu.. jadi rasa mcm cukup-cukup lah… apa adanya dengan family tu pun cukup bermakna sangat tapi dia tetap faham hati perempuan .
Mulut cakap lain tapi hati mesti nak. Dan disaat saya tak nak apa-apa Allah bagi rezeki luar biasa. Inilah tahun pertama saya terima paling banyak cake & hadiah dari semua disekeliling sy.. love u all too
Tq suami utk semua surprise birthday smlm.. effort luar biasa. Rasa mcm rombongan melamar pulak. Nnt mummy share video k… Tq suami.. love u sooo much
Dalam pada itu, Norman Hakim juga memuat naik sebuah gambar lukisan di instagramnya dengan meluahkan rasa syukur memiliki isteri yang sentiasa memberikan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Selagi ada hayat ini. Kujunjung kebahagiaanmu. Tapi bila sampai waktuku.. Doa dan restuku. Menjagamu selalu..
Sanah Helwah Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-33 My Love,My Wife,My BFF,Mummy to My Wonder Kids,My Everything…@memeysuhaiz
Seakan tidak dapat dibayangkan perasaan bila berdepan situasi cemas, ada haiwan liar di dalam rumah.
Apatah lagi haiwan seperti harimau, hidupnya di dalam hutan luas namun tiba-tiba menerjah masuk hingga mencederakan ahli keluarga.
Ini sebagaimana berlaku kepada pasangan suami isteri berusia 55 dan 58 tahun, dengan tiba-tiba seekor harimau akar menceroboh masuk ke rumahnya di Kampung Sentang.
Memetik laporan Kosmo, difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu, haiwan liar berkenaan yang menceroboh ke dalam rumah pasangan itu melompat ke atas katil Faridah Ishak,58, yang terlantar akibat strok sebelum mencakar kening mangsa menyebabkan luka kecil.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, berdasarkan maklumat ketika kejadian harimau berkenaan mengejar seekor kucing yang ditemukan mati di kawasan berhampiran sebelum masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan.
“Melihat seekor harimau akar, seorang lelaki yang menghuni rumah itu cuba menghalau tetapi haiwan liar itu telah melompat ke atas katil dan tercakar kening isteri mangsa berkenaan yang terlantar di atas katil akibat penyakit strok.
“Bagaimanapun mangsa yang dicakar cuma mengalami luka kecil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azli, susulan kejadian, anak saudara mangsa telah membuat aduan di pondok polis Kampung Pagar Sasak semalam.
“Anggota dari Pondok Polis Pagar Sasak telah berkejar ke lokasi dan mendapati penduduk telah mengepung harimau berkenaan yang berada di bawah rumah pasangan itu.
“Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dihubungi setelah anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Kuala Lipis yang berada di tempat kejadian tidak dapat berbuat apa-apa,”katanya.
Azli berkata, renjer Perhilitan yang tiba pada pukul 8 malam berjaya menangkap haiwan liar itu menggunakan tembakan ubat pelali.
Dalam pada itu beliau berkata, mangsa yang luka dibahagian kening dirawat oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Padang Tengku dan berada dalam keadaan selamat
“Saya juga menasihatkan penduduk supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan mencuba menangkap haiwan liar yang menceroboh kawasan tempat tinggal termasuk membunuh hidupan liar terutamanya yang dilindungi oleh kerajaan,”ujarnya.
Sumber: Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...