Cili padi merupakan antara tanaman kesayangan yang sering digunakan di dalam masakan harian. Namun seringkali juga, tanaman cili ini sukar untuk kekal “hidup”, kurang menjadi, membesar apatah lagi mengeluarkan hasil.
Semua ini berpunca daripada serangan serangga perosak seperti siput, semut hitam, kumbang dan sebagainya. Namun demikian terdapat petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah ini, iaitu hanya dengan menggunakan bawang putih.
Bahan-bahannya:
Beberapa ulas bawang putih
Langkah-langkah:
Tanamkan beberapa ulas bawang putih bersebelahan dengan pokok cili.
Jangan tanam terlalu dalam. Memadai sekadar menimbuskan tanah tersebut.
Biarkan sehingga bawang putih mengeluarkan tunas atau daun, nescaya serangga tidak lagi berani membuat sarang pada pangkal pokok ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Laman Hati-Kebun Bandar:Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasanya kalau ada tepung segera cucur, apa lagi yang boleh dibuat kalau bukan cucurlah kan? Tapi lain pula bagi pengguna laman facebook ini apabila tepung cucur segera dijadikan snek untuk kudapan seisi keluarga. Menarik kan?
Katanya rasa macam kerepek bawang. Siapa yang favourite dengan snek tu boleh lah cuba! Senang je cara nak buat. Nak tahu macam mana? Meh tengok kat bawah ni!
Resipi Snek Cucur Ikan Bilis Mudah & Sedap
Bahan-bahan:
Sebungkus cucur bilis adabi
2 sudu makan tepung gandum (supaya tak masin)
Sedikit minyak
Air sejuk
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan, gaul rata menggunakan garfu saja.
2. Kemudian uli sampai doh tidak melekat pada tangan.
Tahukan anda marjerin dan mentega merupakan bahan yang sering digunakan dalam masakan terutama membuat kek, kuih muih dan lauk pauk. Walapun bahan asas masakan ini nampak sama, namun pembuatannya berbeza antara satu sama lain. Menerusi facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad telah berkongsi info perbezaan marjerin dan mentega untuk panduan bersama.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
MENGAPA MENTEGA (BUTTER) LEBIH BAIK DARI MARGARINE
Sebelum ini ramai orang, seperti saya, menganggap bahawa margarine lebih sihat dari mentega. Ini kerana kita sering diberitahu melalui iklan bahawa margarine adalah pengganti yang lebih sihat dan murah kepada mentega. Pada hakikatnya mentega lebih baik dari margarine.
Mentega diperbuat dari bahan yang asli iaitu kream (dari susu) dan sedikit garam. Itu pun jika kita memilih keju masin (salted butter). Jika tidak, mentega tanpa garam hanya diperbuat oleh susu sahaja.
Margarine pula diperbuat dari proses yang diperbuat oleh industri pemakanan dari minyak (yang bersifat cecair dalam susu bilik) kepada bahan transfat (yang menjadikan cecair minyak sebagai pepejal). Jadi ia bukanlah sesuatu yang natural tetapi sesuatu bahan tidak lagi natural dan berbahaya pada kesihatan.
Margarine dicipta sebagai alternatif mentega kerana ia lebih murah dan lebih mudah dihasilkan dengan banyak bermula semenjak tahun akhir 1800an lagi.
Pada masa itu (awal 1900an) permintaan terhadap mentega terlalu banyak berbanding dengan pengeluaran susu (bahan utama membuat mentega) yang semakin mahal. Jadi margarine dihasilkan secara besar-besaran agar ia boleh dinikmati oleh golongan yang berpendapatan rendah.
.
Margarine dihasilkan dengan menambahkan hydrogen pada minyak sayuran agar ia lebih stabil, menjadi beku, dan mudah disapu pada roti. Oleh kerana margarine lebih murah jadi ia menjadi popular dan boleh dibeli oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Lemak sihat seperti omega 3 adalah sangat penting untuk perkembangan dan fungsi otak. Kita juga memerlukan vitamin A, D dan E (vitamin serap lemak). Jadi lemak sihat ini penting dan terdapat hanya pada susu dan mentega. Tidak ada pada margarine.
Transfats dalam margarine bertindak tidak seperti minyak sihat yang ada pada susu dan mentega kerana struktur sebatian transfat berbeza. Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Dalam kajian terbaru (Dalainas & Ioannou, 2008) menunjukkan pengambilan transfat dalam makanan boleh menyebabkan masalah penyumbatan saluran darah pada jantung sebanyak 23%.
Dalam kajian lain pula menunjukkan pengambilan transfat boleh meningkatkan risiko mendapat dementia di kalangan warga tua.
Sementara mentega pula penuh dengan vitamin yang meningkatkan sistem daya tahan. Ia juga mempunyai sebatian Lauric Acid (juga terdapat pada susu ibu dan minyak kelapa) dalam kuantiti yang sederhana tetapi sangat penting.
Mentega juga mengandungi lemak tepu yang membekalkan banyak tenaga terutama atlet dan mereka yang bekerja menggunakan banyak tenaga.
Bagi mereka yang bekerja di ofis (tidak menggunakan banyak tenaga) atau pesakit kronik seperti diabetes, pesakit tekanan darah tinggi atau pesakit yang mempunyai kolestrol yang tinggi, boleh mengambil mentega dalam kuantiti yang sederhana setelah mendapat pandangan doktor yang faham tentang nutrisi.
Kesimpulannya mengambil mentega lebih baik dan bermanfaat dari mengambil margarine dalam kuantiti yang sederhana.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.