Kepada penggemar mi hailam, tentu bau aroma masakan ini membangkitkan selera makan. Selain sesuai untuk dibuat hidangan ketika minum petang. Malah boleh aje menjadi menu makan malam bagi yang suka hidangan ringkas untuk keluarga.
Namun, walaupun untuk memasak mi hailam nampak senang dan ringkas tetapi jika bahan-bahannya tidak lengkap pasti rasanya tidak enak. Melalui perkongsian oleh Puan Hasniza Hassan yang memaparkan resepi mi hailam istimewa dengan tumis lada hitam telah menjadi viral setelah mendapat share sebanyak 37 ribu daripada penggemar mi hailam. Rupanya viral setelah ditumis dengan lada hitam. Tentu aromanya lagi power kan! Tak cuba tak tahu. Jumpa buat menu ni hari ini.
Kuah mi hailam ni istimewa dan lain sedikit sebab ditumis dengan lada hitam. Kak Has dapat resepi ni dari mak saudara kak Has, Rohani Othman.
Punyalah suka, suami kak Has pernah request mi hailam ni untuk menu berbuka puasa selama 5 hari berturut-turut.
Ads
Kak Has nak kongsikan dengan kalian bahan-bahannya untuk 1 – 1 1/2 peket mi.
Bahan-bahanya:
Ads
Ads
– 11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk – 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar – Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat) – 1 mangkuk stok air udang, kalau ada – 15 ekor udang (terpulang nak banyak mana) – 4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga) – 1 biji tomato dibelah 2 – 1-2 biji cili merah dipotong – Kobis dihiris dan sawi dipotong – Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa – Garam dan gula secukup rasa – 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Cara-caranya membuatnya :
Selamat mencuba untuk hidangan seisi keluarga!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi yang cukup simple tapi sedap. Boleh cuba untuk minum petang nanti. Rangup di luar dan lembut di dalam walaupun tak menggunakan telur. Jadi sesuai bagi anda yang alergi atau tak suka letak telur.
Alhamdulillah 🌹🌹🌹 Saya nak share resepi Cucur Roti Gardenia cara saya.resepi ni takde telur.bagi yg alergik telur bole la cuba.Rangup diluar lembut didalam..
CUCUR ROTI GARDENIA
🍞5 keping roti(jenama apa2 bole guna asalkan roti
🍞2 cawan tepung gandum
🍞1 biji bawang besar hiris
🍞Daun bawang,cili merah,kucai,Carrot di hiris halus dan taugeh
🍞Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej dan sebagainya bole diisi
🍞Garam dan megi cukup rasa secukupnya
🍞Jika suka letak serbuk kunyit bole letakkan sikit
🍞Anggaran 2 cawan air biasa
Cara:
🍞Letak semua bahan kecuali air dalam mangkuk kemudian masukkan air sikit2 dan gaul2 hingga jd adunan yg pekat seperti digambar.
🍞Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan dan goreng hingga garing.toskan..sedia dinikmati..☺️
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kadang malam tak semua nak makan nasi, sorang dua je tu pun portionnya tak sebanyak makan tengahari. Jadinya ibu pun tak tahulah nak mengagak banyak mana nak masak.. Kalau masak ikut pot nasi, nanti terlebih masak.
Bukan itu je, malah jika menggunakan beras yang sedikit, nasi akan jadi berkerak. Susah bila nak cuci nanti.
Ikut saja cara yang dikongsikan oleh Amalina Aziz di bawah. Sangat praktikal untuk orang bujang dan buat mereka yang mempunyai ahli keluarga yang tidak ramai.
Tips Masak Nasi Untuk Sorang Makan
1. Ambil beras setengah cawan dan basuh seperti biasa.
2. Isikan air hampir penuh cawan yang dah dimasukkan beras tadi. Pastikan gunakan cawan yang tahan panas.
3. Masukkan cawan tadi dalam rice cooker dan isi rice cooker dengan air separuh penuh.
4. Kemudian masak seperti biasa.
Siap dan boleh dimakan macam biasa! Selamat mencuba.
Kredit: Amalina Aziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila bercakap tentang petua memasak, nyata begitu banyak untuk disenaraikan. Terasa rugi pula jika tidak diwariskan kepada anak-anak kita.
Umpamanya petua untuk mendapatkan hasil gorengan ikan yang tidak melekat di kuali. Meskipun sekadar menggoreng ikan, percayalah kalau tidak kena gayanya ikan yang digoreng akan melekat pada kuali dan itu akan memberi kesan pada tekstur masakan kelihatan tidak menarik.
Jadi ada baiknya amalkan petua yang dikongsikan oleh Ameera ini untuk pastikan ikan digoreng bukan sahaja teksturnya cantik sempurna malah rasanya juga enak.
Langkah 1 : Panaskan minyak untuk menggoreng ikan.
Langkah 2 : Masukkan 5-6 keping asam keping ke dalam minyak panas tersebut.
Langkah 3 : Kemudian masukkan ikan yang telah dilumur dengan garam dan kunyit.
Langkah 4 : Goreng seperti biasa dan hasilnya ikan tidak melekat di kuali dan rasanya enak, tidak hanyir.
Sangka anak Demam, selesema biasa, ibu terkejut anak hidap penyakit sinus kronik. Mulanya seorang ibu menyangka anaknya mengalami demam dan selesema biasa. Namun sangkaan itu meleset.