Rupanya Kunci Penyembuhan Isteri Demam Pada Tangan Suami. Alert Kuasa Yang Allah Bagi Ni

Share

Bila suami demam selain bagi ubat, isteri akan uruskan buat suami tercinta termasuk lap dahi dan badan serta picit badan suami. Bukan itu sahaja, bila suami tak selera makan, isteri akan masak bubur. Tetapi bagaimana pula, jika isteri yang demam? Ada tak suami buat seperti ini atau anggap isteri boleh uruskan sendiri.

Sebenarnya, jangan pandang ringan mengatakan semua isteri boleh buat. Ketika demam sebenarnya isteri memerlukan perhatian dan kasih sayang suami. Ambil masa atau cuti untuk merawatnya. Kadang-kadang ni isteri ni, nak bermanja dengan suami. Ingat ye, bukan suami je nak manja-manja, isteri pun boleh manja-manja jugak. Yang paling utama, sentuhan TANGAN SUAMI, adalah kuasa yang diberi Allah pada suami. Ikuti perkongsian Abu Hurairah Asifa 

 yang amat bermanfaat. Walaupun status ini sekian lama tetapi masih relevan untuk dipraktikskan untuk kebahagian rumahtangga.

_____________________________________________________________________

Jika isteri demam, ambillah sedikit masa untuk kita merawatnya.

Sebab kuasa penyembuhan itu, Allah ada berikan pada tangan seorang suami.

Jangan biasakan beri panadol semata-mata, melainkan keadaankan tak mengizinkan kita untuk merawatnya.

Cara merawat Isteri demam

1. Pegang kepalanya, baca Al Fatihah dan niatkan untuk supaya Allah buangkan bisa badannya serta panasnya.

2. Niatkan juga moga Allah ampunkan dosanya. Allah surutkan demamnya. Buat dengan penuh kasih sayang.

3. Buatkan bubur nasi. Kacang goreng pedas je. Basuh beras, letak air, buka api, tunggu sampai nasi menjadi bubur. Nak power, letak isi ayam, daging ke, sayur karot skit. Atau paling akhir atau paling malas, sila ke Mcd dan beli saja bubur ayam kat situ.

4. Buat air penyejuk badan. Rebus Barli. Beli kat speedmart banyak. 60sen je sebungkus. Rebus dan ambil air, buh gula skit sekali dengan lemon. Lagi rajin buh gula batu, kurma cina, kembang semangkuk. Minum suam-suam, insyaAllah segala kepanasan akan keluar.

5. Yang penting, usaha. Isteri perlukan perhatian. Bukanlah kita nak jaga dia hari-hari, cuma saat dia demam itulah, hari isteri nak lihat kasih sayang kita sebagai suami.

Kalau macam ngade sangat, tonyoh je lemon kat muka isteri bagi segar . 

Perkongsian suami ini Abu Hurairah Asifa sungguh bermanfaat untuk kebahagiaan rumahtangga. Siap bagitahu cara-cara nak masak bubur dan air barli. Air tangan suami ni.  Apapun, kesimpulannya pentingya perhatian dan kasih sayang dari suami kepada isteri.  Sungguh inspirasi!