Wah tak sangka, rupa-rupanya kulit kayu manis ni banyak kegunaannya. Bukan hanya untuk tujuan masakan, malah juga untuk tujuan lain. Dalam satu perkongsian di Facebook, Kulit kayu manis dikatakan mampu melindungi benih pokok dari penyakit selain membantu mempercepatkan pemulihan tanaman.

Kulit kayu manis mempunyai aroma yang menarik. Setiap kali masakan mahupun ketika membakar kuih atau kek, aroma kayu manis terhasil membuatkan anda tidak sabar untuk makan kan? Namun herba kering yang mempunyai pelbagai kegunaan ini juga boleh dijadikan sebagai terapi di kebun anda. Apa yang boleh kayu manis bantu anda di kebun?

Rupanya Kulit Kayu Manis Mampu Lindungi Benih Dari Penyakit & Mempercepatkan Pemulihan Tanaman

1. Mencegah semut

Sebenarnya menurut Reference.com, serbuk kayu manis berupaya membunuh semut. Hal ini berlaku disebabkan oleh partikel serbuk kayu manis yang amat halus mudah disedut dari rongga pernafasan semut hingga menyebabkan ia mengalami kegagagalan untuk bernafas.

Disamping itu juga, aroma kayu manis yang terlalu kuat menjejaskan deria bau semut untuk mencari sumber makanan. Berbanding anda gunakan serbuk kimia lain untuk mencegah semut, serbuk kayu manis 100% selamat jika terkena pada haiwan peliharaan atau si cilik anda.

IKLAN

2. Daya tahan kulat

Jika medium tanaman atau tanah anda diserang kulat, Pencegahan paling mudah adalah dengan menggunakan serbuk kayu manis. Taburkan pada bahagian yang kelihatan menjadi habitat kulat. Ia mampu membunuhnya.

Rupanya Kulit Kayu Manis Mampu Lindungi Benih Dari Penyakit & Mempercepatkan Pemulihan Tanaman

3. Lindungi benih dari penyakit

IKLAN

Kebolehan anti-kulat yang diberikan oleh kayu manis menjadikannya sebagai bahan terbaik untuk melindungi biji benih dari rosak dan mereput. Sebelum semai, pastikan anda gaulkan sedikit serbuk kayu manis bersama biji benih di dalam bekas.

4. Hormon penggalak akar

Selain belacan, bahan dapur lain yang berupaya menjadi hormon penggalak akar adalah serbuk kayu manis. Selepas kenal pasti keratan batang yang sesuai, celupkan hujung keratan ke dalam serbuk kayu manis.

IKLAN

5. Mempercepatkan pemulihan tanaman

Kesan cedara akibat aktiviti seperti penyelenggaraan yang salah atau sebagainya akan mendedahkan tanaman kepada pelbagai ancaman penyakit. Oleh itu luka atau kecederaan tersebut harus dipulihkan dengan kadar segera. Terapi terbaik dan mudah adalah dengan menggunakan serbuk kayu manis. Taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis pada bahagian yang luka. Ia mampu mempercepatkan kadar baikpulih tanaman yang cedera dan secara tidak langsung terhindar dari sebarang ancaman penyakit.

6. Elak kehadiran nyamuk di kebun/laman

Cuba taburkan sedikit serbuk kayu manis di sekitar tanaman anda. Aromanya yang kuat tidak digemari oleh serangga terutamanya nyamuk. Oleh itu, anda boleh menikmati keindahan malam sambil bersantai di laman dengan tenang.

Kredit:petua segala petua

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI