Wah, memang respek betul dengan Khairul Aming! Bukan je berjaya dalam bisnes, tapi siap jaga kebajikan staf lagi. Bayangkan, tak semua majikan sanggup keluarkan kos besar untuk hargai pekerja macam tu. Memang inspirasi!
Baru-baru ni, Khairul Aming ada kongsi kos perbelanjaan bawa staf dia pergi bercuti, dan perkongsian tu memang tarik perhatian ramai.
Menerusi video di kongsi milik Tiktok Khairul Aming telah menjawab satu soalan yang ditanya oleh pengikutnya.
NETIZEN TANYA JUMLAH SPEND BAWA STAFF BERCUTI
Individu itu bertanyakan berapakah jumlah yang dihabiskan untuk percutian bersama stafnya. Khairul Aming kemudian menjawab terdapat dua kos yang terlibat.
Pertama, kos untuk membawa staf bercuti termasuklah penginapan hotel, makanan, aktiviti, pengangkutan dan duit poket. Ia dianggar sekitar RM200,000 hingga RM300,000.
Malah, dia juga perlu menanggung kos kerugian produksi apabila kilangnya ditutup selama lima hari iaitu sekitar RM700,000 hingga RM750,000.
Setelah digabungkan, jumlah keseluruhan kos yang terlibat adalah hampir RM1 juta.
“Saya dah dedicate every year nak celebratekan staf,” katanya.
Tambahnya, dia akan cuba melakukan perkara ini setiap tahun walaupun kilang perlu ditutup sementara.
NETIZEN LUAH KAGUM
Meninjau di ruangan komen, rata-rata kagum dengan cara pempengaruh ini menghargai pekerjanya. Malah ada yang teringin untuk menjadi kakitangannya.
“Hilang 1juta, nnti dpt lbih lg. Percaya rezeki Allah. Sbb tu ka bjaya, x bkira x kdekut..”
@khairulamingfans_ 🗣️: ‘Berapa banyak spend bawak staff pergi bercuti?” @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet #khairulamingtravel ♬ original sound – Fans KhairulAming
Sumber: Tiktok Khairul Aming