Rupanya Jika Selalu Minta Nasihat Isteri Adalah Petanda Suami Makin Sayang

Share

Pastinya setiap isteri inginkan suami yang menyayanginya sehingga akhir hayat. Sikap suami yang sering memberi kebahagiaan kepada isteri akan membuatkan rumahtangga harmoni.

Namun, ada suami yang sukar untuk melafazkan dengan kata-kata untuk menyatakan kasih sayangnya kepada isterinya. Bagaimanapun, melalui tingkah laku suami, para isteri boleh mengenal pastinya. Berikut tanda yang menunjukkan suami amat mencintai anda.


TANDA SUAMI SAYANG ISTERI

1. Suami biarkan isteri memilih
Ramai tidak perasan tanda yang ini, iaitu salah satu tanda suami sayang isteri yang paling penting. Jika memilih corak dan
warna langsir, suami akan minta isteri pilih dan buat keputusan. Jika ingin beli peti sejuk baru, suami juga akan serahkan pada isteri.

2. Suami ringan tulang, rajin bantu isteri
Namun saya perasan, pada masa-masa yang terhad di rumah inilah dia akan cuba membantu saya mengemas rumah, basuh
tandas, basuh baju (masukkan kain dalam mesin sahaja tapi tetap bermakna), jaga anak dan lain-lain. Dia akan lakukan semua kerja yang biasa saya lakukan tanpa disuruh oleh saya. Walaupun suami jarang mengucapkan ucapan cintanya pada saya tetapi saya tahu pertolongan ikhlasnya itu sebenarnya salah satu cara untuk dia menunjukkan yang dia ambil berat
tentang saya.

3. Suami meminta nasihat dari isteri
Apabila suami anda meminta pendapat atau nasihat dari anda, itu bukan sahaja menunjukkan perasaannya kepada anda tetapi dia juga mahu anda tahu yang dia percayakan anda dan perlukan bimbingan anda.

4. Suami pegang tangan isteri
Inilah tanda suami sayang isteri, yang tidak perlu disorokkan. Tidak kira di tempat awam atau anda berdua berada di rumah, apabila suami memegang tangan anda, dia sebenarnya sedang mengucapkan ‘saya sayang kamu‘. Percaya atau tidak, pegangan tangan adalah ungkapan paling mudah untuk cinta sejati. Ia adalah sentuhan fizikal tanpa ada rangsangan hubungan intim dan cara paling mudah si suami menunjukkan perasaan hatinya.

5. Suami shopping untuk isteri
Samada dia membeli-belah bersama dengan anda atau dia membeli sesuatu untuk anda semasa di dalam perjalanan pulang ke rumah. Jika suami anda bersedia untuk shopping till he drop, ketahuilah itu antara tanda yang dia benar menyayangi anda.

6. Sudi menjadi pendengar setia
Terangguk-angguk bila isteri bercerita tentang perkara seharian. Tambahan lagi jika ada gosip hangat di pejabat, yang panas seperti baru keluar oven. Walaupun telefon bimbit masih di tangan, suami masih lagi mendengar tanpa mencelah.

7. Senyuman manis suami
Masih ingat lagi senyuman pertama saat pertama kali anda dan suami bertemu? Bagaimana senyuman itu memberi impak besar di dalam hidup anda. Impak senyuman sama seperti pegangan tangan. Senyuman yang ikhlas mempunyai kuasa
melembutkan hati seseorang. Kenang kembali saat-saat manis berdua bersama. Setiap kali dia senyum kepada anda, sebenarnya dia sedang menyatakan ‘saya sayangkan kamu’ tanpa kamu sedar.

8. Apabila suami ikhlas dalam memberi
Sesuatu itu mungkin dari bentuk hadiah, pujian atau pun pandangan yang penuh dengan kasih sayang. Apabila suami anda mengambil masa untuk memberi sesuatu untuk anda, itu adalah isyarat yang menunjukkan hanya anda di fikirannya. Hadiah tersebut mungkin kesukaan anda dan mungkin juga tidak. Kata-kata sayang tidak perlu dilafazkan melalui kata-kata. Pandang tepat ke mata suami anda dan selami hatinya. Anda akan dapat jawapannya di situ

Sumber: Kelab Wanita Ibu Isteri Malaysia