Tahukah anda bahawa suami ini jika isteri pandai ambil hati dan beri layanan tip top mesti cairkan!

Bukan itu sahaja, jika isteri manja sikit dan suka belainya, tentu ada hadiah surprised buat isteri (ikut kemampuan ye).

 

Ikuti perkongsian Taufiq Razif tentang rahsia besar buat encik suami. Jom kita lihat perkongsian ini.

 

Ramai isteri tak tahu rahsia terbesar suami sendiri

 

  1. Suami ni sebenarnya tak pernah membesar. Yang membesar cuma ego dan rasa tanggungjawab je. Suami masih seorang anak ummi, anak mama dan anak ibunya. Sebab tu mereka ni wajib taat ibunya sampai ke mati.

 

  1. Suami masih perlukan pelukan kasih sayang dan masih perlukan belaian. Tak percaya cuba la belai rambut suami masa dia tengah nak tidur, keesokannya dia akan manja lain macam dengan isterinya sendiri. Silap-silap gelang emas menanti.

 

Ads
  1. Suami perlukan ruang peribadi untuk si isterinya hormati. Pernah dengar istilah Man cave? Haa, lelaki ni memang secara psikologi perlukan ‘gua’ peribadi mereka sendiri walaupun dah berkahwin dan beranak pinak sekalipun. Dalam tu la biasanya mereka bertenang, menyusun strategi baru, dan melarikan diri daripada tekanan persekitaran dan emosi buat seketika.

 

 InsyaAllah kalau isteri boleh hadam dan faham rahsia suami masing-masing ni, senang la nak handle dan faham cara nak ceriakan kembali suasana rumahtangga yang mungkin dah pudar ditelan waktu dan kesibukan kerja.

 p/s : Cuba la tag suami korang tapi percaya la tak ramai sanggup nak mengaku. Hilang la macho kan..Amal tips saya bagi malam ni terus ye. Sambil belai ubun-ubun dan rambut suami masa tengah tidur tu bisik la kata-kata ni ” Abang, gelang omeh satu ye besok “. Kalau suami korang angguk kecil, rezeki raya korang la tu. Cuba tau!

 

Sumber: Taufiq Razif

Ads

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN 

Ads

 

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz

 

Rupanya Jika Belai Rambut Suami Buat Makin Sayang. Rahsia Besar Yang Isteri Kena Tahu!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI