Rupanya Ini Tip Masak Nasi Sihat Tanpa Kanji, Murah & Mudah Nak Disediakan. Wanita Ni Kongsikan Caranya

Share

Nasi adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Ada yang menjadikan nasi sebagai sarapan baik dalam bentu nasi lemak atau nasi berlauk mahupun nasi goreng.

Namun tak semua orang boleh makan nasi dalam kuantiti yang banyak, lebih-lebih lagi yang mempunyai penyakit.

Dalam satu laporan artikel terbitan Healthline, beras atau nasi mengandungi kanji yang agak tinggi, terutamanya kalau tak dimasak sempurna.

Gambar hiasan

Setiap 100 gram beras yang belum dimasak mengandungi 63.6 peratus kanji, manakala jumlah kanji ini berkurang kepada 28.7 peratus setelah beras dimasak menjadi nasi.

Justeru, pengambilan makanan berkanji yang tidak terkawal boleh menyebabkan risiko diabetes, penyakit jantung dan kenaikan berat badan. Maka adalah lebih baik jika kita mencegah perkara ini dari awal.

Saudari Noreez Rahmat menerusi page MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL memuat naik cara masak nasi sihat tanpa kanji yang mudah dan murah untuk disediakan.

Rebus beras dengan air yang banyak

Biarkan mendidih dan separuh masak.

Buang air kanji dan bilas dengan air paip

Toskan nasi dan masak dalam rice cooker tanpa tambah air

Bila dah siap masak, gemburkan nasi.

Sedia untuk dihidang. Mudah je kan? Selamat mencuba!

Sumber: Healthline, Noreez Rahmat via MATJHN