Rupanya Ini Teknik Asas Sukat Tepung Guna Cawan. Barulah Adunan Kek, Biskut Tak Lembik, Keras & Terlebih Tepung!

Share

Hati berkobar-kobar nak buat kek, siap tengok dan ikut langkah demi langkah tapi kek tak juga menjadi. Rupa-rupanya bukan salah bahan tapi cara sukatan juga memainkan peranan.

Sebagai contoh, sukatan guna cawan juga ada caranya. Jom baca perkongsian oleh puan Yatie Eimra ni.

Tip Tepung #1 : Cawan Penyukat Standard vs Cawan Minuman (cawan teh/kopi)

Ramai yang konfius kan bab sukat tepung guna cawan.. Kebanyakkan orang fikir, tak kisah guna cawan yang mana (samada cawan penyukat standard atau cawan teh/kopi) & tak jejaskan resipi asalkan sukat tepung & cecair guna cawan yang sama.

Sebenarnya ia hanya betul kalau resipi tu takde telur. Kita boleh guna apape jenis cawan pun asalkan sukat tepung & cecair gunakan cawan yang sama.

TAPI kalau resipi yang ada telur, selalunya hasil akhir akan efek gak sikit sebab sukatan cawan tu berbeza..

Contohnya resipi gunakan –

1 biji telur B (lebih kurang 50gm)
2 cawan tepung
½ cawan air

… (bahan lain)

👉Cawan penyukat standard = 125gm tepung.

👉Cawan teh/kopi = 80gm-100gm tepung jer

⚠So, kalau resipi asal tu gunakan cawan penyukat standard, total berat tepung sepatutnya = 250gm, bagi sebiji telur.

⚠Tapi kalau kita pakai cawan teh/kopi, total berat tepung = 160gm-200gm jer bagi sebiji telur. Nampak tak, dah kurang 50gm kat situ.. Walaupun betul sukatan air yang kita gunakan (tetap disukat setengah cawan & gunakan cawan yang sama).

⚠Dengan berat telur yang sama, tapi bila kita guna cawan berbeza, berat tepung tak cukup, sikit sebanyak efek la gak resipi tu..

⚠Camtu gak kalau resipi asal guna cawan teh/kopi tapi kita gunakan cawan penyukat standard.. Resipi kita tu akan jadi “terlebih tepung” untuk resipi yang sama.. Bagi penggemar resipi Azlina Ina, selalunya korang yang guna cawan penyukat standard, akan alami masalah terlebih tepung ni.. 😆

🌟Walaupun macam tu, ada pengecualian gak.. Kalau resipi tulis telur pun perlu disukat gunakan cawan, maknanya korang boleh guna apape jenis cawan/mangkuk hatta guna periuk sekali pun untuk sukat setiap bahan 😆 Sebab tu perasan tak, resipi mak kita dulu² (terutamanya resipi kek) bukan setakat tepung & air, tapi telur pun kena sukat dengan cawan.. So hasil akhir nanti takkan lari jauh walaupun cik kiah guna cawan kopi, cik bedah guna mug besi.. Bezanya lagi besar cawan diguna, lagi banyak la adunannya..


P/s: Sukatan tepung gunakan cawan penyukat standard = 125gm. Tapi KEBIASAANNYA sukatan tepung ni berbeza 5-10gm (1-1½ sudu besar) bila kita timbang sendiri. Ni bergantung pada keadaan kelembapan tepung, cara sukat lak..

Boleh gak tengok post lame untuk tip sukatan cawan standard & cawan minuman kat sini👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2910367808991450&id=100000547782708

#tiptepung
#sukattepung
#cawanpenyukatvscawanminuman
#yatieimra