Peti sejuk atau juga peti ais ibarat peti harta karun yang menempatkan segala macam termasuklah makanan yang sudah di masak, makanan mentah, minuman, buah-buahan, sayuran.
Tidak ketinggalan barangan basah seperti ikan, daging, ayam dan sebagainya.
Mungkin ada antara ibu-ibu yang bosan melihat peti sejuk nampak ‘togel’ tidak berbalut. Jadi bagi yang kreatif mereka menampal kertas dinding atau wallpaper untuk menampakkan ia lebih menarik.
Ads
Wallpaper ditampal pada dinding untuk mencantikkan dinding. Apabila siap dipasang, wallpaper dapat memberi impak atau tekstur yang berlainan daripada cat. Tetapi jika ditampal pada barangan elektrik, ia boleh mengundang bahaya . Nah baca perkongsian ini sebelum anda mencantikkan peti sejuk di rumah.
Ads
USAH PASANG KERTAS DINDING PADA PERALATAN ELEKTRIK. Pemasangan kertas dinding (wallpaper) boleh menjadikan ruang pada sesebuah rumah itu kelihatan cantik dan menarik. Namun, usah sesekali menampal bahan mudah terbakar itu pada peralatan elektrik.
Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.
Ads
Tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
Perkongsian dari Rudiana Rashidbagaimana DIY sofa lama menjadi seperti baru dibeli. Caranya cukup mudah dan paling penting menjimatkan kerana tak sampai RM400.
“Bile mem besar umah tak bagi membazir tukar perabot baru, Mata dh sakit tengok corak bunga2 yg serabut tu… sel otak mula berhubung.
“Kos hanya Tak sampai rm400… Kain yg tebal tu beli kamdar dlm rm10 semeter (jln2 kamdar terkejut tgk harga terus beli) total utk kerusi 3+2+1 =13meter, cat tu dlm rm50, span 2keping je beli dkt kedai buat kusyen kereta rm35 sekeping, stapler heavy duty tu beli kt Mr.diy, yg lain2 tu alat yg biasa Kita guna dh..
“Yang penting tu kena tempah butang balut tu…. moga dapat membantu bagi yang ingin reupholstery sofa….
“Rumah Ni rumah kampung je Ni dekat bahagian dapur… Sebab tetamu memang akan ingat pintu dapur adalah pintu rumah.. Kita deko ruang tepi dapur jadi ruang tamu….. ???
Tiada kejayaan yang datang bergolek di depan mata andai tidak disusuli dengan usaha gigih. Bagi pasangan ini, kehidupan mereka mula berubah bila mana suami yang sihat tiba-tiba jatuh sakit.
Menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada pemberian sumbangan baitumal dalam menyara lima anak. Enggan duduk menanti bantuan, isterinya yang bernama Titin mengambil keputusan untuk bekerja dengan menjual susu.
Kisah pasangan Titin dan Syafizan ini dimuatnaik oleh Azmi Zainal menerusi laman facebooknya. Menurut Azmi, kisah ini dikongsikan oleh Sakinah Lee yang membantu pasangan ini sehingga berjaya.
Kesusahan membuatkan pasangan ini bangkit dan berjaya. Cukup berinspirasi kisah ini.
Hilang punca pendapatan
Titin dan syafizan mengharungi cabaran kehidupan apabila syafizan seorang usahawan oil & gas tiba2 jatuh sakit dan hilang upaya setahun yang lepas. Kehidupan keluarga ini bertukar 180 darjah. Suaminya perlukan rawatan dan bekalan susu khusus melalui tiub… mereka hilang punca pendapatan.
Mereka hanya bergantung dari pemberian keluarga dan juga baitul mal untuk menyara anak seramai 5 orang. bagi keluarga ini duit bantuan baitul mal itu ibarat macam mendapat seketul emas setiap bulan. Titin tidak boleh bekerja kerana syafizan harus di bantu untuk bergerak.
Tak punya modal
Sakinah di pertemukan dengan pasangan ini apabila ada sahabat mohon sumbangan untuk mereka. Bermula dari situ lah juga Titin di latih oleh sakinah menjadi HD. Titin dan syafizan tak punya modal… sakinah buat event bersama mereka d sekolah2 dan keuntungannya dijadikan modal buat Titin. Syafizan tidak mahu tewas… di dalam kesukaran itu beliau tetap berdegil untuk turun berjualan bersama.
Anak2 ini sedar kesusahan ibu bapa mereka, anak2 ini tidak meminta malah anak2 ini juga turut sama membantu dengan menjual d sekolah pada rakan2 dan untungnya dijadikan duit belanja sekolah mereka. “Cik hari ni kita makan kenduri cik”… itulah kata2 anak2 ini pada sakinah bila ibu mereka membelikan mereka nasi goreng pattaya sekembalinya dari berniaga. Bagi anak2 ini nasi goreng pattaya itu begitu enak ibarat makan kenduri.
Bangkit semula
Kini jualan titin dan syafizan telah meningkat. Dalam kesusahan itu mereka boleh jual 1 pallet susu uht seminggu. bulan ini sahaja beliau boleh dapat untung kasar hampir RM 2000 ringgit. Jadikan lah cabaran Titin dan syafizan ini sebagai pendorong kita untuk belajar erti kehidupan, cabaran, ketahanan, kesetiaan, semangat untuk bangkit semula. Titin punya sejuta alasan untuk gagal, syafizan juga begitu…tetapi mereka sedar… alasan tidak dapat membantu mereka.?sakinah ?Titin… SELAMAT HARI WANITA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Untuk minum petang hari ini, apa kata ibu-ibu buat resipi Rojak Mee ini. Caranya cukup mudah dan bahan yang digunakan pun tak banyak. Pasti anak-anak dan suami kenyang hingga ke malam. resipi ini dikongsikan oleh puan SuiSan Aliezsha.
“ROJAK MEE”..sy share resepi rojak mee yg biasa sy buat,hasil tunjuk ajar arwah mak sy dulu..bila² nk mkn buat je sendiri,jarang dh membeli klu bnd yg boleh dibuat..arwah mk dlu niaga sekitar umo sy 8@9thn,mcm² menu mak jual..dr situla hobi masak sy bermula.
Resipi Rojak Mee
Untuk bahan² hiasan..
1. Tahu putih (goreng potong²)
2. Kentang rebus sebijik² bg empuk (toskn potong)
3. Telur rebus
4.taugeh,lada besar,timun..
5. Mee kuning
Untuk kuah
1. 1 paket biskut marie patah² kan (sy guna cap ping pong)
2. Kentang rebus 3@bijik ( Blend)
3. Cili kering, udg kering & bwg putih 3 ulas (blend)
4. 2 sudu besar tepung jagung
Tumis sedikit myk,masukkn bhn blend masak sehingga naik myk,masukkn air,selepas mendidih masukkn kentang yg dblend,masukkn biskut marie,kacau sehingga biskut hancur,masukkn tpg jagung pastikn gula garam secukup rasa..
Untuk kuih rojak..
1. Tepung gandum 2 senduk
2. 2 sudu besar yis
3. Daun kucai (xda pon xpe)
Satukn tepung,yis,secubit garam bancuh jgn trlalu cair,masukkn kucai,perap dlm bbpe minit kemudian goreng, sy goreng menggunakan hujung sudip utk dptkn kuih rojak yg pjg²..nk goreng cara apa pon xkisah..
selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...