Penyediaan makanan yang selamat merupakan satu perkara yang amat penting untuk mengelakkan penyakit bawaan makanan terutamanya keracunan makanan.
Salah satu amalkan yang mesti dilakukan untuk mengelak berlaku keracunan makanan adalah basuh tangan anda sebelum dan selepas menyediakan makanan, basuh tangan anda selepas keluar dari tanda, cuci peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan dengan bersih dan lindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain.
Sebagaimana yang dipaparkan melalui perkongsian ini memberi panduan bagaimana papan pemotong makanan perlu dipastikan bersih untuk mengelak sebarang pencemaran.
Untuk pengetahuan anda, daging atau ayam mentah boleh meninggalkan bakteria salmonella dan campylobacter pada papan pemotong dan boleh menyebabkan keracunan makanan.
Bayangkan jika anda menggunakan papan yang sama untuk memotong murtabak yang dibeli di pasar malam atau mengupas buah epal.
Bakteria penyebab keracunan makanan ini boleh berpindah ke makanan yang sedia dimakan dan mencemarkannya dengan lebih mudah.
Sebab itu penting ada papan pemotong yang berbeza untuk bahan yang berlainan.
Merah- Untuk daging, ayam mentah
Hijau- Sayur sayuran
Biru- bahan kering lain
Putih- untuk roti, kek
.
Semoga penyediaan makanan kita lebih terjamin bersih dan selamat untuk ahli keluarga.
Kredit: Public Health Malaysia