Cuti sekolah ni pastinya ibu ayah tidak akan melepaskan peluang untuk membawa anak-anak bercuti. Tentunya percutian yanga ada kolam atau taman tema. Kebiasaannya, anak-anak akan bermain air dalam tempoh yang lama ekoran teruja dengan percutian yang dinantikan sekian lama.

Namun, disebalik keseronokkan itu, ibu bapa kena pastikan anak mandi dalam kolam dalam keadaan terkawal supaya tidak berlaku beberapa risiko kesihatan kepada anak-anak. Perkongsian Doktor di laman facebooknya DrEzairyM.Sallih  sungguh bermanfaat supaya ibu bapa dapat mengenal pasti masalah kesihatan anak-anak terutama setelah balik daripada bercuti.

_____________________________________________________________________

BAHAYA BIARKAN ANAK MANDI KOLAM

Rupanya Ini Risiko Bila Anak Mandi Kolam. Doktor Ini Jelaskan Bahaya Yang Bakal Terjadi

Tentu kita selalu membawa anak-anak kita ke tempat seperti pantai, kolam renang, taman tema air dan sebagainya.

Ads

Tahukah anda beberapa risiko yang perlu diketahui.

Mari kita lihat 5 bahaya ini kepada anak-anak kecil.

1. Mudah berlaku jangkitan melalui air tercemar. Apabila anak kita tanpa disedari tertelan air di kawasan tersebut, jangkitan yang berlaku akan menyebabkan berlaku masalah seperti cirit-birit.

2. Apabila ada pesakit mengalami masalah flu dengan gejala seperti bersin dan batuk ketika di dalam air, jangkitan boleh juga berlaku kepada anak kita yang kemudiannya akan mengalami masalah sama. Biasa kan alami situasi seperti ini sebaik sahaja anak kita pulang daripada mandi di laut atau kolam?

Ads

3. Mudah alami masalah sinus. Terutama jika anak kita memang ada masalah kerap selsema dan tersumbat hidung. Air yang tersedut ke dalam hidung dalam kuantiti banyak akan menyebabkan kotoran juga masuk ke rongga hidung dan sinus. Jangkitan boleh berlaku.

4. Jangkitan pada telinga mudah berlaku. Jangkitan boleh berlaku akibat masalah daripada hidung dan tekak. Ini disebabkan kawasan telinga tengah yang bersambung dengan belakang hidung. Jangkitan pada salur telinga luar juga boleh berlaku. Otitis externa dan media berisiko untuk berlaku.

5. Kurang pendengaran. Air yang terkumpul di dalam salur telinga boleh mengakibatkan anak mengadu kurang dengar. Ini kebiasaannya hanya sementara, akan bertambah baik selepas beberapa hari. Namun, jika tidak bertambah baik, perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.

Rupanya Ini Risiko Bila Anak Mandi Kolam. Doktor Ini Jelaskan Bahaya Yang Bakal Terjadi

Ads

Rujuk gambar : pengumpulan air pada telinga boleh mengakibatkan jangkitan otitis externa berlaku pada salur telinga.

Mari #kongsi info ini kepada orang yang kita sayang. Moga bermanfaat.

Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI