Masakan berasaskan ikan siakap antara menu yang digemari ramai. Biasanya dihidangkan ketika panas-panas memang menyelerakan. Bagi yang masih belum mempunyai idea untuk masakan tenghari ini. Apa kata cuba resipi ini. Masakan Ikan Siakap Ala Thai. Rahsia hidang ini lebih sedap adalah kuahnya.
Selanjutnya ikuti perkongsian resipi ini.
Kita baru nak makan haaa, pagi tadi suami pesan “Selagi saya tak jumpa serai, awak jangan cuba2 masak ikan steam tau, tunggu saya.” Kita pun tunggu sampai la dh jumpe serai td lalu kita pun masak. Happy ending.
Resepi Ikan Siakap Stim ala Thai
Bahan yg diperlukan:
Seekor ikan siakap
2 biji limau nipis
1 batang serai
5 hirisan halia
3 tangkai cili kecik merah
3 tangkai cili kecik hijau
5 ulas bawang putih
1 batang daun ketumbar
Setengah kiub pati ayam
Sos ikan
Cara kukus ikan:
Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan nya. Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan
Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
Cara masak kuah stim ala Thai:
Cincang bawang putih secara kasar. Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim.
Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
Langkah terakhir:
Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap.
Dan taburkan hirisan daun kertumbar. Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.
Sedia dihidang! Selamat mencuba!
Kredit: Zurina Zulkefli