Bagi wanita yang bekerjaya, tentu tidak mempunyai masa untuk memasak resipi yang sukar penyediannya. Maklumlah kesuntukan masa untuk memasak. Balik rumah pula dah hampir malam. Bukan tidak mampu untuk membeli masakan di luar tapi lebih suka memasak sendiri untuk ahli keluarga adalah suatu kepuasan buat dirinya.
Jom lihat resipi ringkas ayam masak kicap ini. Ringkas tapi sedap. Rahsia penyedap resipi ini apabila terdapat campuran sos tiram dan daun kari. Kebiasaan resipi ini hanya menggunakan kicap sahaja. Inilah rahsia penyedap masakan ini.
Anak-anak dan suami pasti suka! Bahan-bahan nak buat pun mudah. Malah resipi ini pernah viral sehingga 83K share. Memang jadi perhatian ramai!
Bahan:
Bawang besar
Bawang putih
cili api
daun kari
sedikit halia
Sos tiram
Kicap
Cara penyediaan rujuk gambar.
Mudah aje kan. Bahan-bahan pun tak banyak nak guna. Jom buat untuk hidangan seisi keluarga.
Kredit: Norhafizan Ezan Sulaiman
Resipi Mi Goreng Merico Stail Orang Jawa, Cukup Popular Makan Dengan Nasi Ambeng. Simple Tapi Sedap!
Siapa yang suka Nasi Ambeng pasti tahu di dalamnya ada terisi mi goreng yang dimakan bersama-sama nasi dan lauk.
Rupanya mi goreng ini ada nama khas yang dipanggil Mi Goreng Merico. Puan Azlina Ina Fans berkongsi cara membuat mi goreng yang cukup mudah tapi sedap. Menggamit nostalgia air tangan arwah ibunya.Asalamualaikum anak2 mak..Dulu masa kat kg kalau hujan kalau xde apa2 kat rumah arwah mak suke goreng kan arwah abah mee simple gini.
Kalau org jawa kite panggil mee merico dan kalau kenduri ade nasi ambeng je mee ni famous kat kampung mak tau.Sedap die makan kosong pn sedap sgt.Jom mak ajar mee goreng stail org jawa.
Mee Goreng Merico(lada hitam)
Bahan-bahan
Bawang besar 1 labu sederhana besar
Cili besar 3 tengkai hiris serong
5 tangkai cili padi hiris juga
3 ulas bawang putih hiris juga
3 sb lada hitam tumbuk kasar( tp mak xde stok jd guna yg dah sedia serbuk😂kureng la rasa kaw die
Bahan-bahan lain tambahan je kalau tak ada pun tak apa. Dulu arwah mak letak udang kering je
Ayam dada dadu
Fishcake potong dadu
Telur 2 biji
Sawi
Taugeh
Tomato belah
Cara membuat:
Panas kan minyak. Tumis kan bahan-bahan yang dihiris kecuali lada hitam
Dah layu masuk kan ayam dan fishcake. Apabila ayam dan fishcake dah masak ketepikan semua pecah kan telur kacau2 kan.
Masukkan mee yang dah direndam dgn air suam dan lada hitam gaul rata.
Tambahkan 2 sudu besar gula dan kacau rata. Tambah kan 7-8 sb sos cili. Gaul kan
Tambah kan kicap kipas udang dan sedikit air.
Biarkan kejap semua bahan tu serap sebati dgn mee baru tambah garam sket dan perasa.
Last tu tambah kan sayur gaul2 kan dan yeayy siap🥳🥳🥳🥳makan mcm tu pn sedap nak makan dgn nasi pn sedap sebenarnya.
Selamat mencuba anak2 mak eh.kalau sedap cuba bekali kali kalau xkene tekak cuba sekali je la hehe sedap ni ikut tekak korg masing2 eh.Citarasa individu lain2.cuma nostalgia arwah mak buat org dulu2 masak campak2 mmg sedap😋
ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Laksa Mee Pangkor Original, Ini Resipi Macam Mana Nak Masak
Bagi warga negeri Perak, laksa mee Pangkor merupakan hidangan yang cukup popular terutama di Pangkor, Lumut, Pantai Remis dan sekitarnya. Kalau di tempat lain mungkin agak susah kita nak jumpa laksa mee Pangkor.
Bagi orang Perak yang rindu nak makan laksa mee Pangkor, jom kita masak laksa mee Pangkor mengikut resipi yang dikongsikan oleh Chef Sue M Arukin ini. Memang puas hati bila masak sendiri. Nak tunggu balik kampung lambat lagi jadi kita buat sendiri, boleh makan ulang-ulang.
Laksa Mee Pangkor Original
RESIPI LAKSA MEE PANGKOR
BAHAN-BAHAN A:
2 ikat laksa mee Pangkor*
BAHAN-BAHAN B (Kuah):
10-12 ekor ikan kembung/termenung – saiz sederhana
3 keping asam gelugur
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya (sekitar 1.5 liter)
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
BAHAN-BAHAN C (Sambal):
500 gram udang saiz sederhana- bersihkan
10-15 tangkai cili kering – rebus & kisar
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
1/2 inci belacan
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN D (Sayur):
200gram kacang panjang – hiris kecil (refer gambar)
3 ulas bawang putih -ketuk & cincang kasar
Garam secukup rasa
Ini Resipi Macam Mana Nak Masak
CARA MEMBUAT:
1. Celur laksa mee macam celur laksa atau mi kemudian toskan.
2. Untuk kuah; rebus semua bahan B hingga ikan empuk. Perisikan ikan (kisar tulang ikan dan tapis, ambil airnya). Isi ikan boleh dikisar halus atau kisar kasar. Boleh juga biarkan ikan rebus seeekor begitu. Tuang air rebusan ikan, air kisaran tulang ikan dan isi ikan kembali ke dalam periuk. Didihkan hingga menggelegak. Tambah garam secukupnya dan sedikit gula (untuk balancekan rasa). Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak dalam kuali, goreng bawang merah dan putih hingga perang (jangan sampai terlalu garing), kemudian tuang semuanya dalam kuali sup ikan tadi. Tutup api, tabur cincangan daun sup dan daun bawang.
3. Untuk sambal; panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali. Goreng bawang merah hingga perang. Masukkan cili kisar lalu tumis hingga masak. Masukkan bawang putih (bawang putih akan hancur sendiri), asam gelugur dan udang. Tumis hingga semua bahan masak sempurna. Tambah garam dan gula secukup rasa.
4. Untuk sayur: panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, goreng hingga wangi. Masukkan kacang panjang dan garam secukupnya. Kacau sebentar dan tutup api. Tak perlu tumis lama kerana kita nakkan kacang itu masih ada rasa rangup.
5. Untuk menghidang; letak sedikit laksa mee dalam mangkuk. Tuang kuah berserta isi ikan, sayur kacang dan sambal udang. Nikmati ketika kuah masih panas.
Sumber kredit: Sue M Arukin
Ketahui 5 Petua Nak Pastikan Jantung Pisang Kekal Putih Warnanya.
Melayan selera selepas puas menjamah rendang sepanjang berhari raya tentunya terbuka selera dengan juadah ala kampung.
Membayangkan betapa enaknya menikmati hidangan makan tengah hari bersama lauk pauk kegemaran dan dilengkapkan pula dengan ulam jantung pisang dan sambal belacan, memang terbaik!
Bahkan bila hidangan ini dijamah, pasti bukan sepinggan nasi dimakan akan tetapi akan makan bertambah. Begitulah jika ingin digambarkan akan keenakan dan kelazatan menikmati hidangan bersama ulam jantung pisang ini buat penggemarnya.
Pun begitu, tidak semua antara kita ‘pakar’ menyediakan ulam jantung pisang agar terlihat putih bersih warnanya. Apa yang sering terjadi, ulam yang direbus sering menjadi lebam dan sekali gus menjadikan ulam jantung pisang ini kurang menarik.
Nak tahu apa rahsianya untuk menjadikan jantung pisang yang direbus nampak cantik, sebenarnya ada petuanya. Nak tahu lebih lanjut, jom praktik 5 kaedah mudah ini sebagai mana yang diamalkan oleh orang dulu-dulu.
[su_highlight background=”#dacfd5″ color=”#d01313″]Petua Untuk Pastikan Jantung Pisang Tidak Mudah Lebam[/su_highlight]
- Minyak masak
Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk semasa ingin merebus jantung pisang tersebut.
- Jangan dibelah dua
Pastikan kulit jantung pisang telah dibuang hingga beberapa lapisan dan kemudian masukkan terus ke dalam air rebusan yang mendidih. Jantung pisang jangan dipotong dan setelah masak barulah di potong dua atau empat.
- Limau
Semasa merebus jantung pisang tersebut boleh juga diperahkan limau ke dalamnya.
- Garam
Memasukan garam ke dalam air rebusan jantung pisang juga antara cara yang berkesan untuk memastikan jantung pisang tidak menjadi lebam selepas direbus.
- Asam Keping
Penggunaan asam keping juga dikatakan dapat menjadikan jantung pisang yang direbus kekal berwarna putih. Caranya cukup mudah hanya masukkan sekeping ke dalam periuk rebusan dan masaklah seperti biasa.
[su_highlight background=”#abb3a5″ color=”#d01313″]Khasiat Jantung Pisang [/su_highlight]
- Atasi masalah sembelit- seperti pisang, jantung pisang juga kaya dengan serat bagi membantu melancarkan pencernaan. Kandungan serat dalam jantung pisang juga akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
- Atasi anemia- Bagi yang mengalami anemia, amalkan makan jantung pisang untuk menambah darah dalam badan . Ini kerana jantung pisang kaya dengan zat besi yang merupakan mineral utama untuk membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
- Menyihatkan rahim- Selain tinggi kandungan serat, jantung pisang juga kaya dengan mineral, kalsium, dan zat besi bagi mencegah jangkitan pada rahim serta dapat memperkuatkan dinding rahim.
- Menurunkan berat badan- ia mampu melancarkan pencernaan dan sekali gus akan menurunkan berat badan. Bagi yang sedang berdiet disarankan untuk mengambil jantung pisang sebagai salah satu menu diet harian.