Kepada yang suka masakan tradisional Melayu tentu sanggup mencari restoran tradisional walaupun lokasinya jauh.
Antara menu kegemaran ramai mestilah ikan keli. Malah ikan keli antara masakan popular di Negeri Sembilan iaitu salai, masak lemak cili api, goreng berlado dan banyak lagi.
Ada juga antara kita suka memasak sendiri di rumah. Tapi masalah ada yang masak ikan keli bila goreng melekat dikuali dan tak cantik hasil gorengnya.
Tapi tak perlu risau, sebenarnya ada petua nak buat goreng ikan kegemaran ramai ni jadi sempurna macam kat kedai.
Menerusi perkongsian ini, wanita ini berkongsi petua nak mengelakkan ikan keli meletup semasa menggoreng dan tidak melekat di kuali.
Menurutnya menggunakan tepung dan membuat banyak hirisan pada badan ikan. Cara ini membantu air pada ikan cepat kering. Dengan petua ini tidak mudah meletup dan ikan tidak lekat di kuali. Resipi nak masak berlado ikut resipi sendiri.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Bukan nak tunjuk masakan apa yang tak jadi hari ini. Tapi nak bagi petua untuk masak biar jadi. Ramai dah tahu tapi ada juga yang tak tahu.
Ini cara goreng ikan keli bagi cantik tak meletup atau melekat.
Cara penyediaan rujuk gambar.
Bagusnya petua ni, ikan keli goreng sambal pun nampak cantik. Selamat mencuba!
Kredit:Ala Alaniyah
Senang Je Rupanya Buat Laksam Ni! Menu Simple Untuk Makan Tengahari Di Rumah
Bila sebut tentang makanan pantai timur ini pastinya sudah sinonim dengan keunikan dan kepelbagaiannya.
Laksam antara makanan yang berasal daripada negeri Kelantan ini sangatlah diminati oleh seluruh masyarakat Malaysia.
Tapi, jangan risau para ibu yang gemar makanan ini bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Izan Normarizan.
Laksam Kelantan
Bahan Mee Laksam:
- 1 pek tepung beras (cap gajah sekor/ teratai)
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar tepung ubi kayu
- 11 cawan air (5 cawan air panas, 6 cawan air biasa)/1 cawan lebih kurang 100 ml air
- 1 sudu kecil garam
- Cawan yang saya guna macam dalam gambar
Bahan Kuah Laksam:
- 1 kg ikan sardin(rebus dengan asam keping dan garam,kemudian ambil isinya saja )
sebijik kelapa parut (perah dan ambil santannya) - 1 sudu kecil lada hitam atau boleh kurangkan kepada separuh sudu jika tak tahan pedas (ditumbuk halus)
- Garam
- Gula
- Bawang merah dalam 5 ulas (blender sehingga hancur)
- Halia 1 inci
- Asam keping 1 keping
Cara-Cara:
– Campur semua bahan, kacau rata. Kukus laksam dalam periuk pengukus.
– Sukatan berapa senduk untuk sebatang laksam bergantung pada bekas/talam yang diguna, kukus selama 3-4 minit untuk sebatang laksam.
– Isi ikan saya blender bersama-sama dengan bawang merah dan halia sebab nak jimat masa. Blender asing pon boleh.
– Campur semua bahan, kacau dalam periuk.
– Rasa garam dan gula biar secukup rasa, sentiasa kacau supaya kuah cantik. jangan biarkan lama2 mendidih nanti kuah tak cantik.
Sumber: Izan Normarizan
Petua Mudah Rawat Gout, Hanya Guna Tiga Bahan Dari Dapur Sahaja.
Penyakit gout berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.
Asid urik yang berlebihan tidak dibuang akan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Bagi penghidap penyakit Gout pasti cukup kenal dengan dua jenis ubat ni- Allupurinol untuk turunkan paras asid uric manakala Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit.
Bagi anda yang ingin mencuba perubatan tradisional selain pengambilan ubat yang disarankan doktor, admin mahu kongsikan petua mudah yang menggunakan tiga bahan di dapur sahaja. Petua ini dikongsikan oleh Cik Mil Neena di dalam ruangan facebooknya.
Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi
3 hirisan lemon (buang biji dulu nanti pahit)
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan ke dalam dalam slow juice (tanpa perlu tambah air)
2. Jika guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
3. Hasilnya dapat dua gelas jus.
4. Minum 2 kali sehari. satu gelas selepas bangun tidur dan satu gelas sebelum nak tidur.
Tip tambahan:
• Untuk memudahkan kerja, buat banyak dengan menggandakan bahan di atas.
• Kemudian, masukkan ke dalam botol kosong.
• Pastikan guna sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus seimbang.
Nak Rendang Lebih Sedap, Tukang Masak Ini Listkan 10 Jenis
Rendang adalah antara menu wajib yang disediakan di atas meja kala menyambut Hari Raya di bulan Syawal. Masak rendang ni bukan main ‘campak’ je bahan-bahannya. Barangkali ada yang mencuba menu ada yang berjaya dan ada juga tidak mendapat hasil yang menyelerakan.
Sebenarnya untuk memasak rendang kena tahu sukatan yang betul dan beberapa bahan yang digunakan. Begitu juga bila memasak rendang daging kena tahu cara yang betul untuk memastikan daging empuk dan tidak liat.
Rendang juga mempunyai pelbagai jenis sebagaimana perkongsian wanita ini, Ida Shahida namun katanya paling sedap adalah Rendang Ayam / Daging Daun Kunyit.
10 JENIS RENDANG TAPI ADA SATU YANG PALING SEDAP!
INI RESIPI RENDANG PALING SEDAP: RENDANG DAGING/ AYAM DAUN KUNYIT
BAHAN:
Daging 1kg dipotong kecil agak seketul untuk sesuap ketupat.
ATAU
1 ekor ayam sederhana besar
Jangan potong terlalu kecil sebab nanti isi ayam akan hancur.
(Yang bertanda* hendaklah dikisar)
Serai 7batang*
Bawang putih 7*
Bawang merah 10 biji*
Halia 2 inci *
Lengkuas 2 inci *
Biji buah keras 6 biji*
Cili kering kisar sendiri 2 sudu besar */15 biji
Bahan dibawah ini dikisar halus
Biji ketumbar 3 sudu besar*
Jintan manis biji 2 sudu besar*
Jintan putih biji 2 sudu besar*
Lada putih biji 1/2 sudu besar*
lada hitam biji 1/2 sudu besar *
Biji halba 1 sudu besar*
Biji sawi 1 sudu besar
( kalau guna yang serbuk lebihkn sedikit)
Santan kotak 500ml atau 2 biji santan kelapa dibahagi kepada 2( 250ml pekat dan 250ml lagi dijadikan santan cair dengan menambahkan 10-12 cawan air ( santan cair)
Kerisik 3 sudu besar
Garam 2 sudu kecil
Gula 2 sudu besar
1 sudu kecil Ajinomoto
Untuk tumisan
Minyak 1 cawan
Rempah 4 sekawan( kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkeh)
Daun kunyit 6-8 lembar dihiris halus
CARA MEMASAK: Boleh lihat di video.
Letak kuali yang besar atas dapor. Buka api.
Panaskan 1 cawan minyak
Tumis Rempah 4 sekawan( kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkeh). Bagi wangi semerbak
Masukkan semua. bahan bahan kisar. Kacau dan sebatikan semuanya. Terus balik balikkan sampai wangi
Masukkan daging/ ayam dan kacaulah sehingga semuanya sebati dengan ramuan.
Tunggu sehingga daging/ayam mengeluarkan airnya kemudian masukkan santan cair tadi
Masukkan serentak, gula, garam dan ajinomoto. Kacau sentiasa sebab nak elak berkerak dibawah.
Bila kuah dah tinggal 1/4 barulah masukkan santan pekat yang lagi separuh tadi (250ml). Waktu ini anda boleh rasa sikit apa yg kurang boleh tambah ikut selera anda. ( kalau kata daging tak empuk lagi sila tambah air panas 2 cawan lagi dan kacau semula serta tunggu sampai tinggal kuah 1/4 semula.
Pastikan dulu daging empuk atau ayam mudah empuk. Terus kacau sampai daging /ayam masak .ketika ini kuah sudah pekat .anda masukkan kerisik.kacau lg selama 5minit.
Tutup api dapur
Masukkan daun kunyit yang kita potong kecil kecil tadi. Kacau dan balik balikkan. Biar daun kunyit tu masih nampak segar lg dan masih bewarna hijau.
Kini rendang anda dah siap maka boleh pindahkan ke dalam periuk dan tudung. Dah siap dah! Selamat menjamu selera bersama anak-anak.
Sumber: Ida Shahida
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club