Rupanya Ini Rahsia Nak Buat Pokok Mangga Merimbun Buahnya. Guna Minyak Masak Terpakai, Wanita Ni Kongsi Caranya!

Share

Lebatnya buah mangga tu, macam mana jaga ye? Itu antara soalan yang sering ditanya jika anda memiliki pokok mangga yang berbuah lebat.

Sebenarnya ada cara yang boleh membantu membuatkan buah mangga lebat merimbun. Petua ini dikongsikan oleh Kak Chah menerusi grup Berkebun Di Rumah.  Di dalam perkongsian yang mendapat 1.7k shared itu, kak Chah memberitahu kaedah itu adalah dari idea anaknya sendiri.

Tidak sangka tip tersebut menjadi dan pokok mangga di tepi rumahnya berbuah lebat merimbun. Sehinggakan satu dahan patah dek tak mampu menampung berat buah tersebut.

Mangga tepi rumah… Lebat merimbun buahnya. Tak boleh nk tanggung dahannya…. Patah satu dahan besar plk tu. Buah plk blom cukup tua. Bagi bagikan pd jiran tetangga dan selebihnya buatkan kerabu, bagikan pada jiran jiran juga 😄😄

 

Ramai yg tanya baja apa sy gunakan.


Sebenarnya sy xder baja specific. Cuma anak saya bagi tip, dia terbaca satu article dr barat…

Mereka akan gali lubang sekitar pokok dan buangkan minyak terpakai dan mdpt hasil yg baik. Jadi saya cuba dan menuangkan minyak masak yg sudah xnak guna lagi spt bekas goreng ikan bilis atau goreng hati ayam dsb sekitar 2 atau 3 kaki dari batang pokok itu.

Alhamdulillah buah kali ini sgt lebat dikebanyakan tangkai dan manis. Cuma pesennya kali ini dia berbuah dahan by dahan bukan semua sekali satu pokok. Ada yg dah masak, buah muda, putik buah dan byk juga yg baru keluar bunga 😁😁

Sumber: Kak Chah via Berkebun D Rumah


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club