Lebatnya buah mangga tu, macam mana jaga ye? Itu antara soalan yang sering ditanya jika anda memiliki pokok mangga yang berbuah lebat.
Sebenarnya ada cara yang boleh membantu membuatkan buah mangga lebat merimbun. Petua ini dikongsikan oleh Kak Chah menerusi grup Berkebun Di Rumah. Di dalam perkongsian yang mendapat 1.7k shared itu, kak Chah memberitahu kaedah itu adalah dari idea anaknya sendiri.
Tidak sangka tip tersebut menjadi dan pokok mangga di tepi rumahnya berbuah lebat merimbun. Sehinggakan satu dahan patah dek tak mampu menampung berat buah tersebut.
Mangga tepi rumah… Lebat merimbun buahnya. Tak boleh nk tanggung dahannya…. Patah satu dahan besar plk tu. Buah plk blom cukup tua. Bagi bagikan pd jiran tetangga dan selebihnya buatkan kerabu, bagikan pada jiran jiran juga 😄😄
Ramai yg tanya baja apa sy gunakan. Sebenarnya sy xder baja specific. Cuma anak saya bagi tip, dia terbaca satu article dr barat…
Mereka akan gali lubang sekitar pokok dan buangkan minyak terpakai dan mdpt hasil yg baik. Jadi saya cuba dan menuangkan minyak masak yg sudah xnak guna lagi spt bekas goreng ikan bilis atau goreng hati ayam dsb sekitar 2 atau 3 kaki dari batang pokok itu.
Alhamdulillah buah kali ini sgt lebat dikebanyakan tangkai dan manis. Cuma pesennya kali ini dia berbuah dahan by dahan bukan semua sekali satu pokok. Ada yg dah masak, buah muda, putik buah dan byk juga yg baru keluar bunga 😁😁
Siapa pernah makan menu berasaskan kulit rambai? Bagi masyarakat di Pantai Timur pastinya menu berasaskan kulit rambai ini menjadi satu kebiasaan.
Kalau berkunjung ke kedai makan di sekitar Pantai Timur pasti menu yang satu ini sentiasa ada. Malah jadi makanan tradisional yang cukup digemari.
Tahu tak selain menu Masak Lemak, ada banyak lagi resipi yang boleh diolah daripada kulit rambai ini. Perkongsian tiga blogger ini di blog masing-masing buat kita rasa terliur. Nak cuba? Jom ikut resipi yang diberikan oleh mereka.
1. nedlinatalisz.blogspot.my
Perkongsian blog nedlinatalisz.blogspot.my agak menarik dengan menu Masak Lemak Cili Padi.
“Pernah makan tak? Nie lauk kampung. Tok yang ajar masak lauk nie.. dan kami start suka makan pun sebab dulu-dulu tok selalu masakkan.
KULIT RAMBAI MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan:
Semangkuk kulit buah rambai
Secekak pucuk puding mangkuk
Sedikit ikan bilis
1 inci kunyit hidup
10-13 biji cili api (ikut suka)
1 kotak santan
sedikit air
Garam dan gula
1. Celur sekejap kulit rambai dan pucuk puding mangkuk.
2. Bila dah agak lembut, angkat dan toskan. Perah air kulit rambai dan puding mangkuk supaya nanti gulai kita tak terlalu masam.
3. Kisar cili padi, kunyit hidup dan ikan bilis hingga lumat kemudian masukkan ke dalam periuk, bersama kulit rambai, puding mangkuk dan air.
4. Renehkan kejap dan masukkan santan. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
5. Garam dan gulakan dan biar dalam 5 minit. Kalau rasa kurang masam, boleh tambah asam keping. Tapi selalunya air kulit rambai dan puding mangkuk tu dah cukup buat kuah rasa masam.
6. Bila dah cukup semua rasa, padamkan api dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba!
2. nooriahnaim.blogspot.my.
Ini pula resipi yang dikongsikan oleh blog nooriahnaim.blogspot.my. Kulit rambai yang dijadikan sambal ini nampak hebat.
Ada tak yang tak pernah makan kulit rambai ni? Rasanya agak masam-masam jadi kalau sambal goreng gini memang tak payah letak tomato ke, asam ke, kulit rambai ni dah ok. Makan pulak time hujan-hujan memang tak terasa bertambah nasi ni haha…
SAMBAL BILIS GORENG KULIT RAMBAI
Bahan-bahan:
1/2 cawan ikan bilis -dibersihkan
10 biji cili padi -dihiris kasar
1 biji bawang bombay -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
2 kuntum bunga kantan -dihiris kasar
1/2 cawan kulit rambai -dihiris kecil
Minyak secukupnya
Sedikit garam dan gula
1. Panaskan kuali, masukan sedikit minyak dan gorenglah ikan bilis sehingga ranggup. Angkat
2. Tumis bawang putih, bawang bombay sehingga layu kemudian masukan cili hiris dan kacau rata.
3. Masukkan kulit rambai dan kacau sehingga kulit rambai lembut.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Akhir sekali masukkan bunga kantan dan ikan bilis yang digoreng. Gaul rata dan angkat.
3. www.secubitgaramnor67.com
Resipi asli daripada Pantai Timur. Ini yang dikongsikan oleh www.secubitgaramnor67.com.
Bagi warga Pantai Timur terutamanya Terengganu pasti ramai yang tau dengan masakan lama ni kan. Biasanya kat area kampung selalunya buat masakan ni dan selalu juga dibuat time kenduri kecilan seperti kenduri arwah. Memang sedap masakan tradsional kan, tambah lagi kalau kena dengan partnernya.
SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI
Bahan-bahan:
Buah rambai -ambil kulitnya sahaja
Petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris serong
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 3/4 cawan air
garam dan sedikit gula
1. Panggang ikan dan ambil isinya. Hancurkan.
2. Celur sekejap kulit rambai dan bila dah sejuk sedikit, perah airnya untuk membuang rasa masam.
3. Masukkan isi ikan, air, bawang besar, cili merah, garam, sedikit gula dan juga kulit rambai ke dalam periuk.
4. Masak hingga mendidih dan masukkan santan pekat.
5. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seronok juga melihat ada dikalangan antara kita bila menanam sayur-sayuran di laman rumah terlihat subur. Terasa teringin juga untuk mencuba menanam sepokok dua.
Pun begitu, sebagai langkah permulaan tentunya kita mahu mencuba menanam pokok yang mudah hidup dan cepat dapat dituai.
Ikuti perkongsian ini untuk anda dapat menanam bayam dengan cara yang mudah dan dapat menikmati hasilnya dengan cepat.
Siapa-siapa yang baru cuba berkebun saya sangat rekemen tanam bayam. Senang hidup dan cepat tumbuh.
Pokok ni baru 3 minggu, dah nak boleh kutip.
Medium yg saya guna ialah tanah: sekam: cocopeat, 1:1:1.
Baja boleh guna air beras @ npk
Cara tanam.
1. Campur benih dengan tanah dalam bekas kecil @ gaul. Ini nk elak benih tumbuh terlalu dekat.
2. Tabur gaulan tadi atas medium . Kemudian tabur lapisan medium atas benih (ambil medium dari tapak tanam)
3. Kemudian siram guna air yang semburan halus, jangan siram terus guna paip nanti abis benuh berterabur. Tutup medium dengan zink@kain@ pelepah kelapa untuk bagi gelap
3. Dlm 3-4 hari pucuk akan keluar. Terus buang penutup atas utk elak pokok lonjong.
4. Amalkan siram guna semburan halus 2 kali sehari, kalau malas cam saya sehari sekali pun ok, asalakan medium tak kering kontang.
Sumber : Abdul Quyyum
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tular enam ahli keluarga terkorban kemalangan jalan raya, Abdur Rahman kini sambung pengajian. Abdur Rahman Amir Ruddin, 20 dan adik lelakinya Abdullah Amir Ruddin,16, kisah dua beradik ini pernah tular apabila dilaporkan kehilangan enam ahli keluarga dalam satu kemalangan yang berlaku Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.