Biasanya bubur lambuk sering dihidangkan ketika bulan Ramadhan. Namun jika datang teringin tak salah pun jika nak buat untuk hidangan seisi keluarga.
Ada pelbagai cara untuk buat bubur lambuk jadi sedap. Nak tahu cara nak masak hidangan yang popular ketika bulan puasa ni. Jom lihat resipi ni. Memang mudah dan confirm jadi!
Resepi Bubur Lambuk
Bahan
2 mug beras ( rendam dlm 20min). Daging ( 1/2 kg…campur yg berlemak).
Rempah sup ( 1 bungkus kecil), Santan (.250 ml), Lada hitam 3 sb.
Bwg merah 3 biji. Bwg putih 8 ulas. Halia 2 jari.
Kentang, Lobak merah, Daun sup dan bawang goreng.
Cara penyediaan:
Blend bwg2 & halia…tumis sehingga bwg agak garing. Masukkan rempah sup….tumis sehingga rempah masak. Masukkan daging…gaul sebati & masukkan beras.
Goreng beras seketika…masukkan air.
Rebus beras sehingga nmpk lembut.
Masukkan santan & garam.. Lada hitam serbuk masukkan juga. Masukkan kentang & lobak merah.. Bila sayur dah lembut…tabur daun sup & bwg goreng…Sesuaikan rasanya..Pilihan:
*boleh digandingkan dgn ayam/ udg juga.
*bubur lambuk amat popular di bulan ramadhan…
*yang penting…berkhasiat..mudah disediakan & menyelerakkan.
Sumber: Jamal & Asmahan
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.