Rupanya Ini Rahsia Dr Sakit Puan Ni Kawal Darah Tinggi. Patutlah Laman Rumah Penuh Dengan Ulam Raja!

Share

Ini antara penyakit yang kian menghantui masyarakat kita pada masa kini. Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.

 

Penyakit ini tidak mempunyai penyebab khusus tetapi faktor seperti sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi, obesiti, tekanan (stress) dan diabetes antara yang dikaitkan kepada punca penyakit ini.

Yang penting kena jaga kesihatan sedari awal. Elakkan makanan dan gaya hidup yang boleh menjurus kepada penyakit ini.

Berikut perkongsian dari Dr Hamid Arshat berkenaan cara kawal penyakit darah tinggi yang beliau amalkan selama ini.

KAWAL DARAH TINGGI

Beberapa panduan untuk mengawal tekanan darah. Bila umor meningkat 50 tahun keatas, ramai yang mengidap penyakit darah tinggi.
Saya pun bila kepenatan dan stress, tekanan darah saya Naik 150/90 Mm Hg. Kadang2 saya makan ubat untuk kawal . Alhamdulillah biasa nya pressure saya 130/80 mm Hg.
Tekanan darah meningkat sebab saluran2 darah menjadi sempit akibat dari timbunan lemak pada dinding2 (atherosclerosis). Sering dikaitkan dengan cholesterol tinggi dan ini berlaku perlahan2 dengan chronic inflammation.

Bila saluran darah sempit jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksijen dan makanan kepada tisyu2 dalam organ2 terpenting.
Risiko dalam jangka panjang ialah serangan jantung dan angin akhmar serta lain2 gejala Kesihatan.

1. Kawal berat badan. Kegemokkan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makanan2 bergula dan karbohaidret.
Kurangkan makanan2 bergoreng, bersantan, kueh2 manis, chocolate manis. Jauhkan air minuman soda.
Kurangkan makan daging merah – lembu dan kambing.
2. Lakukan exercise 30 minit setiap hari. Exercise neningkatkan aliran darah kepada tisyu2 dan organ. Disamping menurunkan cholesterol dan gula dalam darah. Exercise mencetuskan keluar endorphin dari otak menjadikan kita tenang dan ceria.
2. Kawal stress. Minda yang tenang dan emosi ceria dapat kawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, tafakkur, lakukan deep breathing exercises, yoga.
3. Makanan2 yang mengandongi vit C, beta carotene, flavonoid, antioxidant bolih bantu kawal tekanan darah, dengan menyekat chronic inflammation dan bantu baik pulih sel2 dan tisyu2.
Sayur2hijau bayam, sawi, ULAM2 – ulam raja, sambung nyawa, mint.
Juz ulam raja, selain bertindak mengawal cholesterol dan gula dalam darah, ia juga anti kanser.
Buah2- mangga, tembikai, keledek merah, carrot, berries
4. Amalkan minum juice lemon, limau nipis, limau kasturi, grapefruit khususnya selepas makan daging.. Air limau bolih mencairkan lemak2 dan bertindak sebagai anti inflammatory.
Juga amalkan minum teh halia dan green tea, kedua2 mengandongi bahan antioxidant dan anti inflammatory.
5. Fish oil, Minyak kelapa dara, extra virgin olive olive oil. Ikan salmon dan mackerel mengandongi Omega3 dan DHA, yang anti inflammatory.

Sumber: Dr Hamid Arshat