Rupanya Ini Rahsia Dato Fazley Kekal Bahagia Rumahtangga selama 16 Tahun. Salah Satunya Nasihat Arwah Ayah.

Share

Bahagia sebuah rumahtangga hingga ke hujung nyawa adalah idaman semua pasangan yang berkahwin.

Namun alam perkahwinan sudah tentu ada onak duri bakal ditempuh. Untuk kekal bahagia setiap pasangan haruslah saling melengkapi antara satu sama lain.

Begitu juga dengan Dato Fazley Yaakoob yang memiliki sebuah keluarga bahagia bersama Datin Azrene Ahmad serta anak-anak.

Menerusi entri terbaru di instagramnya beliau berkongsi rahsia bahagia rumahtangganya.

Selain pesanan arwah ayah beliau, Fazley juga berpendapat sikap menerima kelemahan pasangan juga antara yang perlu ada bagi setiap pasangan suami isteri.  Relationships goals!

Ikuti selanjutnya perkongsian beliau.

 

Masuk tahun 2021 ni bermakna kami dah 16 tahun bercinta. Pelbagai pengalaman ditimba, masing2 berusaha menjadi yang lebih baik untuk each other.

Bak kata arwah bapak, “Takkan ada kapal yang tak dilanda ombak dan badai” kami masih menjadi sahabat baik, kekal menjadi pengkritik terhebat masing2, tetap menjadi penyokong di setiap kekuatan, dan redha dengan setiap kelemahan.

Buat kalian yang masih mencari jodoh, percayalah, jodoh itu sedang menunggu, namun usaha jangan pernah berhenti. Jangan terlalu mencari kesempurnaan, kerana nanti diri sendiri yang bakal kecewa. Bila jodoh belum sampai, tak perlu salahkan mengapa orang tak suka kita, tapi kita sendiri yang mungkin mudah mencari salah orang lain.

Buat kalian yang sedang di alam perkahwinan, tidak ada manusia sempurna untuk diri kita, melainkan kita sendiri menerima kelemahan pasangan kita, serta meraikan kelebihan pasangan kita, walaupun kelebihan itu hanya sekecil anggur berbanding dengan bekas2 kekasih kita. Cinta tak semestinya bersatu, tak cukup menyintai pula tak bermakna tak boleh bersatu.

Terima kasih Adik Sayang @azrene_ahmad kerana sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk abang dan anak-anak kita.

Sumber: Fazleyyaakob