Anda suka makan keju? Sudah tentu apa sahaja resipi berkaitan keju menjadi kegemaran anda. Sudah tentu ada yang suka makan kek. Lebih-lebih lagi bila boleh buat sendiri. Bila-bila masa je boleh makan.
Kalau anda suka makan Kek Keju, apa kata cuba buat resipi yang rich keju ni. Hasilnya, memang lembut & sedap. Tak perlu lah beli di kedai.
Cheese cake gebus gebas
Ikuti perkongsian resipi oleh Wan Raudzah Wan Ismai melalui laman memasak, Masak Apa Hari Ni
Saya lebih suka guna cheddar cheese instead of cream cheese kalau buat kek. Rasa lebih creamy, sedap bangat gitu. Mlm tadi tiba-tiba teringin nak mkn cheesecake.Cheddar cheese yg block tu tak ada. Buka peti ais jumpa slice cheddar cheese.Boleh lah, asalkan cheese.
Guna apa yg ada, Kita yg buat dia.
Nah resepinya:
Bahan-bahan
Loyang 4 segi saiz 8″ atau 9″.
Preheat oven suhu 160c
Sapu butter pd loyang Dan lapik baking paper.
Bhn kuning telur
250gm cheddar cheese*
(Boleh guna yg block ataupun saya guna yg slice sebyk 12 keping)
80gm butter*
260gm full cream milk*
50gm tpg gandum
40gm tpg jagung
2 sdt jus lemon
1 sdt esen vanilla
6 kuning telur grade A
Ads
Cara membuatnya
Bhn bertanda * dimasukkan ke dlm satu bekas tahan panas, contohnya stainless steel ataupun kaca.
Letak bekas tersebut di atas periuk yg airnya sedang mendidih.Kita panggil teknik double boiling.Biarkan bhn2 cair dan larut.Kacau sebatikan.
Angkat dari api, masukkan tpg gandum dan tpg jagung yg telah diayak.Sebatikan dgn handwhisk.Masukkan kuning telur, jus lemon Dan esen vanilla.Ketepikan. Bhn meringue
6 putih telur
1 sdt jus lemon
160gm gula caster
Masukkan putih telur dlm bekas yg bersih tanpa sisa minyak ataupun air.
Pukul dgn kelajuan perlahan hingga berbuih.Masukkan jus lemon.Pukul lagi hingga berbuih halus, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga adunan kental.Terbalikkan bekas dan adunan tak jatuh atas kepala.
Step ni penting supaya kek menjadi gebu.
Masukkan meringue dlm 3 peringkat ke dlm adunan kuning telur sambil dikaup balik perlahan dgn spatula.Hentak manja2 bekas supaya dpt pecahkan udara dlm adunan.
Masukkan dlm loyang.Bakar secara loyang diletakkan dlm air panas.Kaedah bain marie namanya (boleh googe kalau x faham).
Ads
Ads
Bakar selama 1 jam 30 minit.40 minit pertama dgn suhu 160c, selebihnya suhu 150c.
Dah masak, off kan oven.Keluarkan loyang air panas.Buka sedikit pintu oven dan biarkan kek berada satu jam dlm oven atau hingga agak suam baru keluarkan.Utk elakkan kek merekah.
Saya malam tadi keluarkan terus jer, mengantuk.Ok jer x merekah.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selain biskut raya, kerepek serta snek ringan lain turut menjadi pilihan ibu-ibu untuk disajikan pada tetamu di pagi raya. Sebagai contoh, snek dari Cornflakes pedas ini juga boleh dimakan pada hari biasa selain raya.
Ha buat ibu-ibu yang nak cuba, jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Rezal Mansor ini. Jom cuba!
Satu kuih raya dah siap.. Cornflakes pedas.. Taste dia sedap macam kerepek ubi pedas dan garing.. Tadi tiada daun limau purut, jadi gantikan dengan daun kari.. Ikan bilis tu saje nak menyedapkan rasa dan sedap lagi kalau bubuh kacang goreng jugak jika nak tambah..
Snek Cornflakes Pedas
Bahan-bahan:
40 gm bawang putih dicincang
40 gm bawang merah dicincang
2 sudu kecik minyak
60 gm pes cili
120 gm gula
3/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil kicap
4 helai daun limau purut dihiris halus
120 gm bijiran cornflakes
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2. Tambahkan pes cili dan masak lagi selama beberapa minit.
3. Kemudian masukkan gula, garam, kicap dan daun limau purut dan masak lagi selama 2 minit.
4. Masukkan cornflakes dan kacau sehingga semua rata.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius.
6. Letakkan cornflakes pedas dalam dulang pembakar dan bakar selama 5 hingga 6 minit atau sehingga cornflakes garing
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat peminat petai kalau nampak petai yang dijual tergantung segar, ditambah pula mata petainya terlihat besar-besar, mesti tanpa fikir panjang terus dibelinya.
Namun jika petai tiada musimnya di pasaran, susah juga untuk memilih yang berkenan seperti itu, jika ada pun harga dijual agak mahal.
Jadi untuk memastikan petai yang dibeli bila dimakan menjadi berganda saiznya dan mempunyai rasa yang lebih rangup, ada trik yang boleh anda lakukan.
Bahkan bila lakukan cara itu, bolehlah penggemar petai menyimpannya dengan lebih lama namun kekal segar.
Nak tahu apakah caranya itu, jom kita baca perkongsian daripada puan Zakiah Zolkepli yang telah lama amalkan teknik ini setiap kali membeli petai.
Saya nak ajar simpan petai sentiasa rasa fresh..Bukan buat jeruk ye, sebab saya tak suka jeruk petai.
Petai tak kopek buang sisi kiri kanan & rendam dengan air Paip..
Petai kopek pon sama masuk bekas rendam masuk peti ais bawah je bukan peti beku…
Selang sehari tukar air je..
Petai akan jadi lagi besar dan segar, rangup. Nak buat sambal atau ulam pon best. Musim petai murah kena simpan stock..
Sekarang ni banyak betul resipi yang diolah yang memudahkan mak-mak di rumah. Macam satu resipi kudapan ni, pernah terlintas tak maruku di buat dari mi kuning? Haaa tak pernah terlintas dek akal kan?
Percaya atau tak, dah ada dah orang buat. Sekaligus berkongsi cara nak buat ‘instant’ maruku ni! Walaupun rasa tak sama macam yang guna tepung, sekurangnya rasa dia boleh tahan sedap juga.
Jom lihat resipi yang dikongsi oleh Ariff Budiman Zainal Abidin di bawah. Semoga bermanfaat!
RESIPI MARUKU GUNA MI KUNING
Bahan-bahannya:
Mee kuning
Tepung bestari
Daun kari
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
1. Basuh mee kuning dan toskan hingga kering.
2. Gaul dengan tepung bestari dan panaskan minyak.
3. Goreng mee dan taburkan daun kari.
4. Bila buih yang digoreng kurang, baru angkat dan biar sehingga sejuk. Sedap walaupun tak sama macam guna tepung muruku.