Bukan hanya memiliki kulit wajah yang halus mulus dan cantik, malah rata-rata wanita Thailand juga turut memiliki bentuk badan yang sempurna dan kekal langsing.
Rupa-rupanya ada rahsia bagaimana mereka memperoleh wajah dan bentuk badan yang langsing. Selain pemilihan makanan, gaya pemakanan mereka yang sihat juga membantu menyerlahkan lagi kecantikan dalaman mereka.
Bukan itu sahaja, wanita Thailand juga gemarkan mengamalkan petua semulajadi serta rutin alami ini setiap hari. Tidak hairanlah jika mereka cantik.
Jom cuba tip dan petua yang diamalkan oleh mereka. semoga dapat membantu, tak salah kan kalau kita nak cuba!
1. Amalan Berurut
Amalan berurut menjadi satu kewajipan bagi wanita di Thailand. Tidak hairanlah kebanyakkan daripada mereka pandai berurut. Selain melancarkan perjalanan darah, berurut juga dapat merehatkan tubuh dan menenangkan minda.
Malah minyak urut juga kebiasaannya digunakan daripada bahan alami seperti minyak kelapa yang dicampurkan bersama halba, halia, bawang putih dan kunyit hidup.
2. Beras Pulut
Pulut sememangnya sudah menjadi menu tradisi bagi semua masyarakat Thailand. Pengambilan pulut dalam menu harian dikatakan memberi ‘bonus’ pada kulit wajah yang cantik, bersih dan gebu.
Tak hairanlah kebanyakkan mereka sering menggunakan masker beras pulut kerana tahu akan khasiat hebatnya.
Ads
3. Lulur
Tak hanya berurut, satu kemestian bagi setiap wanita di sana adalah melakukan proses lulur. Mereka melakukannya untuk memiliki kulit yang licin dan lembut. Selain kunyit, wanita Thai juga menggunakan beras, bunga-bungaan, halia, asam jawa serta buah-buahan sebagai bahan lulur. Antara kelebihan lulur badan bukan hanya menghaluskan kulit tetapi juga mencerah dan menggebukan kulit.
4. Amal Rempah Ratus
Sukakan herba dan rempah ratus. Inilah pilihan menu yang seringkali dipilih oleh wanita di sana. Halia, serai, lengkuas dan beraneka herba dan rempah ratus seringkali dijadikan pilihan utama dalam hidangan mereka yang ringkas. Panas dan hangat, inilah yang membuatkan dalaman tubuh lebih hebat.
5. Rawatan Haba
Rawatan haba pula menjadi satu kemestian bagi kebanyakan wanita Thai. Amalan seperti bertungku menggunakan herba, stim wajah, sauna dan penggunaan batu sungai yang dipanaskan menjadi sebahagian daripada ritual cantik untuk memiliki tubuh yang langsing.
Amalan ini juga dipercayai dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah, memecahkan lemak, menaikkan seri wajah serta menyingkirkan toksin melalui peluh. Patutlah mereka kurus dan cantik sentiasa!
Ads
6. Santan Untuk Rambut
Satu lagi rahsia cantik wanita Thailand adalah memiliki rambut yang sihat, hitam dan lebat. Sempurna. Penggunaan sumber asli seperti santan seringkali digunakan mereka dalam rawatan rambut dan penjagaannya. Tidak hairanlah rambut mereka terjaga dengan cantik.
7. Masker Alami
Tidak hanya melulur badan, wanita Thai juga cukup gemar menjadikan aktiviti masker muka daripada bahan alami sebagai perkara wajib untukcantik.
Masker daripada betik antara yang sering diamalkan mereka sejak dulu. Selain itu masker daripada beras pulut dan beberapa bahan alami lainturut menjadi kegemaran mereka. Kena cuba!
Masalah gangguan pencernaan boleh berlaku pada sebahagian orang setelah mengambil makanan yang mengandung gluten. Ia boleh dianggap berbahaya bagi kesihatan.
Gluten adalah salah satu jenis protein yang terdapat di dalam gandum dan barli. Jadi protein ini terdapat pada makanan yang diperbuat dari bijiran ini. Ini termasuk roti, kuih dan sereal.
Tidak semua orang yang berbahaya mengambil makanan seperti ini. Hanya sebahagian kecil saja yang mempunyai masalah berkaitan dengan protein gluten.
Penyakit yang disebabkan oleh gluten adalah:
1. Penyakit celiac. Pesakit akan mengalami keradangan permukaan usus dan mengganggu penyerapan nutrisi makanan. Pesakit akan mengalami masalah pencernaan, sama ada cirit-birit, sembelit atau kekembungan.
2. Intoleransi gluten yang bersifat non-celiac. Pesakit yang mengalami masalah selain dari masalah penghadaman, tetapi lebih kepada masalah lain seperti sakit kepala, lemah, dan sakit sendi.
Mereka juga harus mengelakkan mengambil makanan yang mengandungi protein glutein.
3. Penyakit autoimun tertentu. Pesakit penyakit autoimmune tertentu seperti penyakit Hashimoto, penyakit Grave, dan rheumatoid arthritis, memiliki risiko untuk mengalami penyakit celiac. Oleh itu mereka harus mengamalkan diet bebas gluten.
4. Penyakit usus yang lain. Gluten juga boleh menimbulkan masalah pada pesakit Irritable Bowel Syndrome (IBS) dan penyakit keradangan usus yang lain. Mereka harus menghindari makanan yang mengandungi gluten.
Kita boleh saja memilih untuk mengamalkan makanan bebas gluten meskipun tidak memiliki masalah alahan pada gluten. Namun jangan terlalu fanatik sehingga mengabaikan kandungan nutrisi makanan yang kita makan. Dibimbangi ketika menghindari gluten, kita jga mengalami kekurangan nutrisi seperti kekurangan vitamin B, serat, zinc, dan zat besi.
Oleh itu, kena perbanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mencukupkan keperluan nutrisi tersebut.
Berhati-hati juga dengan produk makanan yang kononnya bebas gluten, kerana makanan yang berproses selalunya mengandungi banyak karbohidrat yang sudah diproses, gula, garam, dan lemak trans yang berbahaya bila diamalkan secara berlebihan.
Selain itu, makanan olahan bebas gluten biasanya tidak banyak mengandung protein, asid folat (vitamin B9), niasin (vitamin B3), dan vitamin B yang lain.
Sebagai kesimpulan, mengamalkan makanan yang mengandungi gluten memang berbahaya pada orang yang memiliki masalah tertentu. Jika kita mengalami masalah penyakit celiac, intoleransi terhadap gluten, atau penyakit autoimun, amalkan diet bebas gluten yang akan memberikan kesan positif terhadap kesihatan kita. Namun jika kita tidak memiliki masalah tersebut, berhati-hatilah ketika mengambil makanan yang mengandungi gluten.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wawa Zainal dimasukkan ke hospital berkemungkinan akan bersalin anak keempat mereka seminggu awal daripada tarikh sepatutnya.
Berita tersebut dikongsikan oleh suaminya, Aeril Zafrel menerusi laman Instagramnya.
“Pagi ni tiba-tiba baby nak keluar. Awal seminggu dari tarikh yang di beri. Doakan semuanya selamat,” tulisnya menerusi perkongsian terkini di Instagram.
Dalam perkongsian tersebut, Aeril turut memuatnaik gambar sterinya yang terbaring sambil berselimut
Menjengah ke ruangan komen, Rata-rata menitipkan dia semoga dipermudahkan urusan Wawa untuk melahirkan bayinya.
Wawa Dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013.Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiraful Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia lebih setahun.
Pintu kabinet dapur mungkin kelihatan kosong di dalamnya tetapi idea kreatif wanita ini membuatkan ia nampak menarik.
Simple je tapi hasilnya wow. Malah dapat jimatkan kos, dengan barang harga RM2.10 sahaja wanita ini berjaya DIY pintu kabinetnya sebagai tempat letak barang tambahan.
Menurut pemilik akaun Facebook milik Zilly Ekieyda Full, awalnya dia hanya membeli tempat gantung barang itu tanpa tujuan.
Namun setiba di rumah dia mendapat idea untuk melekatkannya di pintu kabinet sebelah dalam. Dengan adanya pintu kabinet itu, dia menempatkan barang seperti makanan tin dan juga span basuh pinggan serta kain lap.
Wanita itu berkongsi foto-foto hasil DIY itu di dalam group dekorasi di Facebook
“Haritu pegi ECO… Jumpe bekas putih nie…beli terus 12pcs (mase tu mmg tggl 12pcs je color putih😅) yg lain ade lah color hijau n purple…bler balik rumah duk pkir nak buat ape ye beli byk2…
“Nak lekat kt toilet, kt toilet da ade da lebih kurg bekas cmnie…pastu pkir punyer pkir dpt idea lekat kt pintu cabinet💪bler suami bukak cabinet tengok, die kate dah macam bukak PETI AIS🤣 TAPI die kate OK lah tersusun senang nk amik brg nnti😁
Moga kaedah yang dikongsikan ini menjadi manfaat dan panduan buat ibu-ibu yang mahu mencantikkan lagi ruang dapur supaya nampak lebih kemas dan tersusun rapi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...