Kebiasaannya, wanita apabila telah berkahwin dan bergelar ibu, istilah “cantik” bukan lagi menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Apa yang penting, makan pakai anak dan suami cukup terjaga.

Namun, berlainan pula dengan penyanyi era 1980-an, Zur Eda yang masih kelihatan cantik dan berseri, seperti tak makan dek usia.

Baru-baru ini, wartawan Majalah Keluarga menemui Zur Eda di Majlis Ramah Mesra PEKAWANIS Bersama NGO Negeri Selangor.

Penyanyi yang mendapat jolokan Sade Malaysia itu sempat membawakan dua buah lagu nyanyiannya di majlis itu.

Zur Eda, 54, juga sempat berkongsi rahsia penjagaan diri dan tip kekal ramping yang diamalkannya bersama wartawan. Ini perkongsiannya.

“Saya ni dah berumur 54 tahun. Tapi, saya sentiasa jaga pemakanan saya. Saya pernah sakit dulu, dan dari situ saya belajar untuk minum air kosong dengan banyak.”

Menurutnya, dia mula mengamalkan air kosong selepas disahkan menghidap batu karang.

“Saya pernah menghidap batu karang pada buah pinggang. Sakit yang teramat di mana saya koma selama 10 hari.”

IKLAN

“Sejak dari itu, saya jaga pemakanan saya dan sebagai seorang artis, saya harus menjaga penampilan saya.”

Selain air kosong, Zur Eda juga mengikut diet pemakanan yang betul, selain gemar minum jus tanpa gula.

“Ikut diet pemakanan yang betul. Jangan skip sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Kalau boleh, awalkan makan malam, jangan makan pada lewat malam.”

“Banyakkan minum air kosong dan minum jus tanpa gula. Makanlah nasi banyak mana pun, tapi minum air kosong.”

IKLAN

Dulu show banyak, kita boleh menyanyi di funfair atau majlis makan malam, tapi sekarang saingan banyak

Di samping itu, penyanyi yang popular dengan lagu Lama Tak Jumpa dan Kelmarin juga turut berkongsi mengenai perkembangan dunia seninya.

“Kalau nak dibandingkan dulu dan sekarang, masa dulu tu show tu banyak. Lambakan artis tu tak ramai. Tapi sekarang ni, kemunculan artis-artis baharu ramai jadi we share the cake.

“Jadi, sebagai artis dan juga seorang isteri untuk membantu keluarga, saya mencari alternatif lain dengan berniaga.”

IKLAN

Jelasnya kepada Keluarga, keadaan ekonomi sekarang memaksa orang ramai, bukan hanya golongan artis, untuk mencari pendapatan tambahan.

“Keadaan sekarang ni memaksa, mahupun untuk golongan artis, penjawat awam atau yang bekerja swasta. Ramai yang terpaksa melakukan dua, tiga kerja. Itu saja cara untuk kita mencari pendapatan tambahan selain daripada gaji tetap bulanan.”

Rupanya Ini Rahsia Awet Muda Zur Eda Pada Usia 54 Tahun. Patutlah Nampak Bertenaga Dan Cergas
Sumber Gambar: Media Hiburan

Rupanya sudah 30 tahun berniaga biskut

Tak sangka, rupa-rupanya Zur Eda sudah berniaga biskut selama hampir 30 tahun, selain sudah 8 tahun menjual masakan yang dimasak sendiri.

Katanya, dia ingin berkongsi air tangan dan minat memasak bersama peminat.

“Semasa berniaga, selain saya mendekatkan diri dengan peminat, saya juga berkongsi minat memasak dan juga air tangan saya bersama mereka. Saya banyak ambil tempahan atas talian.”

Zur Eda, atau nama sebenar Zur Eda Mokhtar, sudah bergiat dalam bidang seni sejak tahun 1983 dan masih aktif menyanyi hingga kini.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI